Dialog 1 : Engkau ni nak cari yang perfect je, ko rasa diri ko perfect?
Dialog 2 : Ko ni agak-agakla.. dia doktor, ko tu cikgu je. Mana nak sama..
Dialog 3 : Sy doakan awk berjumpa seseorang yg sekufu dengan awk
Jodoh yang sekufu, adalah sesuatu yang cliche. Ramai yang berkata tentang jodoh sekufu dan ini memang benar kerana telah dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW berbunyi “Tiada perkahwinan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tiada perkahwinan seorang wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya”.
- Sekufu dari kepercayaan dan amalan agama
- Sekufu dari segi keturunan
- Sekufu dari segi pemikiran
Jodoh yang sekufu bukanlah benda wajib terutamanya dari segi harta, pangkat dan sijil. Malah tak ada dalam syarat nikah pun, tapi ia adalah saranan Rasulullah SAW kepada sekufu pada tiga perkara di atas, kerana Islam itu memandang jauh ke hadapan. Pasangan yang sekufu (sama, sefikrah, etc.) akan berusaha memperbaiki kehidupan rumahtangga kerana kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama. Islam telah mengajar kita untuk merancang benda yang berada nun jauh di masa depan. Pasangan yang diijabkabulkan dengan keimanan tahu tanggungjawab masing-masing. Tidak timbul masalah pengabaian nafkah. Tidak timbul masalah dera mendera. Tidak terjadi suami main kayu tiga. Tidak terabai pendidikan dan makan pakai anak-anak. Tidak ada rungutan dan cemuhan dari isteri jika suami tidak mampu menyediakan banglo dan lauk enak setiap hari. Semuanya berjalan dengan tenang, sabar dan penuh kesyukuran. Merancanglah untuk masa depan kita kerana itu sunnatullah.
Setiap manusia itu sama di sisi ALLAH melainkan mereka yang bertaqwa