Thursday, September 29, 2011

Tamat Sudah Hari Ini

Rasanya kejap je melalui saat ni, tup tup hari ni Cik Lie telah kembali menjadi bibik+supir+tukang kebun kembali. Heheheh..anyway Cik Lie mahu share some of my experience here. Hope korang pun rasa enjoy skali ye ;)


MY STUDENTS

1 Amanah - Science
1 Kelas Agama - Kemahiran Hidup (Ekonomi Rumah Tangga)
1 Dedikasi - Kemahiran Hidup (Ekonomi Rumah Tangga)
1 Fikir - Kemahiran Hidup (Ekonomi Rumah Tangga)
3 Budiman - Science
3 Dedikasi - Science

Cik Lie at class


Pot Luck perpisahan untuk 'Si Kecik'. Thanks sooo much especially to Kak Suhaini, Kak Fauzana, Kak Hajar, Kak Ismalinda, Kak Mashitah, Kak Asmah, Kak Hamizah, Ustazah Laila dan semua warga SEMARAK =)

Monday, September 26, 2011

Match-maker

Baru-baru ni seorang lelaki telah di suggest-friend oleh seorang kawan. Yang peliknya, Cik Lie bukanlah rapat sangat kawan Cik Lie ni. Juz kenal time menumpang bilik dia awal tahun dulu. Maka, Cik Lie pun diperjelaskan oleh kawan Cik Lie ni:


dia tanya kawan mana org kedah or perak..nak berkawan

more like nak cari calon:P

cik lie marah ke? really sorry...

dia baik je...actuly i pun kenal dia kat fbje

tp if xnak dia ok je

actuly i suggest him to add u..mcm mana pulak boleh terbalik i suggest u add dia...


Tak lama lepas tu, Cik Lie dapat private msg dari boy ni (I named he as F). Usually, Cik Lie juz ignore je cubaan-cubaan mengorat secara rambang ni. Tapi disebabkan kawan sendiri yang rakemen kan, so acceptlah as friend kat FB. Then we chat. More to sesi ice-breaking and obviously for me this approach is not yet suitable for my age now. Hahaha... Tapi orang ckp, biasalah nak kenal mula-mula, ayat mesti susun cantek punya. Boleh buat skema untuk paper BM untuk SPM. =p Secara fizikal macam dah pass dengan ciri-ciri berangan tak sudah ni, tapi.. (eh, ade tapi plak, memang payah betol la ko ni Cik Lie !!)


Kat sini Cik Lie nak share serba sedikit conversation kami yang banyak berbalah pasal ‘jodoh’. (Awal-awal lagi dah argui... apadaa~~)


F: Umur dah 26 ni, dah tua sangat ni. U takpelah student lagi. Nak enjoy lagi. xpa lah.. mungkin kalu u berusia sikit awak akan pikit yang I pikir. semua ini kita xnampak kalu x berlaku depan mata kita

CL: Kalo nk ikut tahap kerisauan tu, patutnya I ++++ kene risau kot coz I perempuan. I pun ada kawan-kawan yang dah beranak pinak. Tambah plak I anak 1st, I kena fikir adik-adik I dulu sebelum untuk diri I. U rasa umur yang U anggap ‘tua’ tu U dah cukup ready pikul tanggungjawab? Dah cukup ilmu dunia & akhirat yang U nak ajar pada isteri & anak-anak U? Setakat establish harta dunia takde maknanya..

F: I ni bukan terdesak, tapi persekitaran yang mendesak I. nanti pencen org lain anak dah besar, I dok hantar anak sekolah lagi. org lain dok beribadat, I dok pikir masalah anak nk sekolah lagi.

CL: Perkahwinan bukan hanya untuk pastikan siapa yang akan jaga kita bila tua, pasal zuriat. Tujuan kawen tu dah macam pentingkan diri sendiri plak. Maybe jodoh kita sampai lambat sebab niat kita untuk kawen tu tak cukup betul lagi. So, kena perbaiki lagilah. Lagipun bila dah sampai waktunya + stabil keadaannya + tepat orangnya, semuanya pasti Allah permudahkan. Kene kuat dan sabar lebih sikitlah


F: Allah berfirman, Allah xkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasibnye'. xkan lah I nk tunggu umo 30 kot.. manusia yang mengarahkan, dgn Allah yang mengarahkan lain.

CL: Tu betul, kita perlu berusaha tapi bukan mendesak. Hal rezeki + jodoh + umur semuanya dah di takdirkan. Usaha yang baik bermula dengan diri kita & doa. U lelaki, lagi tak banyak competitor. Juz pastikan diri U tu dah bersedia dan jangan asyik dok fikir keseronokkan kawen tu je


F: U takpelah belajar tinggi, senang dapat calon. Cuma jgn terlalu memilih sudahlah..

CL: Bukan perempuan yang banyak sijil lagi takut laki nak dekat ke? Hahaha… For me, time sebelum kawen lah perempuan kena gunakan kuasa memilih tu betul-betul coz after kawen, hak memilih tu dah jatuh ke tangan suami. Semua kena mintak kebenaran suami. Honestly speaking, marriage is not my priority for now, tapi niat untuk kawen tu tetap ada.

At last, F macam dah malas nak teruskan conversation. Cik Lie tahu, maybe dia rasakan Cik Lie jenis yang agak ‘keras’ dan 'dominan'. Pengalaman telah banyak mengajar Cik Lie. Dari sini juga Cik Lie sedar yang ‘start a new relationship with unknown person’ adalah susah. Better macam lagu Selena Gomez ni, layannzz ;)






Tuesday, September 20, 2011

klik 'like' tanda suka ;)






Sumber : Facebook Page Sebutir Mutiara Seindah Wanita




Hasil mengadap movie maker + YouTube semalaman melayan jiwa-jiwa ;)


Sumber: Terfaktab





Thursday, September 15, 2011

Hanya padaNYA sebaik-baik tempat bergantung


Takdir langit menukar warna
Dari jingga ke kelam mata
Dalam jubah tanganku melata
Merunduk runtun terus meminta

Aku bercinta dalam dilema
Mencari yang tiada dijangka
Biar sakit yang kau sedia
Sepenuh jiwa aku redha

Adanya satu itu kelabu
Adanya satu itu pasti bertemu

Mahu aku bertanya
Kau kirimkanlah

Mahu aku pada siapa
Kau jelaskanlah


Istikharah.. Istikharah..
Pada-Mu ya tuhanku lepaskanlah aku
Dari tanya dan keliru
Istikharah.. Istikharah
Demi nama-Mu ya Allah

Aku sujud penuh menyembah
Berikan aku jawapannya
Biar sakit biar pahit
Yang diutus-Mu itulah kesempurnaanku

Istikharah : Mestica


Monday, September 12, 2011

Minggu yang hep hep huurrayy ;)

Isnin (5/9) : Permulaan sekolah dalam situasi 'mood' raya. Juz tak sangka walaupun Cik Lie baru 2 minggu mengajar, rupanya ada student yang datang beraya kerumah Cik Lie. Tapi yang kesiannya, 2 kali diorang datang, 2 kali rumah Cik Lie kosong. Mana taknya, Cik Lie raya atas jalan raya je~~ Tapi yang tak tahan tu, diorang dok perli-perli Cik Lie. Mula-mula Cik Lie tak faham sampailah sekali tu diorang sebut pasal decoration rumah Cik Lie, bilangan kereta dalam rumah Cik Lie. Yang paling gerun diorang siap tahu mak dan ayah Cik Lie mengajar kat mana. Diorang tak nak bagitahu Cik Lie macam mana diorang tahu. Tapi lepas Cik Lie 'gertak-gertak' sikit, rupanya jiran Cik Lie yang cerita kat diorang coz diorang tanya kat makcik tu kenapa rumah Cik Lie kosong.


Sesi memerli guru sedang rancak tatkala si guru sedang sangat blur~

Selasa (6/9) : Hari ni ketika waktu break Cik Lie didatangi Tuan Pengetua dan makan semeja dengan Cik Lie seorang je. Aiseh..segan juga coz die tanya macam-macam terutamanya bab study dan family. Bukan takde guru-guru lain kat kantin tu, tapi masing-masing bawa makanan pi meja lain. Semalam ayah Cik Lie bagitahu yang terjumpa dengan Pengetua di satu majlis dan Pengetua Cik Lie puji Cik Lie dekat ayah Cik Lie. Tiada yang lebih bangga+seronok selain daripada membuatkan parents kita bangga dengan kita kan (kembang segala rongga yang ada =p)

Rabu (7/9) : Dapat email dari my lovely dovey supervisor. Thanks sooo much di atas peluang yang diberikan =) My first step to become a lecturer insyaAllah =)


Khamis (8/9) : Alhamdulillah, setelah isketambola dan eifel tower terpaksa dilupakan atas sebab ini, Cik Lie dapat offer ni plak. Tapi taknak cakap banyak-banyak coz takut tak jadi lagi~ tapi yang pasti kene cepat-cepat roger my adds-on family kat Kuantan ni =)


Jumaat (9/9) : Lepas je habis waktu sekolah dan solat zohor, terus berangkat ke Tg.Malim dalam keadaan hujan yang sangat lebat. Lepas check in hotel, sempat jumpa adik lelaki Cik Lie yang tengah berorientasi. Teringat kenangan sewaktu jadi Pembantu Mahasiswa kat UM dulu =)
Sabtu (10/9) : Setelah tamat bengkel, disebabkan masih dalam bulan raya, maka wajib beraya la kan. Even sedey tak dapat join geng-geng UM pergi kenduri (Irfan Faliq & Aimi Aqilah) kat Seremban (satu-satunya produk fakulti FSKTM & fakulti Perubatan UM yang berjaya disatukan), Cik Lie beraya dengan geng-geng UPSI la.


Tengah hari : Beraya di Pizza Hut dengan my lovely dovey SUPERvisor, Dr.Mai


Petang : Beraya di rumah pensyarah + anak-anak Cik Lie mengajar tuition, Dr.Asikin


Malam : Beraya dengan CintaSayang bersama tomey kesayangan =)


Aksi huduh yang jangan di tiru ya adik-adik. Memang full house kantung Cik Lie hari ni. Alhamdulillah... =)

Ahad (11/9) : Patutnya Cik Lie nak back-up dengan geng-geng UM Cik Lie sebab Cik Lie bikin spoil plan nak ke Seremban tu, tapi apakan daya, takde rezeki nak beraya dengan diorang tahun ni~~ Tak semena-mena, ade seseorang yang macam ade bau-bau je Cik Lie mahu turun KL tapi tak jadi. Die pun ajak Cik Lie beraya ke rumahnya. Dengan bertemankan housemate Cik Lie, kitorang pun menuju ke Selayang. Jenuh cari guna GPS Bukit Idaman, tapi asyik fail je. Last-last try Ideal Hight, terus jumpa. cet~~~ Kami dilayan mesra dan dijamu dengan makaroni goreng. Shheeedapp =) Lepas sesi memenuhkan perut beraya sambil sarapan, kitorang pun menuju ke One Utama. Oleh sebab parents Cik Lie dah warning jangan balik malam, so kitorang layan bowling la. Bukan nak main sangat sebenarnya, juz nak berkongsi cerita coz kami memiliki kisah perchentaan yang sama bersama orang yang sama. Memang tragis la kan. hehhehe... Bukan niat untuk membenci, cuma diharapkan dengan pertemuan ni dapat meyakinkan Cik Lie untuk terus move on dan tidak terus keliru antara perasaan dan perasan. Thanks soo much sis a.k.a ex-madu =p. Alhamdulillah, time management sangat perfect : 9am-10am(tg.mlm-selayg), 11.30am-3pm (selayg-pj), 3pm-4pm (pj-tg.mlm), 5pm-6.30pm (tg.mlm-ip0h), 6.50pm-7.25pm (ip0h-k.kgsr). Well done juga pada my 'genesys' dan garmin kerana telah berkhidmat dengan jayanya =)


Sesi luahan hati-ke-hati-menusuk-ke-peparu

Thursday, September 8, 2011

Satu lagi hasil penulisan Habiburrahman El Shirazy



Bagaimana ku jelaskan cinta

Karena itu tak dapat dijabarkan

Sesuatu yang indah

Terlahir dari rasa

Dan rasa itu karunia Illahi


Bagaimana ku jelaskan cinta

Bila malu selalu melandaku

Semua rasa itu

Malu resah bahagia

Takut dan cemburu pun karunia Illahi


Dari sujud ke sujud

Sejuta doa kulebur untuk cinta

Dalam hati anak-anak manusia

Habluminnanas

Dari sujud ke sujud

Ku tasbihkan hanya untuk cinta

Subhanallah cinta kita terus bertasbih

Sunday, September 4, 2011

Monolong dalaman



Entri ini adalah macam bercakap dengan diri sendiri, maka penggunaan bahasa yang mungkin agak berbeza. Layan~~

Tet..tet.. bunyi SMS masuk
Hati berdebar-debar..
Si pengirim ni macam ade benda urgent je nak bagitau
Sebabnya, kalau hal biasa-biasa die buzz kat YM je
"Aku jumpa "tet" kat KLCC dengan perempuan"
Zass... tiba-tiba rasa luka ditoreh kembali
Sakitnya macam sama je macam dulu
Cuba buat lawak gelak sendiri
Aku cuba control
Tak mahu si pengirim rasa bersalah
Yang sememangnya dia tak salah
Dia sahabat aku
Kalau aku jadi dia pun
Nampak ex-bf member dok syok dating ngan 'orang baru'
Aku pun pasti akan roger member tu

Walaupun lebih kurang setahun berlalu
Kenapa rasanya masih sama?
Aku rasa down
Sangat down..
Lantas aku on laptop, mencari seseorang untuk diluahkan
Ya aku jumpa, dan dia memang selalu di atas talian
Cuma 1 ayatnya yang sudah cukup pergh...
'dasat mamat ni..'
Tapi aku masih down...

Lantas aku berfikir
Sudah cukup ikhlas kah aku melepaskan dia? Sudah cukup redha kah aku menerima takdir? Sudah cukup kuat kah aku berhadapan dengannya jika terserempak?
Aku pernah berangan-angan
Suatu hari jika aku terserempak dengannya
Walaupun disisinya ada wanita lain
Akan aku tegur
Akan aku berikan senyuman aku yang paling manis
Akan aku katakan padanya "we still can be bestfriend till death"
Hah...berangan lah kau Cik Lie
Ntah-ntah kau dulu yang lari masuk toilet nangis-nangis sampai meroyan
Sedangkan baru dengar orang bagitau pun dah down
Hahhhahahmmmpesh.....

Lantas aku capai telekung dan sejadah
Hanya pada DIA tempat terbaik untuk mengadu
Berdoa moga dikuatkan hati & diberi ketenangan
Alhamdulillah... much better
Satu daripada petikan SMS Si Pengirim tadi
'Kau untung sebab Allah bagi masa kat kau untuk perbaiki diri lagi'
Ya..InsyaAllah..

Aku manusia yang khilaf hatinya
Tipu aku tiada perasaan marah & kecewa pada dia
Di satu sisi yang lain
Aku juga bersyukur kerana doa aku untuknya termakbul
Iaitu aku ingin lihat dia gembira dan bahagia
Dan bertemu orang yang lebih baik dari aku
Ini dizahirkan dari SMS Si Pengirim
'Perempuan tu macam baik, dia pun sihat je'
Alhamdulillah...
Moga kebahagiaan untuk aku akan tiba tidak lama lagi
Amin Ya Rabbal Alamin... =)


Saturday, September 3, 2011

Tradisi sejak 5 tahun lalu =)



can't wait for next Saturday !!! Kalau dolu-dolu serang open house rumah geng FSKTMers, sekarang kita serang wedding FSKTMers plak ;)