Sunday, October 24, 2010

I am their SECRET ADMIRER

Tadi rasa mengantuk sangat.. tengah Cik Lie main games di handphone (rutin sblum tido, kalau x dulu asyik main msg sblum tido) tetiba terkenangkan zaman study di UM dulu. Secara tetiba juga Cik Lie tersenaraikan fave lecturer Cik Lie di UM & UPSI ni. Kat sini Cik Lie share sket-sket ye.

Dr. Nor Aniza

Actually Dr. Aniza adalah lecturer yang paling horror sekali untuk student multimedia. She is unpredictable. Beliau ni kalau marah, muka maintain senyum camtu tapi ayat yang keluar dari mulut die, huish…. Zasss…zassss… menghiris kalbu. Cik Lie pernah kena time viva thesis. Mula-mula Cik Lie pun tak suka beliau sebab ke’chegeian’ beliau (gossip yg mengatakan sebab tu beliau x kawen2). But, one day Cik Lie terpaksa bertemu beliau sebab she is my new academic advisor. Kat fsktm ni, kena jumpe AA sebelum exam, kalau tak, tak boleh amik slip. Dengan keterpaksaan dan kepasrahan, Cik Lie pun pergilah mengadap beliau. Personally, she is very adorable & friendly. Bila beliau check my previous result, beliau berkata ‘ awk ni bagus, kenapa masa viva tak perform?’ Terkedu Cik Lie tak berkata-kata.. then dapatlah lecture free of charge. Time tu memang down sungguh-sungguh takut fail thesis. Alhamdulliah, pass jugak dengan gred yg agak baik. Untuk Master ni jugak, I choose her to be my referee. Beliau juga yang suggestkan Cik Lie pergi universiti lain kerana UM tak strong Multimedia, UM strong network. 1 nasihat beliau yang Cik Lie ingat, ‘sila hormati guru anda, kerana guru anda ada keberkatan ilmu’


En. Amiruddin

Lebih manja dengan panggilan Cik Amer. Beliau merupakan penyelia thesis Cik Lie. Beliau seorang yang sangat pemalu. Kami suka usik beliau time beliau mengajar kami renung beliau seolah-olah tembus kepala beliau, then obviously beliau akan macam kelam kabut & pandang slide je. Ehehhe… nakal btollll ye!!! Tapi if consultation time utk thesis, Cik Lie tak berani la. Aktiviti itu hanya dilakukan secara berjemaah dalam klas, kalau sorang-sorang ni Cik Lie segan la. Sekarang beliau melanjutkan PhD di UCL (University College London). Melihat gambaran-gambaran berposing di serata dunia, menaikkan motivation Cik Lie untuk mengikuti langkah beliau. Bestnye….


Cik Rusyaizila

Cik Rusyai =) Sebenarnya beliau tak suka kami panggil nama ni, tapi kami tak kira. Kami suka!! Beliau antara lecturer termuda. Kadang-kadang rasa annoying bila beliau menceritakan kehebatan beliau ketika zaman belajar dulu. Jeles punya pasallah ni~~ Plg superb apabila di usia 22 tahun beliau dah buat Master di UK hanya setahun. Kini juga sedang melanjutkan phd di USM. Cik Lie pernah berborak secara personal dengan beliau pasal future study. Nasihat yang Cik Lie ingat, beliau kata, ‘kita mesti tau ape yang kita buat & mampu kita buat. Anologi senang, saya dari dulu nak bf engineer. Bila keinginan kuat, automatik kita usaha untuk capai keinginan kita.” Memula tu ingat it juz an anology. Rupe2nye memang betulla~~~ Dah jadi tunangan pada seorang engineer yg sweet =)


Pn. Mas Idayu

Time Cik Lie belajar dengan beliau untuk subjek Synthesis Audio, beliau masih glamer dengan panggilan Cik Mas. Lecturer yang sangat sempoi tapi ade angin. Sukasuki nak buat test. Then bile ktorg tak dpt jawab, semua kena bambu. Ada moment yang tak boleh dilupakan antara kumpulan Cik Lie dan beliau. Rasa bersalah pun ade. Ia berkenaan final assignment dimana kami kena hasil satu lagu yang recompose dari lagu asal guna software. Dari sini la Cik Lie belajar toge-toge tu (note muzik). Bayangkan, lagu Everytime (Britney Spears) bila di recompose jadi bunyi gamelan. Memang takde rentak britney langsung. Esok nak hantar. Malam tu memang tak tido . Memang gelabah habis… dahla 50%. Esoknye, dengan muka sekupang, kami segroup pergilah jumpa beliau mintak penangguhan atas alasan pen drive yang save tu kena virus, takde backup. Beliau bagi kami masa sampai habis exam, tapi sebab rasa bersalah sebelum exam dah hantar. Terdesak betul time tu.. Dah minta maaf tapi beliau tak tau sebab ape. Sebab tak berapa berkat, kami segroup dapat A-. Alhamdulillah….


Dr.Maizatul Hayati

Cik Lie rasa sangat-sangat bertuah kerana dapat cop beliau sebagai penyelia untuk thesis Cik Lie di UPSI ni. Bukan setakat tu saja, malah di offer sebagai RA untuk salah satu research beliau yang part of my thesis. Alhamdulillah..taklah orang kata dok melangut saje. Adela income sket2. Sepanjang pengajian Cik Lie disini, tiap sem Cik Lie akan join kelas beliau. Kelas beliau memang fun n enjoy. Bayangkan tiap kali kelas sure ade makan-makan. Siap boleh merasa main psp, xBox, wii n mcm2 game lagi. Even beliau adalah timbalan dekan, tapi memang humble n boleh anggap macam kakak sendiri. Selalu rancang aktiviti nak tengok wayang, main bowling n piknik sesame. Tp selalu cancel sbb ke’busy’an . Atlast, lepak kedai makan =) Even sporting2 pun, tp kualiti kerja kena jaga juga. Bukan sporting bererti boleh pijak kepala. Cik Lie tengok life beliau memang simple n easy. Even kekadang nampak juga bebanan kerja yang dizahirkan di atas meja beliau, tapi beliau still maintain happy & lucky. Itulah rahsia kehidupan beliau yang Cik Lie cukup respect Toing! Toing! Toing!


Dr.Asikin

Secara tak langsung Cik Lie kenal dengan Dr.Asikin apabila Cik Lie diminta untuk menjadi guru tuisyen untuk 3 orang anaknya di rumah. Sememangnya family beliau hidup dengan penuh kesederhanaan. Cik Lie & anak-anak beliau pun boleh ngam & ‘contract’ Cik Lie akan disambung pada tahun hadapan. Tak semana-mena, pada sem 2, Cik Lie terlibat dalam kelas beliau. Di sini, Cik Lie tak diberi sebarang keistimewaan pun, sama seperti student lain even ade suara-suara sumbang mengatakan Cik Lie ni dah mcm anak angkat beliau. Terpulanglah..yang pasti Cik Lie tahu kerja yang Cik Lie buat =) The best thing about her is about herself & family. Cik Lie tengok beliau seorang yang sangat tenang. Anak-anak beliau boleh tahan juga nakalnya. Tambah pula husbandnya juga seorang pensyarah+ustaz di UM yang selalu dipanggil untuk beri ceramah. Maksudnya, jarang dirumah. Walaupun berjawatan besar di UPSI, tapi bila dirumah Cik Lie melihat beliau sebagai seorang ummi yang penyayang serta isteri yang solehah. Tersentuh hati ini.. Bayangkan ketika beliau dan suami membuat phd, anak masih kecil-kecil. Memerlukan perhatian. Tapi berkat ketekunan & dorongan semangat antara satu sama lain, Alhamdulillah…selesai juga. Cik Lie juga berharap dapat suami yang menjadi kekuatan untuk Cik Lie. InsyaAllah…Amin =)