Isnin (5/9) : Permulaan sekolah dalam situasi 'mood' raya. Juz tak sangka walaupun Cik Lie baru 2 minggu mengajar, rupanya ada student yang datang beraya kerumah Cik Lie. Tapi yang kesiannya, 2 kali diorang datang, 2 kali rumah Cik Lie kosong. Mana taknya, Cik Lie raya atas jalan raya je~~ Tapi yang tak tahan tu, diorang dok perli-perli Cik Lie. Mula-mula Cik Lie tak faham sampailah sekali tu diorang sebut pasal decoration rumah Cik Lie, bilangan kereta dalam rumah Cik Lie. Yang paling gerun diorang siap tahu mak dan ayah Cik Lie mengajar kat mana. Diorang tak nak bagitahu Cik Lie macam mana diorang tahu. Tapi lepas Cik Lie 'gertak-gertak' sikit, rupanya jiran Cik Lie yang cerita kat diorang coz diorang tanya kat makcik tu kenapa rumah Cik Lie kosong.
Sesi memerli guru sedang rancak tatkala si guru sedang sangat blur~
Selasa (6/9) : Hari ni ketika waktu break Cik Lie didatangi Tuan Pengetua dan makan semeja dengan Cik Lie seorang je. Aiseh..segan juga coz die tanya macam-macam terutamanya bab study dan family. Bukan takde guru-guru lain kat kantin tu, tapi masing-masing bawa makanan pi meja lain. Semalam ayah Cik Lie bagitahu yang terjumpa dengan Pengetua di satu majlis dan Pengetua Cik Lie puji Cik Lie dekat ayah Cik Lie. Tiada yang lebih bangga+seronok selain daripada membuatkan parents kita bangga dengan kita kan (kembang segala rongga yang ada =p)
Rabu (7/9) : Dapat email dari my lovely dovey supervisor. Thanks sooo much di atas peluang yang diberikan =) My first step to become a lecturer insyaAllah =)
Khamis (8/9) : Alhamdulillah, setelah isketambola dan eifel tower terpaksa dilupakan atas sebab ini, Cik Lie dapat offer ni plak. Tapi taknak cakap banyak-banyak coz takut tak jadi lagi~ tapi yang pasti kene cepat-cepat roger my adds-on family kat Kuantan ni =)
Jumaat (9/9) : Lepas je habis waktu sekolah dan solat zohor, terus berangkat ke Tg.Malim dalam keadaan hujan yang sangat lebat. Lepas check in hotel, sempat jumpa adik lelaki Cik Lie yang tengah berorientasi. Teringat kenangan sewaktu jadi Pembantu Mahasiswa kat UM dulu =)
Sabtu (10/9) : Setelah tamat bengkel, disebabkan masih dalam bulan raya, maka wajib beraya la kan. Even sedey tak dapat join geng-geng UM pergi kenduri (Irfan Faliq & Aimi Aqilah) kat Seremban (satu-satunya produk fakulti FSKTM & fakulti Perubatan UM yang berjaya disatukan), Cik Lie beraya dengan geng-geng UPSI la.
Tengah hari : Beraya di Pizza Hut dengan my lovely dovey SUPERvisor, Dr.Mai
Petang : Beraya di rumah pensyarah + anak-anak Cik Lie mengajar tuition, Dr.Asikin
Malam : Beraya dengan CintaSayang bersama tomey kesayangan =)
Aksi huduh yang jangan di tiru ya adik-adik. Memang full house kantung Cik Lie hari ni. Alhamdulillah... =)
Ahad (11/9) : Patutnya Cik Lie nak back-up dengan geng-geng UM Cik Lie sebab Cik Lie bikin spoil plan nak ke Seremban tu, tapi apakan daya, takde rezeki nak beraya dengan diorang tahun ni~~ Tak semena-mena, ade seseorang yang macam ade bau-bau je Cik Lie mahu turun KL tapi tak jadi. Die pun ajak Cik Lie beraya ke rumahnya. Dengan bertemankan housemate Cik Lie, kitorang pun menuju ke Selayang. Jenuh cari guna GPS Bukit Idaman, tapi asyik fail je. Last-last try Ideal Hight, terus jumpa. cet~~~ Kami dilayan mesra dan dijamu dengan makaroni goreng. Shheeedapp =) Lepas sesi memenuhkan perut beraya sambil sarapan, kitorang pun menuju ke One Utama. Oleh sebab parents Cik Lie dah warning jangan balik malam, so kitorang layan bowling la. Bukan nak main sangat sebenarnya, juz nak berkongsi cerita coz kami memiliki kisah perchentaan yang sama bersama orang yang sama. Memang tragis la kan. hehhehe... Bukan niat untuk membenci, cuma diharapkan dengan pertemuan ni dapat meyakinkan Cik Lie untuk terus move on dan tidak terus keliru antara perasaan dan perasan. Thanks soo much sis a.k.a ex-madu =p. Alhamdulillah, time management sangat perfect :