1. Tengah buat ape kat UPSI? Lepas ni nak posting mane?
2. Ofis dekat mane?
Adeh...gagap jugak nak menjawab. Sebabnye... untuk soalan yang 1st tu, orang susah nak percaya, manusia yang kenit & perangai keanak-anakkan ini sedang mengikuti ijazah kedoktoran semester 2. Susah nak explain sebabnya kalau kita degree, senang je cakap. Benda comman. Tapi..kalau kita mula mengaku, akan banyak soalan-soalan rantaian yang silap cakap boleh dianggap riak pulak sedangkan Cik Lie tak berniat macam tu pun. Pernah sekali, sewaktu Cik Lie sedang mengisi minyak, seorang pump attendant menghampiri Cik Lie & bertanyakan perihal ini,. Tapi pakcik ni ada kesimpulan sendiri. "Ambil degree ye? nanti amik wudhu, baca selawat sapu kat mata bagi cerah sikit. Senang nak belajar'. Huhu.. Cik Lie angguk dan ucap terima kasih je =)
Untuk soalan no.2, patutnya RA (Research Assistant) kena duduk dalam satu bilik yang di khaskan di UPSI mengikut fakulti. Tapi Cik Lie malas.. Cik Lie lebih selesa buat kerja dari rumah. Pagi-pagi punch in. Cukup 9 jam punch out. Boss Cik Lie pun ok je. Tapi ikutkan memang salah.. So, bila ada yang bertanya Cik Lie akan 'menipu' cakap ofis di Pentagon (banggunan dalam kampus UPSI yang bentuk segi 5). Memang tak jumpa la kalau cari Cik Lie kat situ~~~
Research discussion session. Teammates: Dr.Mai, Dr.Goh, Dr. Rosmah, Dr.Wong & Siti (RA)
Wedding old best buddy, Adzhar & pasangannya Syazween. 1st we become friend waktu Tunas Saintis Competition di MRSM Kulim tahun 2003. Cik Lie & mahirah wakil MRSM Lenggong & dia, hawa&aida wakil tuan rumah. Then kitorang sama-sama study kat UM. Pernah 1 sem tu Cik Lie selalu pergi 3rd college mintak die ajarkan math. Dapat A- tauuuu... hehehhe
Ha... satu lagi soalan yang payah nak jawab 'Bila nak kawin?'. Tapi Cik Lie dah de jawapannya iaitu.. "kalau saya lelaki, hari ni jugak saya pergi meminang". huhuhu.. anyway, congratz pada my best buddy, adzhar. Moga beroleh keluarga sakinah+mawaddah+warahmah =)