Semester baru telah pun bermula. Cik Lie tak berasa sangat pun sebabnya Cik Lie bukannya ada kelas pun. Cuma daftar subjek & bayar yuran saje. (wahai MyBrain..marilah cepat..jangan la malu-malu masuk dalam akaun saya ye..). Rakan-rakan seperjuangan semuanya telah bertebaran mengikut rezeki & jodoh masing-masing. Cik Lie je la yang masih 'setia' di sini. *Tangandibahumatakeatas*
Oleh kerana Cik Lie kiranya 'pioneer' di sini, maka oleh itu Cik Lie telah dilantik secara rasmi sebagai "Ketua Rumah dan Pemegang Kewangan" untuk rumah sewa Cik Lie ni. Amacam?? tinggi tak jawatan tu?? Wwuuhhuuu..pening jugak nak handle pada mulanya. Tambah pula bila melibatkan duit sewa + bil + barang rumah + kerenah manusia yang macam-macam ada.
Sepatutnya, rumah ni telah ada 4 orang full time students & 3 orang part-time students yang hanya datang hari jumaat-sabtu. Ia agak membebankan juga sebab kos rumah agak tinggi. Rezeki barangkali, Cik Lie terjumpa classmate zaman MRSM dulu ketika solat di surau UPSI dan dia sememangnya tengah mencari rumah selepas mendaftar sebagai pelajar baru peringkat Sarjana. Cik Lie pun offer la rumah Cik Lie. Selepas tu ramai pulak yang call & sms Cik Lie bertanyakan hal rumah. Akhirnya 6 orang baru dah masuk rumah ni semalam. Cik Lie dah cakap takpe ke ramai sangat ni dengan kadaran sewa RM 40 sebulan (sewa+strymix+api+air+barang rumah). Diorang cakap ok sangattt, lagipun juz nak duduk weekend je. Cik Lie ok sajeeeee. Memang berderetlah rumah Cik Lie ni dengan kereta. Dah macam ade kenduri gayanya. Padan muka orang depan rumah sebab dia yang kena parking jauh. hahahhahaha (gelak jahat)
Nak dijadikan cerita, adalah 2 orang penghuni lama & tak dapat dihubungi yang dah 3 bulan tak bayar sewa tiba-tiba muncul kembali. Maka penghuni hujunng minggu telah menjadi 10 orang. Memang agak pack jugak untuk Master Bedroom yang dulunya Cik Lie provide maksimum 6 orang. Tu pun Cik Lie dah minta 3 orang yang baru masuk tidur bilik lain dulu sebab nak menghormati mereka yang lama ni. Tapi mereka masih lagi tak puas hati & membuat keputusan untuk keluar rumah. Kononnya crowded sangat & tempat tidur mereka berdekatan bilik air. Cik Lie minta maaf (sebenarnya Cik Lie rasa Cik Lie tak salah) dan beri peluang mereka cari rumah baru sebelum pindah angkat barang semua. Dengan nada ala-ala merajuk, diorang cakap malam ni diorang tidur bawah (bahagian ruang tamu). Cik Lie pun masuklah kebilik tu, semua dah tidur dengan nyenyak sekali. Tepuk dahi Cik Lie bila tengok kedudukan sebenarnya seperti ini.
Kawasan bertanda merah adalah kawasan yang di providekan untuk diorang. Ala.. diorang ni balik rumah nak tidur je.. lainlah macam Cik Lie dan full time students yang lain. Bukan la tidur menghadap toilet pun. Dinding batu tebal tu kot.. Cerewet betul.. yang paling kelakar dari tak selesa tidur ramai-ramai ni, lebih selesa pulak diorang tidur atas kerusi rotan kat bawah. Aduh...protes punya pasal la ni.. Tak matang jugak kakak-kakak ni rupanya~~~ Ego...malas nak layan =p Hepi weekend everyone!!!! =) (mode: tak sabarnya nak set-up rumah sendiriiiiiii)