Sebenarnya ini adalah sebahagian daripada koleksi novel adik Cik Lie. Dalam banyak-banyak tu, Cik Lie boleh layan ni je. Nak kata novel pun sebenarnya macam tak, sebab dia lebih kepada penulisan dairi. Bahasa pun guna bahasa sembang kedai kopi je. Tapi yang paling best, content die banyak cerita pasal life dari perspektif lelaki yang biasa-biasa saje. Orang kata, lelaki ni simple kalau nak bandingkan dengan perempuan, tapi ada juga jenis lelaki yang complicated dek keperasanan diri yang macam bagus & macam best. Kehidupan bukan boleh difahamkan dengan bahasa yang tinggi2 dan kiasan berbunga-bunga, cukuplah sekadar mesej tu sampai tanpa buat orang lain rasa down or mcm takde life. Juz a nice read =)