Beberapa hari yang lepas, merupakan hari yang agak disaster pada Cik Lie. Betul ape yang di twit oleh Cik Kudoz suatu ketika dulu, "sesetengah orang, setinggi mana pun dia belajar, bila masuk bab Cinta dia akan jadi BODOH". Yup, one of them is me ~~~ Punca & sebabnya tak perlulah Cik Lie ceritakan di sini. Cik Lie cuba beri kata dua untuk diri Cik Lie. First..jika ini adalah UJIAN, Cik Lie akan hadapinya dan terus bertahan dan Second, jika ini adalah DUGAAN, Cik Lie redha dengan ketentuanNYA.
Bukan mudah menghadapi hari-hari yang lepas kerana ia berlaku dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Semalam aman damai, sedar-sedar hari ni sudah porak peranda. Kami masih berada dalam 'silent treatment zone'. Bukan pilihan Cik Lie, tapi dia. Ikutkan, Cik Lie tak nak simpan masalah lama-lama. Cik Lie cuba bertoleransi. Tapi Cik Lie tak janji sampai bila... Setiap manusia ada limit nya kan??
Ok, cukuplah intro tu. Juz entri ni sebenarnya nak share tentang bertapa hebatnya kurniaan yang Allah berikan pada Cik Lie, iaitu kawan-kawan Cik Lie =) Tiada perkataan mahu pun ayat yang boleh Cik Lie gambarkan bertapa bersyukurnya Cik Lie mempunyai kawan-kawan yang sentiasa disamping Cik Lie susah mahu pun senang. Walau pun kami kadang-kadang saling bermasam-muka, saling kata-mengata, saling beremosi, tapi bila Cik Lie memerlukan seseorang, tanpa diminta, mereka dah boleh menghidu walau pun dengan sepotong status di FB mahu pun di Twitter. Contoh pada entri ni. Dan lagak mereka seperti mamarazi & paparazi, telefon, FB & Twitter penuh dengan terjahan bertanyakan hal. Cik Lie rasa sangat terharu kerana Cik Lie merasakan begitu ramai yang sayang dan hargai Cik Lie. Seperti yang Cik Lie set kan dalam minda Cik Lie ni, blog ni tentunya ada lovers dan haters Cik Lie. But I know, both sangat care dengan Cik Lie. Cik Lie tak risau kerana Cik Lie ada MEREKA. Alhamdulillah..Cik Lie rasa kuat dengan adanya mereka.
Disini juga, Cik Lie nak kongsikan juga pemujuk hati =)
Cinta High Class bukan ekslusif milik sesiapa. Cinta high class berhak
dimiliki oeh kita semua. Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita dan si
dia mesti mencintai secara high class. Jangan lupa, bantu si dia agar
mampu mencintai secara high class juga. Cintaku kerana agama-Mu. Dalam
agama Islam, ada perkara yang baik dan perkara yang terbaik. Adat yang
selari syariat elok diraikan. Masyarakat akan lebih berbaik sangka
dengan setiap pilihan orang lain apabila mereka mengamalkan mana yang
menjadi prioriti. Inilah namanya konsep fiqh al-awlawiyat.
Berita baik untuk minggu ini ialah :
Ya Allah...sungguh besar nikmat kurniaan-Mu padaku. Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur.. Amin Ya Rabb...