Saturday, June 30, 2012

Main tembak-tembak

Sabtu minggu ni ramai betul pergi bercuti. Wall FB & Twitter & Instagram juga penuh dengan tag kawan-kawan pergi bersuka-ria. Angan-angan Cik Lie seperti berada di langkawi bersama geng-geng FSKTMers, tapi dah sebab tak jadi, tiba-tiba je Cik Lie berada di Paintball Park Prevet Zone, Sungai Buloh pulak. Eceh...nampak beno nipunye....

Sebenarnya, orang depan rumah ajak Cik Lie join geng-geng ofis dia bersuka-ria. Pada mulanya, Cik Lie agak keberatan kerana keseganan. Tambah pula Cik Lie tak berapa sihat dengan batuk+selsema+demam sejak 3 hari lalu. (sebab degil tak nak pergi klinik). Namun, atas keyakinan jitu dan pujukan rayu (tipu lagi), Cik Lie pun bersetuju. 

Tempat ni menarik juga. Ramai sungguh orang kat sini yang datang secara kumpulan. Cik Lie sekarang bersama geng-geng banker la. Hehehhe...Big boss & famili diorang pun turun sekali. Siap support makanan semua. Diorang semua pun okey je. Takde la pandang Cik Lie macam pelik pun. Kire boleh masuk kepala & borak ngarut-ngarut jugakla. Kalo kena bahan tu, yo yo kan aje.. hahaha. Oleh kerana Cik Lie tak boleh main sebab tak sihat, Cik Lie jadi pom-pom girl disamping photographer. Yang best Cik Lie boleh eksyen dengan dia punya Samsung Note yang kaler putih tu disamping selongkar segala yang ada dalam tu. (tapi dia tak pernah nak selongkar Cik Lie punya phone, jahatnye Cik Lie ni...) ok..meh nak layan gambar plak.



Sesi berkumpul untuk mengatur strategi sementara tunggu turn sesi briefing. Masing-masing baru 1st time nak pegang senapang. Ingat macam main dalam counter strike la kununnye.. hahhaaa. Yang t-shirt hijau tu la big boss diorang.

 Sebelum main kena isi borang perakuan untuk keselamatan diri dan maklumat diri. Setakat ni games ni tak pernah bunuh orang, tapi pernah butakan mata orang sebab pelurunya ada campuran kimia yang boleh mencederakan. Wa... dia kidal rupanya. Menarik ni. =)

 Cik Lie bersama terrorist-terrorist yang akan berjuang di medan perang. Tengoklah siapa yang keluar dulu nanti ni...

Tempat ni ade 2 zone. Zon yang kat atas ni nama die field zone. Satu lagi jungle zone. Yang jungle zone tu Cik Lie tak boleh masuklah. Tapi kat sini lagi susah sebab tak banyak halangan. Setiap seorang dibekalkan 500 pallet. Kalau tak silap seorang kena bayar dalam RM 50 ++. Elimination jadi kalau kena shoot bahagian kepala atau peluru dah habis. Balik tu masing-masing dah lebam-lebam & baju masing-masing kotor. Nasib baik memang dah bawak spare.

Nasib baiklah dia masih gagah drive balik. Cik Lie tak reti drive kereta dia yang dah modified macam-macam tu. Memang teringin jugak nak main. Maybe next time. Cik Lie pun dah tag dalam GPS Cik Lie. hehehhe...