Thursday, September 2, 2010

Perancangan Kewangan Islam

PENGURUSAN dan perancangan adalah suatu yang amat mustahak dalam semua urusan kehidupan lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan harta atau kewangan. Kegagalan mengurus dan merancang sebenarnya seseorang itu mengurus dan merancang untuk kegagalan. Kegagalan merancang harta atau kewangan dengan bijak dikenal pasti antara punca mudahnya seseorang itu terperangkap dengan pelbagai masalah dalam kehidupan.

Pengajaran daripada ayat di atas antara lain ia menyentuh tentang persoalan perancangan di mana Allah menjelaskan bahawa dalam menguruskan kehidupan jangan bergantung kepada satu pendekatan sematamata tetapi perlulah mempelbagaikan pendekatan dan strategi. Dan setelah segala persiapan dan perancangan dilakukan maka hendaklah bertawakal kepada Allah.

Catatan Cik Lie :

Baru-baru ini Cik Lie telah berborak panjang dengan BestFriendForever Cik Lie sejak zaman degree tentang perancangan kewangan melalui YM. Setelah hampir clean n clear di brainwash, akhirnya Cik Lie faham juga apa yang dimaksudkan dengan Perancangan Kewangan. Sememangnya Cik Lie amat buta bab-bab ekonomi & kewangan ni. Alhamdulillah..berkat ketabahan BFF Cik Lie tu, atleast Cik Lie nampak kepentingannya terutamanya dari segi keperluan & kepentingan diri, ibubapa dan future family.

Pada mulanya, Cik Lie amat ragu-ragu. Oleh itu Cik Lie minta 2 pendapat sahabat Cik Lie yang boleh diketogorikan otai dalam bidang bab-bab ekonomi, kewangan & muamalat. Memang pening bila berbincang hal berkaitan ekonomi yang terpaculnya istilah kapitalis, konvensional, riba, syariah, sistem dirham, inflasi, muamalat dan sebagainya. Alhamdulillah.. berkat ketekunan mereka menerangkan satu persatu istilah & peraturan, atleast Cik Lie lebih berhati-hati. Di sini Cik Lie kongsikan pada rakan-rakan serba sedikit mengenai hal-hal yang di bincangkan (sila klik link berwarna kuning) & terima kasih diucapkan kepada : Muhammad Ariff (Qualified Financial Advisor MCIS ZURICH & info) , Aliff (Sarjana Muda Kewangan Islam, UMS) dan Shahrizal (Sarjana Ekonomi, UKM -> tak lama lagi akan menerbitkan buku bertajuk "Komoditi Utama Negara")

Tuesday, August 31, 2010

Manusia perlu keduanya



Antara CINTA & CITA-CITA ? Takkan ku biar CINTA membunuh CITA-CITA, tetapi CINTA yg membawa CITA-CITA ku melangkah lebih jauh


Saturday, August 28, 2010

Ada Apa Dengan Sekufu ?

Dialog 1 : Engkau ni nak cari yang perfect je, ko rasa diri ko perfect?

Dialog 2 : Ko ni agak-agakla.. dia doktor, ko tu cikgu je. Mana nak sama..

Dialog 3 : Sy doakan awk berjumpa seseorang yg sekufu dengan awk

Jodoh yang sekufu, adalah sesuatu yang cliche. Ramai yang berkata tentang jodoh sekufu dan ini memang benar kerana telah dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW berbunyi “Tiada perkahwinan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tiada perkahwinan seorang wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya”.

  • Sekufu dari kepercayaan dan amalan agama
  • Sekufu dari segi keturunan
  • Sekufu dari segi pemikiran

Jodoh yang sekufu bukanlah benda wajib terutamanya dari segi harta, pangkat dan sijil. Malah tak ada dalam syarat nikah pun, tapi ia adalah saranan Rasulullah SAW kepada sekufu pada tiga perkara di atas, kerana Islam itu memandang jauh ke hadapan. Pasangan yang sekufu (sama, sefikrah, etc.) akan berusaha memperbaiki kehidupan rumahtangga kerana kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama. Islam telah mengajar kita untuk merancang benda yang berada nun jauh di masa depan. Pasangan yang diijabkabulkan dengan keimanan tahu tanggungjawab masing-masing. Tidak timbul masalah pengabaian nafkah. Tidak timbul masalah dera mendera. Tidak terjadi suami main kayu tiga. Tidak terabai pendidikan dan makan pakai anak-anak. Tidak ada rungutan dan cemuhan dari isteri jika suami tidak mampu menyediakan banglo dan lauk enak setiap hari. Semuanya berjalan dengan tenang, sabar dan penuh kesyukuran. Merancanglah untuk masa depan kita kerana itu sunnatullah.

Setiap manusia itu sama di sisi ALLAH melainkan mereka yang bertaqwa


Friday, August 27, 2010

Jodoh Itu Rahsia ALLAH...

Memang ALLAH Sengaja Menemukan Kita Dengan Orang Yg Salah Supaya…

  • apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
  • kita dapat menjadi penilai yg baik.
  • kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
  • kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
  • kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
  • kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
  • kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
  • kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
  • kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
ALLAH tidak akan menzalimi hambaNYA dengan menemukan kita dengan orang yang salah kerana semuanya bermula dari HATI



Wednesday, August 25, 2010

Special dedication for my brothers & sisters



Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don't we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Tuesday, August 24, 2010

Yang Terindah..

Assalamu’alaikum warahmatullah wa barakatuh.

Kepadamu kukirimkan salam terindah, salam sejahtera para penghuni

surga. Salam yang harumnya melebihi kesturi, sejuknya melebihi embun pagi.

Salam hangat sehangat sinar mentari waktu dhuha. Salam suci sesuci air telaga

Kautsar yang jika direguk akan menghilangkan dahaga selama-lamanya. Salam

penghormatan, kasih dan cinta yang tiada pernah pudar dan berubah dalam

segala musim dan peristiwa.

Wahai orang yang lembut hatinya,

Dalam hatiku, keinginanku sekarang ini adalah aku ingin halal bagimu.

Islam memang telah menghapus perbudakan, tapi demi rasa cintaku padamu

yang tiada terkira dalamnya terhunjam di dada aku ingin menjadi budakmu.

Budak yang halal bagimu, yang bisa kau seka air matanya, kau belai rambutnya

dan kau kecup keningnya. Aku tiada berani berharap lebih dari itu. Sangat tidak

pantas bagi gadis miskin yang nista seperti diriku berharap menjadi isterimu.

Wahai orang yang lembut hatinya,

Apakah aku salah menulis ini semua? Segala yang saat ini menderu di

dalam dada dan jiwa. Sudah lama aku selalu menanggung nestapa. Hatiku selalu

kelam oleh penderitaan. Aku merasa kau datang dengan seberkas cahaya kasih

sayang. Belum pernah aku merasakan rasa cinta pada seseorang sekuat rasa

cintaku pada dirimu. Aku tidak ingin mengganggu dirimu dengan kenistaan katakataku

yang tertoreh dalam lembaran kertas ini. Jika ada yang bernuansa dosa

semoga Allah mengampuninya. Aku sudah siap seandainya aku harus terbakar

oleh panasnya api cinta yang pernah membakar Laila dan Majnun. Biarlah aku

jadi Laila yang mati karena kobaran cintanya, namun aku tidak berharap kau

jadi Majnun. Kau orang baik, orang baik selalu disertai Allah.

Doakan Allah mengampuni diriku. Maafkan atas kelancanganku.


-adaptasi Novel Ayat-Ayat Cinta (download)

Sunday, August 22, 2010

Cubalah untuk REDHA, belajarlah untuk IKHLAS

REDHA ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.

" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )


IKHLAS ialah menumpukan niat bagi setiap ibadah atau kerja yang dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t. dan diqasadkan ( niat ) untuk menjunjung perintah semata-mata serta membersihkan hati dari dosa riya’ , ujub atau inginkan pujian manusia.

“ Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah s.w.t. dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya , lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar “.
( Surah Al-Bayyinah – Ayat 5 )