First of all... setinggi-tinggi CONGRATULATION kepada adik kami yang bongsu dalam geng-geng FSKTMers, Nik Zakiuddin atau lebih manja kami panggil Nik, kerana telah selamat menjadi suami kepada Zakiah Hanum. Tahniah juga kerana telah memberi tamparan yang maha hebat kepada 'abang-abang' dan 'kakak-kakak' ekau ni yang asyik memeriahkan majlis kenduri kengkawan je. hahhaha... Tapi, kali ni ramai yang dah berani bawak teman. Boleh di katakan, sesi intro beramai-ramai juga lah. Judeng bersama tunang, azwan bersama tunang, aep bersama girlfriend baru tapi lama, wan rai bersama bakal tunang, fatnin bersama suami, jijix bersama isteri & anak pertama, zuri bersama girlfriend, ikhe dah hulur kad jemputan, wan nazirul dah announce tarikh & tak ketinggalan Cik Lie bersama orang depan rumah. Juz azim je la yang tetibe buat pengakuan "kesian dengan diri aku ni, asyik dikelilingi lelaki je..." Ceh, dah awak tu nak cari amoi je...tu makan die. Ape-ape pun, memang meriah. Tambah pula dengan majlis yang grand penuh protokol menjadikan ia memang syok. Tak caye??? meh layan gambar yang Cik Lie curi dari jijix ni.
Sabar je la...Setelah habis majlis, kami semua menuju ke destinasi masing-masing. Beberapa hari lepas, kakak orang depan rumah ni mengajak Cik Lie join rombongan tadika mereka ke Kuala Lumpur. Atas alasan mahu pergi kenduri, Cik Lie terpaksa menolak pelawaan kakak orang depan rumah. Tapi disebabkan hari ini, Cik Lie heret sekali orang depan rumah join kenduri, maka Cik Lie rasa tak sedap hatila pulak... Mana taknya, dahla tolak pelawaan die, pastu boleh plak pergi bawak adik die pergi kenduri. Kalau adik Cik Lie, Cik Lie dah sekeh dah...Alang-alang kat KL jugak ni, Cik Lie ajaklah dia jenguk sekejap yang pada ketika itu rombongan berada di Muzium Polis. Sampai di sana, rasa seronok pula nak join. Tambah plak diorang plan nak pergi i-city. Cik Lie memang ada bawa baju spare. Tapi.. orang depan rumah pulak ada hal kena balik TM dan tak boleh join. Tapi sebab kesiankan Cik Lie yang excited nak ke i-city, ditinggalnya Cik Lie bersama familinya & rombongan dan dia pulang ke TM seorang diri. Nak ajak dia pergi i-city lain kali memang harapan la sebab kami tak keluar malam melainkan dah kawin nanti. Mulanya Cik Lie segan sebab Cik Lie tak bayar satu sen pun..Pastu plak, staff-staff & budak-budak tadika ni tak habis-habis tanya soalan terjah melodi. Adeh...sesak nafas jugak rasanya..Layan la sikit gambar-gambar Cik Lie yang excited nak ber i-city ni
1 lagi benda best hari ni, tadaaaaaaaaaa... Cik Lie dapat ni =)
Cik Lie istilahkan ia sebagai pinjaman kerana waktu dia beri pada Cik Lie, dia cakap 'pakailah dulu' sebab sekarang die tengah pakai Note. (pastu boleh pulak mengomel duit ni nak cari susah, nak habiskan senang. Apakah???). Lagipun memang Cik Lie nak beli dengan dia. Tak best la pakai benda free selagi tak de ikatan ni...Password & Wallpaper pun tak tukar lagi. (atau die memang nak Cik Lie letak wallpaper ni?? memang tak lah kannnn..hahaha). Alhamdulillah...at last merasa jugak Cik Lie handset sentuh-sentuh ni. hehhehe