Monday, September 10, 2012

Happiness??? dats ur choice

Owh.. macam ni rasanya TAWAR HATI

Dulu Cik Lie macam pelik, macam mana ek seseorang tu bercinta bagai nak rak lepas tu bila ada problem, clash macam tu je. Takdela nak heart-heart broken sangat. Bila ditanya jawapannya "sebab dah tawar hati, biar je lah". Dan apabila Cik Lie telah melaluinya sendiri, barulah Cik Lie faham. Rasanya macam lebih tenang & hepi tanpa susah-susah nak ambil berat & fikirkan berkenaan orang yang tak menghargai kita. Diwaktu ini, kalau dia datang merayu menangis air mata darah untuk beri penjelasan atau memujuk, memang jawapannya "talk to my hand" (amboi...dah pandai sekarangggg). Sebab ape? sebab dah putus asa bila hanya kita yang berusaha dan pihak satu lagi hanya bermain tarik-tali. Lelaki sebegitukah yang hendak dijadikan pemimpin keluarga?? Terluka? Kecewa? Sedih? Merajuk? Pujuklah diri sendiri yeee...




Congratozz MY BEST BUDDY AEP!!!!

Di pagi ahad yang hening, Cik Lie mendapat perkhabaran dari BFF+Best Buddy+ Kawanggg baik yang banyak Cik Lie enterframekan beliau dalam blog ni menerusi LINE. Moga segala perancangan dipermudahkan & dirahmati. Amin Ya Rabb... Happy for you =)


My Students = My Friends

Walaupun kawan-kawan seperjuangan Cik Lie telah bertebaran melalui kehidupan masing-masing, Alhamdulillah..Cik Lie masih dikelilingi mereka-mereka yang boleh Cik Lie jadikan teman lepak-lepak+bergosip+main-main+mengorat+aktiviti remaja seangkatan dengannya. Mereka membuatkan Cik Lie sentiasa rasa sweet 17. heeeeeeeeeeee


Bersama geng-geng "Untuk kita-kita ajeee" bersuka-ria di Kelumpang Resort & Training Center secara unplanned. Teruk Cik Lie kena dengan games "around the world" & games "berfikir". Nasib baik la diorang takde klas dengan Cik Lie dah..kalau tak.. Cik Lie fail kan semua sekali. hehehe

Bersama students FSKIK Rekabentuk Pembangunan Permainan dan pensyarah-pensyarah FSKIK menyambut Jamuan Hari Raya. Cukup terharu kerana walaupun mereka sudah meninggalkan mereka selama 2 semester, tapi Cik Lie masih dijemput untuk memeriahkan suasana. Ceeewahhh..


Murah reseki Cik Lie lagi apabila dibelanja oleh students GSTT/DPLI kononnya sebab Cik Lie yang ajar, diorang dapat A untuk subjek Teknologi & Inovasi Dalam Pendidikan. Rezeki jangan ditolak. =)

Made MY DAY =)

Betul cakap orang dolu-dolu.. "don't judge a book by its cover". Tak kenal maka tak kata. hahaahah =p