Kepada sesiapa yang pernah mengikuti entri
What a Beautiful Day &
3 in 1 punya cerita, pasti dapat mengikuti flow ini seterusnya. Setelah 7 tahun berkawan, bertarikhkan 24/8/2012, adik angkat Cik Lie, Syed Mohd Safwan sah menjadi suami kepada Nur Athirah dengan sekali lafaz. Alhamdulillah... You are the man!!!! Tak sia-sia jadi adik Cik Lie. Tapi muka cuak tu memang tak boleh sorok la. hehehhe...
Majlis resepsi belah perempuan berlangsung pada keesokkan harinya di kediamannya di Bukit Rangin, Kuantan. Manakala belah lelaki pada keesokannya pula di Taman Seri Setia, Pekan. Untunglah dapat orang senegeri =) Bercerita mengenai perbezaan majlis kenduri antara Pahang & Perak, Cik Lie rasa macam lebih kurang sama je. Yang berbeza mungkin dari segi makanan. Lagipun keluarga atie ni bukan pure pahang pun. Asalannya ganu kiteee. Sepanjang 4 hari 3 malam Cik Lie stay di rumah atie, lidah Cik Lie pun automatik terbelit bahasa Terengganu sikit-sikit. Sepupu-sepupu die pun memang boleh ngam dengan Cik Lie macam dah lama kenal. Walaupun asalnya yang adik angkatnya adalah Wan, tapi Cik Lie lebih rapat dengan keluarga Atie, sebabnya tak eloklah Cik Lie nak stay rumah Wan sebab dia lelaki. Lagipun kerja banyak dibelah perempuan. Tapi Cik Lie sempat ziarah keluarga Wan pada malam selepas majlis resepsi perempuan dan menolong memasukkan barang-barang goodie. Famili Wan pun okey jugak. Kira memang Cik Lie tak rasa macam orang asinglah berada di sini walaupun Cik Lie datang seorang je ni dengan bas yang 8 jam perjalanannya. Sakit segala urat saraf dibuatnya~~
Trivia
Tema nikah: Fully cream
Tema resepsi sebelah perempuan: Pink
Tema resepsi sebelah lelaki: Hijau
Tempat Photoshoot: Taman Gelora, Kuantan
Hantaran: 7 balas 9
Honestly, dalam kegembiraan, Cik Lie rasa sedih jugak... Cik Lie rasa macam kehilangan. Terutamanya terasa kehilangan Wan. Selama 7 tahun kenal, apa-apa hal Cik Lie la tempat rujukannya, dan pada dia jugalah Cik Lie berkongsi cerita terutamanya hal berkaitan hati. Memang hubungan ni seperti kakak dan adik. Dia sanggup datang dari jauh untuk raikan konvo Cik Lie. Kalau Cik Lie sedih atau bad mood, dia lah bahu tempat Cik Lie menangis dan badut buat Cik Lie ketawa. Bukan lah lepas ni Cik Lie maksudkan perhubungan ni akan putus, cuma perlu lebih batasan. Cik Lie juga dah beri amaran padanya lepas ni don't worry about me macam dulu-dulu. Jaga hati isteri. Walaupun Atie juga rapat dengan Cik Lie, sebagai wanita ia tetap sesuatu yang perlu dielakkan.
Cuma ada 1cara je untuk kami ubah perhubungan ni menjadi sesuatu yang lebih kekal & murni, iaitu menjadi adik beradik-ipar. Jeng...jeng..jeng... Bagaimanakah??? Seperti dalam entri diatas, Atie ada seorang abang yang sebaya Cik Lie. Kami tak lah rapat. Juz friend di FB. Nombor telefon pun tak pernah ada. Walaupun kami ni masing-masing telah solo, Cik Lie lebih selesa untuk anggap dia sebagai 'Crush' sahaja. Kadangkala itu lebih baik sebab tiada pengharapan. Walaupun ada yang nak menjadi 'match-maker', Cik Lie lebih selesa dalam friendzone buat masa ni. Cuma, pertemuan kami kali ke 3 ni lebih santai & mesra berbanding pertemuan kali pertama & kedua dulu. Lagipun dia ni jenis yang agak misteri, pendiam dan sukar dijangkakan. Atleast Cik Lie dapat melupakan kekecewaan Cik Lie bila ada 'pemandangan baru' ni. hehhehe.. Jodoh itu rahsia Allah... Doa-doakan yang terbaik sahaja, InsyaAllah =)
Stop getting attached to people so fast, because attachments lead to expectations and expectations lead to disappointments..
Perbezaan ketara setelah 2 tahun ialah dia makin kurus manakala Cik Lie makin kembang. Duuuhhh...duuh...duuuhhh...