Wednesday, February 22, 2012

You Just Almost Here

Jumaat : 17/2/2012
Lokasi : Di luar pagar rumah sewa

Pakcik : Laili bila nak bertunang?
Cik Lie : Nak bertunang macam mana pakcik.. calon pun takde lagi
Makcik : Tu la.. pakcik ni sibuk nak jodohkan dengan anak kami yang keje kat kolumpo tu
Cik Lie : Eh, bukan die dah ade girlfriend ke? (main tuduh je sebenarnye)
Makcik : Kawan-kawan tu ramailah.. tapi bab jodoh dia suruh makcik yang carikan. Mana yang baik pada pakcik & makcik, baiklah juga pada dia. Dia terima je..
Cik Lie : Emm... tanye ayah laili la kalo macam tu
Makcik : Kawan-kawan lah dulu.. kenal-kenal.
Cik Lie : InsyaAllah...

Sabtu : 18/2/2012
Lokasi : Hometown di 2 lokasi & masa berlainan

Cik Lie : Ayah, mak, jiran depan rumah nak jodohkan dengan anak die
Ayah : ...... (diam) dan terus tukar topik lain
Mak : Entahlah... buatlah solat istikharah dulu

Lebih kurang macam ni la situasinya. Cik Lie pun agak kehairanan kenapa Cik Lie agak terganggu dengan keadaan ini. Maka, hasil dari sembang-sembang dengan beberapa orang yang berkaitan, mungkin inilah confession & jawapan yang mampu diberi untuk setiap persoalan hati (acececechh..)

1. Dia hensem tak ? (soalan biasa yang kawan2 selalu tanya sebab mereka tahu Cik Lie agak rupalistik)
Nak kata hensem tu x la sangat. Senang cakap, sedap mata memandang. Muka baik-baik & kemas

2. Ko penah cakap dengan die ?
Secara direct tu tak pernah. Setakat senyum & angkat tangan kalo terjumpe time tengah jemur kain atau kuar rumah tu adelah..

3. Ko ade perasaan kat die tak ?
Mula-mula rasa macam adik-adik je sebab die muda 2 tahun dari Cik Lie. Tapi suka tengok die sebab die macam seorang yang rajin, sopan & famili man. Tapi sekarang ni, macam segan la plak. Nasib baik die ada kat rumah weekend je & time tu Cik Lie balik hometown. Setakat ni tak pernah jumpe lagi.

4. Famili ko dah tau ?
Dah bagitau.. tapi respond diorang macam tak sedia nak bermenantu je. Maybe sebab Cik Lie anak sulung. Mereka masih sangat memerlukan Cik Lie & mereka takde experience benda-benda camni. Macam kata mak roomate Cik Lie, mak ayah ni dia nak pastikan anak-anak die dah capai segala impian depan mata diorang sebelum serah pada orang lain.

5. Kawan-kawan cakap macam mana?
Tak ramai yang tahu sebabnya benda ni sangatlah samar-samar lagi. Cuma kawan-kawan serumah je lah yang memberikan sokongan padu.

6. Dia dah mulakan langkah?
Belum. Makcik tu cakap , dia dah tahu. Dia kata dia segan & perlukan masa.

7. Kalau dia tak take action, ko frust tak?
Tak. Sebabnya Cik Lie tak lah mengharap dan kami takde ape-ape memori bersama. Cuma, tak tahulah macam mana nak react kalau terjumpa. Jiran la katekan...

8. Kalau die dah take action, ape ko nak buat?
Soalan pertama Cik Lie akan tanya dia, adakah dia ikhlas atau sebab ikut kata parents dia. Cik Lie tahu dia sememangnya anak yang sangat mendengar kata. Tapi Cik Lie tak rela kalau berkahwin atas kehendak orang lain. Lagi pun dia masih muda. Pasti banyak pilihan lain dan impian yang dia nak kejar lagi.


9. Kalau dia ikhlas macam mana? Kalau dia kata terpaksa macam mana?
Kalau ikhlas, tak perlulah tunggu lama-lama. Jumpa lah mak ayah Cik Lie terus. Cik Lie tak nak pengalaman lalu berulang. Cik Lie trauma. Jika terpaksa, Cik Lie sendiri akan bagitahu pakcik & makcik yang Cik Lie menolak dia.

10. Sejujurnya, hati ko kata macam mana?
Sejujurnya, Cik Lie agak tersentuh dengan pendekatan yang macam ni. Iaitu melalui perantaraan keluarga. Dalam usia sebegini, Cik Lie mahu perhubungan yang matang (ceh, macam ayat Yusri & Lisa Surihani plak) dan mengharapkan perhubungan yang Allah redhai. Sudah tentunya bercinta selepas kahwin itu lebih baik kan.


Sunday, February 19, 2012

Ingatlah orang tersayang

Sejak sudah pandai bermain dengan stereng & gear, satu habit Cik Lie yang boleh di katakan 'tabiat buruk' juga ialah Cik Lie suka speeding. Cik Lie pun tak tahulah, kalau kat highway, meter tu tak mahu nye nak turun dari 110km/j. Kalau jalan kampung yang banyak corner-corner, habis tunggang terbalik sinchan & bunga atas dashboard. Untuk lebih 'behave', Cik Lie lebih suka bawa kereta yang ber cc kecik supaya kalau terlebih speeding, gegar die lain macam sikit. Dan jenuh dah mak,ayah,adik-adik dan kawan-kawan sound. Speed trap pun dah pernah kena. Tapi entahla... darah muda barangkali...

Semalam, Cik Lie dan ayah Cik Lie dalam perjalanan dari Tanjung Malim ke Kuala Kangsar melalui highway. Keadaan hujan yang agak lebat membataskan jarak pemandangan. Mungkin ketika itu, Cik Lie dalam kawasan Behrang yang mempunyai 3 line & Cik Lie saja maintain di line ke 2. Tengah dok syok borak-borak dengan ayah Cik Lie pasal perkembangan politik semasa, sekali tu Cik Lie agak terperanjat melihat kereta di depan Cik Lie agak menghimpit ke line kiri yang pada ketika itu ada kereta lain di sebelah. Belum sempat Cik Lie nak tolong hon kan, Cik Lie dengar bunyi dentuman dikanan Cik Lie. Tapi takde plak rasa hentakkan. Dan bila Cik Lie jeling pada cermin pandang belakang, alangkah terkejutnya Cik Lie melihat sebuah lori dari arah utara tayarnya sudah ke atas dan melepasi pembahagi jalan. Malah dah termasuk ke line Cik Lie. Waktu tu, yang terkeluar dari mulut Cik Lie hanyalah ucapan syukur. Bayangkan, hanya beberapa saat Cik Lie melepasi saat tu. Jika terlewat sesaat dua atau pun Cik Lie berada di line ke 3, tak tahu apalah nasib Cik Lie & ayah. Cik Lie tak boleh bayangkan keadaan kenderaan di belakang Cik Lie, mungkin ada yang turut menjadi korban. Moga di jauhkan. Cik Lie dah ayah agak tergamam, tapi kami tetap meneruskan perjalanan. Alhamdulillah... kami selamat sampai ke rumah. Kejadian ini menjadi satu pengajaran yang amat berguna pada Cik Lie dan Cik Lie juga agak fobia bila berselisih dengan lori.

Bak kata pepatah, malang tu tak berbau. Kadang-kadang, kalau kita berhati-hati pun, orang lain punye kesilapan, maka terjadi juga. Hanya pada Allah kita memohon perlindungan dan keselamatan. Di sini, Cik Lie juga nak share kan Video Adab & Sunat Ketika Bermusafir. Sangat sesuai untuk kita ketahui sebelum kita memulakan perjalanan. Moga kita boleh amalkan. Bukan susah nak buat pahala =) Cik Lie juga nak share satu wall-to-wall conversation dengan seorang keluarga angkat Cik Lie yang punya habit yang sama.

Memang terbaik nasihat incik polis kepada seorang doktor ni =p

Monday, February 13, 2012

In the end, it is how it end

Lately, Cik Lie takde topik nak di kongsi dalam blog ni. Adakalanya idea tu datang berdesup-desup, tapi lepas tu hilang mood, akhirnya tak teruja dah dan terlupa terus. Cuma, sekali tu Cik Lie mainkan playlist MP3 yang seperti biasa menemani ketika Cik Lie berada di atas talian, sampai pada lagu " I'll see you again", Cik Lie dapat idea untuk menulis. Sebelum tu, meh layan video ni. (Actually ade video yang lebih best, tapi terlampau kristian sangat backdrop stage nye)



Always you will be part of me
And I will forever feel your strength
When I need it most
You’re gone now, gone but not forgotten
I can’t say this to your face
But I know you hear

I’ll see you again
You never really left
I feel you walk beside me
I know I’ll see you again

Topik yang Cik Lie nak share ni adalah berkaitan K.E.H.I.L.A.N.G.A.N

Bila kita sebut pasal kehilangan, selain kehilangan dari segi material, yang paling sedih dan sakit adalah kehilangan orang yang kita sayangi & cintai. Cik Lie pernah kehilangan 3 individu yang sangat sayangkan Cik Lie pada ketika Cik Lie tak tahu nak menunjukkan kasih sayang pada mereka iaitu opah (2002), opah we (kakak opah, 2005) dan atok (2008). Cik Lie ingat lagi, waktu arwah opah meninggal, ayah Cik Lie jemput dari MRSM (seminggu lepas masuk) dan bagitahu opah dah meninggal. Cik Lie macam blur sebab minggu lepas opah ikut hantar Cik Lie masuk MRSM sekali. Sihat je.. Alih-alih tengok opah dah di pembaringan. Cuma perkara pelik yang Cik Lie dapat rasa, time opah nak balik dari hantar Cik Lie, opah peluk Cik Lie kuattt sangat. Arwah opah we pulak tinggal dengan opah sebab opah we duduk sorang je dan opah memang selalu uzur. Cik Lie pula tadika & sekolah menengah (form1-3) memang di kampung. Bab makan memang opah we yang jaga. Lepas opah meninggal, opah we balik ke rumah asalnya dan meninggal sakit tua. Sedihnya, Cik Lie tak sempat jumpa sebab sampai lambat dari UM. Orang dah siap kapan dah.. Arwah atok meninggal penyebabnya terjatuh dan seminggu lepas tu koma. Rupa-rupanya, ada darah beku di kepala yang lambat dikesan. Perkara pelik yang Cik Lie hadapi sebelum arwah atok meninggal, 2/3 hari sebelum tu, Cik Lie balik ke kampung. Atok ada bagitahu dia selalu sakit kepala. Cik Lie sempat berkata " atok nanti makan ubat, jaga kesihatan". Atok senyum je dan bagi duit belanja yang agak banyak tak seperti selalunya. Makcik pakcik dan orang kampung semua tahu Cik Lie memang amat manja dengan arwah. Semua macam takut Cik Lie tak boleh terima. Tapi yang buat Cik Lie tak faham dengan diri Cik Lie, Cik Lie tak menangis setitik pun. Ini bukan pasal tabah ke, kuat ke.. sebab memang sedih teramat, tapi tak boleh menangis macam orang lain. Sampaikan ada yang bertanya Cik Lie tak sedih ke?. Emm.. susah nak tunjukkan perasaan tu secara zahiriah. Hanya Allah yang tahu bertapa Cik Lie rindu dengan mereka. Hanya Al-Fatihah dan doa yang Cik Lie mampu amalkan seharian bagi membalas segala kasih-sayang mereka terhadap Cik Lie.


- Gambar bersama atok, opah & opah we ketika menghantar Cik Lie ke MRSM-

Satu lagi jenis kehilangan yang Cik Lie cukup terasa adalah kehilangan sifat seseorang yang rapat dengan kita. Dengan erti kata lain, mereka telah berubah. Ya, hak mereka untuk berubah mengikut keperluan & kehendak diri mereka. Tapi, adalah sesuatu yang agak kekok bila perubahan itu berlaku secara mendadak dan drastik. Contonya, dulu dia dan kita mesra, bebas bercerita apa saja, gembira lakukan apa saja bersama. Namun, mungkin berlaku sesuatu mengakibatkan kenangan itu seolah-olah hilang. Tak pernah wujud. Menghilangkan diri, diam, buat tak tahu. Ya, normal la manusia sentiasa berubah. Tapi adil ke bila segala yang bertahun-tahun dibina, hilang macam tu je. Seolah-olah kita dan dia saling tak mengenali dan masing-masing lebih selesa untuk tunggu & lihat siapa yang nak betulkan keadaan seperti sediakala. Mungkin juga Cik Lie tak punya kekuatan untuk berhadapan dengan mereka-mereka yang Cik Lie rasa telah hilang. Dan dalam keadaan seperti ini, kadang-kadang Cik Lie terpaksa pujuk diri Cik Lie dengan mengatakan "#### yang aku kenal dulu, seorang yang blablabla dah takde. #### yang sekarang ni aku tak kenal. Dah jadi orang lain. Teruskanlah hidup dengan orang-orang yang masih ko kenal". Dan secara jujurnya, Cik Lie amat merindui mereka yang telah 'hilang' itu....


Monday, February 6, 2012

Bertanya pada yang salah

Dulu, Cik Lie pernah juga bercita-cita menjadi seorang ahli motivasi. Bukannya Cik Lie ni pandai bercakap untuk menyalurkan aura-aura positif yang boleh mempengaruhi orang lain. Cuma, Cik Lie amat teruja dipengaruhi apabila membaca kata-kata hikmah atau lagu-lagu yang berunsur spiritual. Oleh kerana bidang yang Cik Lie dalami sekarang amat tersasar dari menjadi seorang ahli motovasi, maka Cik Lie cuba membantu mereka yang meminta nasihat secara tidak bertauliah. Kadangkala, nasihat yang diberi tu sebenarnya seolah-olah Cik Lie bercakap dengan diri sendiri. Tak perlu keluarkan segala hadis atau cited dari mana-mana tokoh atau cendiakawan.Cukuplah dengan pengalaman yang di alami & pengalaman dari orang sekeliling yang kita perhatikan. Itu lebih neutral.

Namun, yang membuatkan Cik Lie mengalami sesuatu yang agak pelik, kenapa Cik Lie selalu diminta nasihat berkenaan CINTA. Tambah pelik yang memintanya pula selalunya di kalangan lelaki. Cik Lie pernah bertanya kepada adik lelaki Cik Lie. Jawapan beliau " lelaki ni kalau lepak-lepak takdenye nak cite pasal awek. selalunya lelaki ni akan ada seorang kawan baik perempuan yang die lebih open berbanding dengan awek die" Pergh... patutlah seorang best buddy Cik Lie (lelaki) pernah bagitahu " time couple tak payah jujur sangatlah, ade benda yang ko boleh share & ade benda ko simpan untuk diri ko je. Lelaki kuat egonye. dia suka girlfren dia buat camtu kat die tapi belum tentu die akan buat benda yang sama". Ini tidak adil !!!! tapi itulah realitinya...

Berbalik pada kes Cik Lie, kadang-kadang Cik Lie pun tak faham dengan mereka ini. Ini kerana, secara luarannya nampak seperti mereka ini lelaki macho yang sangat misteri dan cool. Tapi sesekali mereka 'meluahkan' apa yang ada dalam hati mereka, ia seperti sesuatu yang ajaib kerana kadangkala tanpa ditanya pun, mereka boleh bercerita dari A sampai Z. Selalunya, sesi konsultasi ni berlaku secara maya je. Cik Lie pernah juga bertanya pada mereka, "kenapa ko cerita semua benda ni dengan aku? ko pun tau kan aku ni pun FAIL dalam bab bercinta ni..." Jawapan yang selalu Cik Lie terima, "dengan ko je aku boleh cite semua ni & aku percaye kat ko". Maka, sebagai seorang kawan, Cik Lie rasa bertanggungjawab untuk membantu.(sekadar meluangkan masa di atas talian) Owh ya, selalunya, kawan-kawan lelaki yang Cik Lie rapat, Cik Lie akan kenal baik juga dengan girlfren/isteri mereka. Cik Lie selesa dan selamat macam tu. Alhamdulillah... mungkin dengan cara itu, Allah pelihara perasaan Cik Lie dari ada perasaan dengan boyfren or suami orang. Setakat ni Cik Lie tak pernahlah terlibat dalam kes pemusnah perhubungan orang lain. Nauzubillahiminzalik...selalunya juga, pendapat dan nasihat yang Cik Lie bagi tak menyebelahi mana-mana pihak. Yela..kalau dialognya macam ni, "ala...ko tau la aku ni macam mana kan..." dan Cik Lie akan berkata " memanglah aku tau ko macam mana, tapi aku tak tau macam mana ko jadi diri ko depan girlfren/isteri ko." Sedangkan Cik Lie pun tak boleh jadi diri sendiri dengan semua orang, apatah lagi nak ajar dan judge orang. Cik Lie sebenarnya takde masalah if nak share or minta pendapat. Cuma... kadangkala Cik Lie rasa mereka bertanya pada orang yang salah. Rasa bersalah plak sebab kadang-kadang pendapat & pandangan yang Cik Lie bagi adalah berdasarkan diri Cik Lie & pemikiran Cik Lie. Sedangkan Cik Lie bukan tahu secara detail diri dan pemikiran pasangan diorang.Tapi, bila ada yang menerima, berterima kasih & siap mention nama Cik Lie tanda penghargaan, rasa terharu jugaklah. Cuma mengingati diri sendiri " toksahlah pikir teruk-teruk masalah orang lain. Bila diorang dah setel & hepi, ko masih tetap sendiri". Cukuplah sekadar menjadi telinga pada yang memerlukan & titipkan doa. Sebenarnya, hal ni bukan hanya terjadi di kalangan lelaki sahaja, perempuan pun ada juga. Cuma, yang perlu kita hati-hati adalah dengan mereka yang kononnya nak tumpangkan bahu & pinjamkan telinga pada kita, tapi sebenarnya mengambil kesempatan atas segala kesulitan. Dunia...dunia...




Sunday, January 29, 2012

My Beautiful Oldies


Baru-baru ni, Cik Lie baru dapat tahu yang my fave boyband yang Cik Lie sangat fanatik sejak tahun 2000 dan setia sampai kini akan berpecah & bawa haluan masing-masing (katanya nak beri sepenuh perhatian pada famili). Last album yang Cik Lie beli ialah Turnaround (2003). Lepas tu just download lagu yang best-best je. Tak sangka dah hampir 12 tahun.. konsert terakhir yang Cik Lie tengok melalui You Tube pun nampak diorang tu dah agak tua. Dah nak masuk 3 malam Cik Lie stay up study pasal history diorang ni. Cik Lie pun tak tahu knapa sangat bersungguh. Sungguh lagha... Tapi kat sini, Cik Lie share serba sedikit lagu yang ada bawa sentimental value pada Cik Lie



Album pengenalan (1999)
1. Until The End Of Time
2. Forever

Westlife (2000)
1. Swear It Again
2. Flying Without Wings
3. Change The World
4. Open Your Heart
5. We are one (My most fave)

Coast To Coast (2001)
1. Against All Odds
2. Close (My most fave)
3. What Makes A Man

World Of Our Own (2002)
1. Evergreen
2. If Your Heart's Not In (Fave)
3. Why Do I Love You
4. Walk Away
5. I Promise You That (fave)
6. You Don't Know (Most fave)

Unbreakable V.1 The Greatest Hits (2002)
1. I Lay My Love On You
2. Loves Takes Two (fave)
3. Unbreakable
4. Written In The Star (Most fave)
5. How Does It Feel (fave)

Turnaround (2003)
1. Heal
2. Obvious
3. When A Woman Loves A Man (most fave)

Allow Us To Be Frank (2004) - None

Face To Face (2005)
1. Amazing
2. When You Tell Me That You Love Me
3. You Raise Me Up (Most fave)

Love Album (2006)
1. Total Eclipse Of My Heart


Back Home (2007)
1. Catch My Breath
2. Us Against The World (Most Fave)
3. You Must Have Had A Broken Heart


Where We Are (2009)
1. I'll See You Again
2. What About Now (Most fave)


Gravity (2010)
1. Safe


Lighthouse (2011)
1. Poet's Heart
2. Beautiful World - see video(Goodbye Song)

Wednesday, January 25, 2012

Allah tak beri benda yang kita nak, DIA bagi benda yang kita perlu

Financial problem... alahai..bulan ni rasa agak kesengkekan pulak. Nak mintak lebih-lebih dengan mak ayah pun dah naik segan. Alhamdulillah..rezeki masih ada, cuma agak kurang. Tambahan pula, gaji akan dapat 2 bulan lagi. Bajet sewa rumah+tol+minyak kereta memang tak dapat nak cover komitmen bulanan Cik Lie terutamanya PTPTN & ASB (nasib baik tak ambil ujrah & tak buat loan. so, boleh suka suki je). Nasib baik jugak tak sangkut kat bajet investment bulanan Cik Lie bersama my financial planner. Kalau tak... maunye buat skrip drama "aep, dulukan duit ko dlu" (harapnye perkara itu takkan berlaku, takut hutang-hutang orang ni~~~)

Di suatu petang, Cik Lie ber dating bersama seorang rakan di tepi Sungai Perak. Selain topik jodoh, topik duit ni jugak dah jadi perkara penting untuk dibincangkan. Diperkenalkan rakan Cik Lie ni bernama Nurhidayah yang Cik Lie panggil dayah sahaja. Satu benda yang Cik Lie cukup respect dengan beliau adalah beliau berani & tak malu untuk berniaga. Dulu, Cik Lie pernah join dia berniaga minyak wangi. Agak lumayan juga hasilnya ketika itu. Cik Lie tak dapat teruskan kerana Cik Lie sambung belajar. Tak dapat begi komitmen. Tiba-tiba dia cadangkan Cik Lie join dia berniaga keronsang & mini skirt. Dia kata, dia tak dapat nak setel semua tempahan sorang-sorang dan dia sudi nak ajar Cik Lie. Cik Lie katakan padanya, keronsang tu boleh, tapi skirt tu maybe tak dapat sebab Cik Lie pun tak suka pakai. Menipu namanya kalau beria promot kat orang tapi diri sendiri pun tak pakai. Sesiapa yang berminat, bolehlah cuba usha-usha kat Ayuest Corner ni. Mana tau kot berkenan pulak kan =)

Selama 2 hari Cik Lie berguru dengan Cik Dayah buat segala benda alah ni di rumah Cik Lie. Secara jujurnya, Cik Lie bukanlah seorang yang berbakat dengan seni. Tapi Cik Lie cuba untuk explore sesuatu yang baru dan ternyata ia amat menyeronokkan =)


Dengan semangatnya, Cik Lie pun telah transform my bed room jadi my mini workshop. Barang-barang keperluan pun semua dah complete. Waktu ni, masa dirasakan sangat pendek. Nak layan FB, Twitter & YM pun dah tak sempat. Sampaikan mak yang berkali-kali masuk ke bilik. Risau kot anak daranya sampai tak ingat hari dek leka main dengan butang, kain, jarum & benang.

Pada mulanya, target Cik Lie hanya pada students Cik Lie di UPSI saja dan kawan-kawan adik Cik Lie. Suatu hari, makcik Cik Lie cadangkan berniaga di pasar pagi di Pekan Kampung Slim. Pertama kali berniaga secara terbuka ni. Orang keliling pulak asyik jeling-jeling je.. Yela, ntah mana datang budak ni tetibe je kan. Belakang Cik Lie jual sayur, sebelah Cik Lie jual pisang. Nama pun pasar pagi di kawasan kampung, benda-benda camtu memang sold out la kan. Selama 2 jam, dapatlah Cik Lie dalam RM 13. Kira ok la tu sebab pertama kali kan =) Makcik pakcik kat situ pun bagi semangat supaya teruskan. Atleast, Cik Lie berjaya buat mak ayah & adik-adik Cik Lie tak percaya dengan apa yang Cik Lie lakukan hari itu sampaikan Cik Lie tunjuk gambar di atas sebagai bukti. hehheheh.. Kepada sesiapa yang berminat nak tahu lebih pasal handcraft Cik Lie ni, bolehlah usha-usha di Album HandMade Craft Cik Lie ni ye =) Angan-angannya, kalau dah maju, bolehlah kalau tak dapat macam Memory Lane, dapat buka kedai macam Living Cabin pun dah cukup puas hati =p doa-doakan ye...


Disebabkan terlalu fokus pada handcraft tu (maklumlah, orang tengah semangat tak hengat ni~~), Cik Lie masih belum berkesempatan membaca secara hatrik 3 buku yang Cik Lie beli menggunakan Baucar Buku. Alhamdulillah...walaupun Cik Lie dah habis study tapi belum konvo, tapi dah orang nak bagi, Cik Lie terima dengan 2 tapak tangan la =) Lagipun buku-buku ni Cik Lie beli setelah membeli buku-buku & keperluan sekolah untuk adik Cik Lie. Kepada rakan-rakan pun terutamanya perempuan, Cik Lie cadangkan juga buku ini untuk kalian. 1. Koleksi Inspirasi Cinta Terhebat oleh Burhan Sodiq 2. Tautan Hati oleh Fatimah Syarha dan 3. Diari Mat Despatch: Edisi Patah Hati (Cik Lie memang follow dari diari beliau bulan januari lagi dan ini bulan april =)). InsyaAllah... bila dah pandai sikit nak manage masa, bolehlah Cik Lie setelkan buku-buku ni pula. Kadangkala, kesibukan membuatkan kita lebih menghargai apa yang kita ada dan lebih bersyukur dengan nikmat Allah =)

Saturday, January 14, 2012

Kebahagiaan itu....

Ketika tengah melayan perasaan dan fikiran ketika sedang memandu dalam perjalanan yang memakan masa hampir 2 jam, rasa naik bosan pulak dengar lagu-lagu yang berulang-ulang berkumandang di radio. Tambahan pulak celoteh dj-dj dan yang kadang-kadang Cik Lie fikir "bestnya dapat duit bermodalkan air liur...huhu.." Maka, Cik Lie pun godek-godek laci dashboard yang Cik Lie simpan kaset-kaset waktu zaman muda-mudi dulu. Disebabkan tengah memandu, Cik Lie capai saja kaset yang dapat & terus mainkan. Owh ye.. kereta Cik Lie masih menggunakan radio kaset =p Track pertama yang Cik Lie dengar adalah "Flying Without Wings" =)



Cik Lie sememangnya kipas-susah-mati Westlife sejak album diorang yang EP lagi. Ini adalah angkara pengaruh pakcik Cik Lie dan MTV. Boleh dikatakan Westlife yang banyak tolong Cik Lie jadi 'minat' Bahasa Inggeris dan hampir semua album Westlife Cik Lie beli (sebelum mengenali apa itu 4shared. hehehe..). Tu belum kira majalah yang ade cerita pasal diorang. Kalau surat khabar tu, siap gunting tampal dalam buku yang dalam tu ada lirik & gambar artis. Adeh....Dulu, juz layan lagu Flying Without Wings ni sebab Westlife dalam video klip ni sangat kacak dan rentak lagu dia macam best. Bila dah agak dewasa ni, meremang & 'touching' sangat dengan lirik dia. Kenapakah???? Meh, Cik Lie nak share ;)

Everybody's looking for a something
One thing that makes it all complete
You'll find it in the strangest places
Places you never knew it could be

Semua orang inginkan kebahagiaan kerana kebahagiaan itu membuatkan seseorang itu merasakan hidup mereka sempurna. Kadang-kadang, oleh kerana terlalu mengejar kebahagiaan, manusia seolah-olah keluar dari ruang lingkup mereka. Maka terjadilah seperti kata pepatah, "untung sabut timbul, untung kelapa tenggelam"

Some find it in the face of their children
Some find it in their lover's eyes
Who can deny the joy it brings
When you've found that special thing
You're flying without wings

Setiap orang ada cara untuk memperolehi kebahagiaan dan jenis kebahagiaan yang mereka ingin kecapi. Orang-orang yang kita sayang pasti akan mendamaikan jiwa dan perasaan kita. Ia dizahirkan dengan kenangan dan saat manis yang dikecapi bersama. Namun, kadang-kadang segala kesusahan dan kesedihan masa lampau juga, apabila dikenang kembali, ia menjadi sesuatu yang paling berharga kerana ia mengajar kita tentang Hidup.

Some find it sharing every morning
Some in their solitary lives
You'll find it in the words of others
A simple line can make you laugh or cry

Sesungguhnya pagi itu penuh berkat dan rezeki. Namun senario hari ini, sayang sekali.... apabila pagi-pagi buka laman FB dan twitter penuh dengan post-post orang maki-hamun & mengeluh. Moga kita dijauhkan dari tabiat itu. Ada juga yang memerlukan masa dan ruang untuk diri sendiri. Dalam erti kata lain, muhasabah diri. Nasihat dan kata-kata yang baik juga dapat merubah aura negatif kepada sesuatu yang lebih positif. Oleh itu, hindarilah sesuatu yang boleh merosakkan hati dan fikiran kita.

You'll find it in the deepest friendship
The kind you cherish all your life
And when you know how much it means
You've found that special thing
You're flying without wings

Persahabatan yang ikhlas adalah satu jenis kebahagiaan yang tiada tolok bandingannya. Alangkah sedih rasa hati apabila persahabatan yang selama ini dipertahankan, hancur begitu sahaja kerana fitnah, khianat dan penipuan. Kadang-kala, persahabatan itu diuji, bertindaklah dengan hikmah. Jika tidak mampu, berdiam diri itu lebih baik... Jika sayang persahabatan itu dipengaruhi perasaan lain yang lebih spesifiknya 'cinta', jika positif responnya, bernyanyilah bersama lagu Jason Mraz "lucky im in love with my bestfriend..lallalala". Jika hanya bertepuk sebelah tangan, pilihlah untuk terus bersahabat walaupun hatimu pedih kerana kehilangan sahabat itu lebih sakit dari kehilangan kekasih.

So, impossible as it may seem
You've got to fight for every dream
‘Cause who's to know which one you let go
Would have made you complete

Ada bijak pandai mengatakan "untuk mendapatkan sesuatu, kita perlu melepaskan sesuatu". Pengorbanan...istilah yang paling mudah untuk disebut namun tak semua mampu melakukannya dengan bijak. Membuat pilihan dan keputusan adalah sesuatu yang berat untuk dilakukan. Jika sudah memilih, yakinkanlah hatimu. Tawakal dan berdoalah....


Well, for me it's waking up beside you
To watch the sunrise on your face
To know that I can say I love you
At any given time or place

It's little things that only I know
Those are the things that make you mine
And it's like flying without wings
‘Cause you're my special thing
I'm flying without wings

Menyayangi dan disayangi adalah fitrah semula jadi setiap manusia. Sebarkanlah kasih-sayang mu kepada setiap makhluk tanpa mengira keperluan dan kepentingan. Ingatlah...kebahagiaan hakiki adalah apabila kita terlebih dahulu membuatkan orang lain bahagia.


And you're the place my life begins
And you'll be where it ends

Ada juga mengatakan kebahagiaan itu bermula dari rumah, iaitu keluarga. Bahagiakan keluarga mu terlebih dahulu kerana disitulah terletaknya rahmat dan berkat Allah. Tiada yang lebih membahagiakan selain ibubapa mu berbangga & bersyukur dengan dirimu. Percayalah..