Sunday, September 4, 2011

Monolong dalaman



Entri ini adalah macam bercakap dengan diri sendiri, maka penggunaan bahasa yang mungkin agak berbeza. Layan~~

Tet..tet.. bunyi SMS masuk
Hati berdebar-debar..
Si pengirim ni macam ade benda urgent je nak bagitau
Sebabnya, kalau hal biasa-biasa die buzz kat YM je
"Aku jumpa "tet" kat KLCC dengan perempuan"
Zass... tiba-tiba rasa luka ditoreh kembali
Sakitnya macam sama je macam dulu
Cuba buat lawak gelak sendiri
Aku cuba control
Tak mahu si pengirim rasa bersalah
Yang sememangnya dia tak salah
Dia sahabat aku
Kalau aku jadi dia pun
Nampak ex-bf member dok syok dating ngan 'orang baru'
Aku pun pasti akan roger member tu

Walaupun lebih kurang setahun berlalu
Kenapa rasanya masih sama?
Aku rasa down
Sangat down..
Lantas aku on laptop, mencari seseorang untuk diluahkan
Ya aku jumpa, dan dia memang selalu di atas talian
Cuma 1 ayatnya yang sudah cukup pergh...
'dasat mamat ni..'
Tapi aku masih down...

Lantas aku berfikir
Sudah cukup ikhlas kah aku melepaskan dia? Sudah cukup redha kah aku menerima takdir? Sudah cukup kuat kah aku berhadapan dengannya jika terserempak?
Aku pernah berangan-angan
Suatu hari jika aku terserempak dengannya
Walaupun disisinya ada wanita lain
Akan aku tegur
Akan aku berikan senyuman aku yang paling manis
Akan aku katakan padanya "we still can be bestfriend till death"
Hah...berangan lah kau Cik Lie
Ntah-ntah kau dulu yang lari masuk toilet nangis-nangis sampai meroyan
Sedangkan baru dengar orang bagitau pun dah down
Hahhhahahmmmpesh.....

Lantas aku capai telekung dan sejadah
Hanya pada DIA tempat terbaik untuk mengadu
Berdoa moga dikuatkan hati & diberi ketenangan
Alhamdulillah... much better
Satu daripada petikan SMS Si Pengirim tadi
'Kau untung sebab Allah bagi masa kat kau untuk perbaiki diri lagi'
Ya..InsyaAllah..

Aku manusia yang khilaf hatinya
Tipu aku tiada perasaan marah & kecewa pada dia
Di satu sisi yang lain
Aku juga bersyukur kerana doa aku untuknya termakbul
Iaitu aku ingin lihat dia gembira dan bahagia
Dan bertemu orang yang lebih baik dari aku
Ini dizahirkan dari SMS Si Pengirim
'Perempuan tu macam baik, dia pun sihat je'
Alhamdulillah...
Moga kebahagiaan untuk aku akan tiba tidak lama lagi
Amin Ya Rabbal Alamin... =)