Monday, July 25, 2011

Soalan Kuiz Minggu Ini

Tengah Cik Lie layan cerita Stanza Cinta (TV3), ada satu part tu yang buat dialognye stuck in my mind and make me keep thinking bout it. Lebih kurang macam ni la dialognye:

Irfan: Terima kasih Amni, awak telah mengajar saya erti cinta (scene 1)
Irfan: Terima kasih Nur, awak telah mengaja
r saya erti hidup (scene 2)

of course la, si Irfan tu melontar ayat sebegitu dengan penuh hikmah & tawaduk dan sudah semestinya si Nur & Amni sangat terharu dengan ucapan tu. Yang buat Cik Lie confuse, if I am in his shoes, which one I'll choose? (sebab Irfan tu lelaki, so dia taklah se"confuse" Cik Lie kot =p) So, Cik Lie pun bertindak bergini untuk meleraikan ke"confuse"an tu



Dan respond setakat ini adalah macam ni

Setiap orang ada pendapat sendiri, takde yang betul takde yang salah. Ikutkan semua mahu yang terbaik dan dalam hal ini, kita pasni mahu kedua-duanya. Namun, sudah jadi lumrah kita perlu memilih, perlu buat keputusan yang kadang-kala terlampau berat untuk menerima pembalasannya. Bak kata orang,"if you want to gain something, you have to lose something".

My personal opinion, Cik Lie akan pilih seseorang yang akan mengajar Cik Lie tentang hidup. Okey, hal ni tak termasuk dalam cinta kepada Allah, Rasul & Keluarga kerana Cinta itu sudah pasti. Kenapa Cik Lie katakan mengajar erti cinta itu kurang penting? Ini kerana jika kita sudah mencintai seseorang itu, kita sanggup lakukan apa saja untuknya, sanggup bersusah-payah, berhabis wang ringgit untuknya. Kita juga akan belajar untuk berubah menjadi seseorang yang "perfect" di matanya. Kita akan mengenal erti rindu, impian & harapan yang kadang kala ianya sangat sempurna membuatkan kita lalai dan lupa pada realiti kehidupan. Lebih melampau lagi apabila kita membelakangi dan melupakan orang yang sebenar-benarnya sayang dan cintakan kita dek penangan "she/he is the one shows me what love is". Oleh itu, Cik Lie prefer yang mengajar Cik Lie erti hidup coz dia akan menjadikan Cik Lie seorang yang tabah+kuat+yakin menghadapi segala kemungkinan kehidupan yang semakin hari semakin pelik dan mencabar. Mungkin ada yang berkata, orang yang mengajar erti hidup ni tak romantik+kasar+bosan, tapi percayalah mereka ini jika diibaratkan dalam cerita Harry Potter seperti Dumbledor (boleh ke? belasah je lah.. heheh) Maksudnya, dia takkan membantu secara terus. Dia beri kamu kebebasan untuk berfikir & bertindak sendiri. Dia hanya akan beri guide dan clue. Namun, pabila kamu sudah stuck dan jatuh, dia sudah ready di belakang kamu untuk membantu dan menyokong sehingga kamu bangun dan berdiri semula. Dia takkan tunjukkan kamu fantasi, tapi realiti yang kadang-kala amat berat supaya kamu boleh berwaspada.

Ini cuma personal opinion je, berdasarkan pemerhatian & pengalaman hidup sesingkat suku abad ni. Mungkin Cik Lie pernah bertemu seseorang yang mengajar Cik Lie erti Cinta 6 tahun dulu, yang saling ingat mengingati, saling menguatkan, saling berkongsi & saling menasihati. Mungkin Cik Lie juga telah bertemu seseorang yang mengajar Cik Lie erti hidup yang Cik Lie masih tak nampak & hati Cik Lie belum terbuka untuk menerimanya. InsyaAllah...dengan berkat doa mak+ayah+famili+guru+rakan2 semua, penantian ini akan berakhir.. Amin Ya Rabbal Alamin =)