Sunday, February 17, 2013

Syndrom Februari

Korang pernah dengar perkataan 'Burnout'?. Mengikut kata incik Wiki, "Burnout is a psychological term for the experience of long-term exhaustion and diminished interest". Tak faham?? Senang cerita, burnout tu macam satu perasaan kita takde semangat, jadi pemalas mengalahkan panda, rasa emo yang tak tentu punca & rasa diri serabut tak tentu hala. Kronikkan??? Tapi, menurut supervisor Cik Lie, perasan tu tandanya Cik Lie normal. Huhuhu...

Walaupun normal, tapi kalau dah berpanjangan sampai mengganggu aktiviti harian & sosial dengan orang sekeliling ape ke hei nye yong??? Takkan la terus-terus nak jadi "manusia itu sentiasa dalam kerugian". Pejam celik pejam celik dah Februari dah ni Cik Lie oooiii... Supervisor Cik Lie cakap, untuk atasi burnout ni adalah dengan bercerita dengan orang. "Saya awal-awal dah cakap dengan suami saya, sejak zaman saya study 'kalau abang tak faham pun abang dengar je apa saya nak cerita ni". Betul juga.. kita bukan nak yang mendengar tu selesaikan masalah kita, kita cuma nak luahkan & burnout tu akan hilang dengan sendirinya. Selain tu adalah dengan berkongsi. Sepasang suami isteri yang merupakan kawan baik Cik Lie sejak zaman sekolah dah membuktikannya. Incik suami akan menghadapi pembentangan akhir (viva) untuk Master nya. Beberapa malam jugaklah incik suami hidupnya bagai disaster yang turut mengheret puan isteri bersama-sama tidur di depan laptop & kertas. Alhamdulillah... setel viva dengan jayanya =)

Ok, straight to the point. I think I need a PERSON who are really care. Someone who I can talk, who can listen, who can answer & who can act. Emm.. ya.. selain keluarga, Cik Lie ada ramai kawan-kawan yang sangat sayangkan Cik Lie. Tapi Cik Lie faham, life diorang dah berubah. Diorang ada komitmen dan 'orang' yang perlu diberi perhatian lebih. Orang cakap, kalau kita nak sesuatu, kita kena terlebih dahulu memberi. Cik Lie tak kisah & sangat hargai pada yang sudi share cerita/masalah dengan Cik Lie. Cik Lie boleh jadi pendengar yang baik. Tapi... kadang-kadang pada satu tahap, Cik Lie juga mahu didengari. Orang luar mungkin tengok Cik Lie seorang yang chill. Cik Lie manusia  okey...ada up & down jugak. Mungkin ada yang kata "dah tak cerita, camne nak tolong/dengar ?". Hey... dah berapa lama kita kenal? Orang yang betul-betul ambil berat, kenal tak sampai seminggu pun boleh rasa perbezaan walaupun cara interaksi di alam maya. Cik Lie jenis yang kalau orang tanya baru Cik Lie jawab & my action is louder than my words. Haaa... macam panjang je Cik Lie meroyan ni. huhuhuhu... Lantaklah..blogspot ni sudi mendengar pun dah cukup bagos. huhuhuhuhhuuhuhuhuh~

Dalam kesamaran ku rempuhi ranjau
Biarpun payah ku teruskan
Siapa memandang tidakkan ku hirau
Biarpun pedih ku tahankan 
Semoga hatiku cekal

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padaMu ku serahkan
Apakah kan ada ketulusan jiwa
Yang menilai ku seadanya

Monday, February 11, 2013

Student vs working life

'Enjoy every moment as long as you are STUDENT'

Dulu time jadi 'pelajar', selalu pikir bestnye dah kerja. No exam, no class, no assignment. Bila dah kerja plak, pikir bestnya jadi student, banyak masa, boleh main-main, tak tension dengan bos & persekitaran kerja. MANUSIA... tak pernah puas kan?? 

Cik Lie plak dalam kategori separuh-separuh. Alhamdulillah.. Cik Lie sangat enjoy dengan life Cik Lie sekarang. Juz nak kena remind myself, jangan terlalu lalai dengan nikmat yang Allah bagi ni. Kadang-kadang, Allah tak uji kita hanya dengan dugaan. DIA juga uji kita dengan kesenangan. Beringat-ingatlah ye..

Kali ni Cik Lie nak share pasal 'Games Day' anjuran student Diploma Rekabentuk & Pembangunan Permainan UPSI. Cik Lie sebagai penyebok je yang tumpang berhura-hurey program yang sangat happening ni. Sudah semestinya Tuan besar program ni my beloved supervisor, Dr. Maizatul Hayati =)

Program yang berlangsung selama 3 hari (30/1/2013 - 1/2/2013) dipenuhi dengan macam-macam games (Xbox, PS2, PS3, EyeToys, Guitar Hero, Dota & Counter Strike), pertandingan (character design & sketching) serta pameran hasil kerja pelajar. Memang happening sangat. Bertuah diorang ni dapat rasa semua tu. Cik Lie pun terasa macam 19 tahun bila dah masuk dunia diorang ni. hehehhe..

Pada hari kedua, Cik Lie sempat menyelit satu slot testing untuk research Cik Lie berkaitan penggunaan teknologi kapasitif sentuhan (iPad) terhadap kanak-kanak. Kat sini Cik Lie pilih tadika UPSI & SK Methodist sebagai sampel. Penat jugak nak control kanak-kanak ni tapi fun sangat. Comel-comel plak tu!!! Terima kasih pada lecturer-lecturer dan fesi (pelajar sem 3 & sem 1) yang banyak bantu Cik Lie kumpulkan data. Hujung bulan ni kita BBQ okey ;)

 #Throwback zaman Cik Lie di UM dulu. Time tu ada satu kelab yang memang 'gah' la iaitu CCTAZ (Computer Club Tun Ahmad Zaidi). Dalam kelab tu, Cik Lie pegang unit Multimedia yang diwariskan oleh senior Cik Lie yang agak kamceng a.k.a president kelab. =p Nasib baik orang just gosipkan, 'ala..abang angkat ko tu la'. Hahah..last-last lekat sampai skang big bro & little sis. Nasib baik Cik Lie ngan wife die ok. So, tak pernah jadi isu. Program yang paling Cik Lie ingat adalah Karnival CCTAZ & Pesta Buku TAZ. TAZ (Tun Ahmad Zaidi) tu nama kolej kediaman kitorang. Selain jualan buku & peralatan komputer/gajet, ade jugak pertandingan games komputer. Bila bandingkan gambar waktu ni dengan yang sekarang, terasa bertapa lajunya teknologi tu. Pada karnval tu jugak, Cik Lie kena handle workshop edit gambar guna 'Fireworks'. Zaman ni orang tak guna dah. hahahaha. Pic no 8 tu, anak murid Cik Lie paling tekun sekali waktu itu a.k.a 'my history'. Tenkiu for ur support. Agak-agaknya wujud lagi tak kelab ni?? Kolej tu pun sekarang dah jadi kolej untuk foreigner je. Emmm...

Friday, February 8, 2013

t'ganu trip & cerita kawin (tak abeh-abeh...)

Fuuhh..fuhhh..fuuuhhh... haaa.. tiup sawang sebulan punya pasal. Cik Lie tak update ape pun Januari lepas. Sibok bebeno atenye kununnn.. So, bulan Februari ni Cik Lie nak update secara berdas-das. Tapi cite yang bulan Januari la. Cite basi?? suke atila blog Cik Lie yang punye kan =p

Entri ni Cik Lie nak cerita pasal my BFF wedding + Terengganu Trip. Actually, mulanya Cik Lie tak plan pun nak ke Terengganu. Tapi bila geng-geng yang lain macam beria je. So, tetiba dah de plan. Senangkan masih single? hahahha =p Tambahan pulak FSKTMers lama tak beraktiviti together-gather dah. Asyik reunion kat majlis kawin je. Kiranya macam short vacation jugaklah untuk kitorang. Meh Cik Lie ceritakan ikot kranologi:

Hari Pertama

1. Kitorang konvoi 2 kereta. Kereta 1 golongan newly weds (aep+aien, nik+anum) & kereta 2 golongan bujang terang lagi bersuluh (Cik Lie, dila, azim) + dibujangkan seketika (epair). Dari KL-Kuantan Cik Lie yang drive & Kuantan-KT azim yang drive. Area KT, epair plak drive. Tenkiu dila bagi kitorang belasah kereta anda ye. hhehehe.. nanti dah berani drive, bawak kitorang round-round plak.
2. Sampai di KT tepat jam 8mlm. Tenkiu pada pihak pengantin sebab sponsor homestay yang sangat selesa untuk kitorang. Bilik ada 4. Disebabkan Cik Lie & dila masih gadis sunti, maka kami dapat master bedroom. Yey!!!
3. Lepas solat Isya', kami round-round keliling bandar KT sambil mencari tempat makan yang best. Akhirnya kami dinner di Pulau Duyong. Menarik juga sebab ada ikan bakar.
4. 'Under one roof'. Lawak kitorang zaman UM dulu time 'lari' dari fire drill jadi kenyataan la plak.

Hari Kedua

5. Mulanya semua macam nak turun pantai lepas subuh. At last, Cik Lie & dila je bangun. Dila memang beria nak capture sun rise ngan ipod5 & samsung NX1000. Cik Lie plak, dalam kepala tak abis-abis 'nak pegi pata!!! nak pegi pata!!! denungggg' . So, kitorang berdua pun menuju la ke Pantai Batu Burok. Tak boleh mandi pun~~~ Lepas ambil angin & gambar, kitorang pergi Pasar Payang plak. Tapi kedai kain tak bukak lagi time tu. Selamat duit Cik Lie. =p
6. Dalam pukul 12.30 kitorang menuju ke Taman Tamadun Islam. Perghh... besar betul dewan konvensyen ni. Kereta plat 2 digit berderet je. Memang grand la. 'Rugi aku tak ngorat ko dulu judeng'. keskeskes
7. Ade member komen, 'Semacam je gaya cik lie grib tngn pengantin perempuan'. Haa.. actually Cik Lie touching sikit la dengan diorang ni. Sebabnya..nanti Cik Lie ceritakan kat bawah ni
8. Lepas balik wedding, sebagai anak jati KT yang berkhidmat untuk orang kampung, Syu bawak kitorang jalan-jalan cari kepok, sata & seafood celop tepung kat kawasan Tok Beng & belakang airport. Kesian kat Syu yang kepenatan setelah semalaman oncall. Zuri pun kena cepat balik Temerloh sebab shift malam. Owh ye, kitorang pun tak tahu camne bdk komp & bdk perubatan time kat UM dulu memang kamceng. Hasil yang berjaya adalah epair. Even wife die bizi kat spital, nasib baik wife die cool kitorang nak pinjam dia hurahurey. Itulah pentingnya bila pasangan kita boleh terima kawan baik kita. Kita pulak mestilah appreciate TRUST tu =). Aimi, kitorang dah pulangkan epair cukup kaki tangan dah. heheheheh
9. Cik Lie sempat jugak solat di masjid yang gah dengan ke kristalan nye. Tapi dah macam hiasan la plak masjid ni sebab kat dalam macam biasa je. Kecik je pun.

Ok.. sekarang Cik Lie nak cerita pasal yang no.7 tu. Mulanya macam ni.. judeng selalu share dengan Cik Lie dimana familinya nak jodohkan dengan anak kenalan familinya yang dia tak pernah jumpa pun. Dia macam tension jugaklah setiap kali parents dia call, asyik-asyik tanya ada contact girl tu tak. Cik Lie dah stalk girl tu, dan Cik Lie rasa girl tu jenis yang baik-baik. So, Cik Lie memandai-mandai je bagi tips kat Judeng apa yang dia perlu buat. Tiap kali Judeng buat apa yang Cik Lie suggestkan, dia akan update pada Cik Lie. Alhamdulillah.. dah memang jodoh diorang, kenal awal tahun, tunang tengah tahun, kawin awal tahun 2013. Tahniah Mohd Izzudin & Tengku Nur Haqimah. Moga beroleh keluarga sakinah+mawaddah+warahmah =)

Aha.. selain judeng, 4 lagi geng FSKTMers dah selamat bergelar suami orang. Diorang ni memang dah plan nak settle down secara berjemaah. Yang nak jadi isteri orang pulak semua dah cop tahun ni termasuklah Cik Lie. Tapi Cik Lie masih dalam 'harapan' lagi. Hahahha.. Last one standing to be the best & beat the rest!!! (pujuk diri sendiri)



10. Nik Zakiudin (Nik) & Zakiah Hanum - Wedding yang sangat proper & rileks. Hasil gabungan berjaya fak komp & fak sains UM.
11. Wan Nazirul Hafeez (oneZ) & Nursyahirah Ilyana - Wedding yang rasa macam duduk dalam batalion sebab buat kat dewan PDRM. Hasil gabungan berjaya fak komp & fak pengajian Islam UM
12. Mohd Azwan & Izzati - Wedding kampung style yang meriah. Pior dari fak engineering. Cik Lie kamceng dengan diorang pun sebab join aktiviti UM.
13. Muhammad Ariff & Jasyin - Wedding dalam taman di FRIM. Couple-pause-couple (in one year) -> married. Jodoh & amanah dari Allah =)