15/7/11 (Jumaat)
Setel saje Cik Lie post kan status di FB, Cik Lie mendapat banyak perkhabaran best antaranya:
1. Adik lelaki Cik Lie dapat buat degree di UPSI. Alhamdulillah, even Cik Lie masih 'bengang' dengan die tapi, biaselah kakak... marah-marah pun sayang sebenarnye.
2. Cik Lie dapat call dari KPTM (Kolej Poly-Tech MARA) untuk temuduga jawatan pensyarah kat KPTM Cheras petang Isnin depan. Agak teruja sebab tak sangka secepat ini dan time apply tu pun sebenarnya dah lepas tarikh. Rezeki, alhamdulillah.. =)
2. Cik Lie dapat call dari KPTM (Kolej Poly-Tech MARA) untuk temuduga jawatan pensyarah kat KPTM Cheras petang Isnin depan. Agak teruja sebab tak sangka secepat ini dan time apply tu pun sebenarnya dah lepas tarikh. Rezeki, alhamdulillah.. =)
17/7/2011 (Ahad)
Cik Lie drive dari KK dalam jam 11 pagi & sampai di KL hampir 1.30 tgh hari. Cik Lie stay kat rumah Makcik Cik Lie di Ampang . Petang tu, makcik Cik Lie bawak jenjalan makan-makan di Tesco Ampang. Bila sampai waktu maghrib, surau kat Tesco sangatlah sesak, so kitorang pun singgahlah di Petronas berhampiran. Satu lagi benda best timbul
Biasela kan dok KL jumpe artis. Puyuzz plak nak kecoh-kecoh plak kan. Suke ati la kan =p lalalall~~~ memang excited sebab memang suka tengok die coz remind me about "him"~~~ Malam ni dah rasa aura-aura nervous. Jenuh study pasal KPTM dan soklan-soklan yang dijangkakan keluar dan reka jawapan2 skema+pancing. Fuh~
18/7/2011 (Isnin)
Dengan penuh debar-debar, sepatutnya interview start pukul 2ptg, Cik Lie dah sampai jam 12. Nasib baik adik sepupu Cik Lie stady kat situ. So, tau la jugak mana nak tuju. Candidates sebelah petang ada dalam 5 dan semua mereka sedang bekerja. Ada juga yang memang dah jadi pensyarah di kolej lain. Nak tukar environment katanya. Tambah2 kaget jadinye...Cik Lie jadi orang pertama di interview. Cik Lie di interview oleh 3 orang pensyarah kanan. Time mikroteaching, Cik Lie tercari-cari projector untuk bentang slaid. Alih-alih kena guna marker & whiteboard je. Keciwaaaaaaa coz I spent a lot of my time on preparing this. So, untuk tebus kekecewaan, Cik Lie share kat sini. Lagi +++ keciwa, yang semalam jenuh tak boleh tidur tu sia-sia je coz tak tanya langsung. Soalan dia lebih tanyakan pada experience programming yang semestinya my biggest weakness. But, harapan yang diorang boleh bagi ialah diorang akan refer Cik Lie untuk kekosongan di KPTM Ipoh, dan sememangnya itu yang amat diharapkan. Memang rasa agak terkilan sebab macam tak perform time interview tu, tapi terima kasih diatas doa & wish semangat dari family & rakan-rakan. Cik Lie sangat hargainya =)
Untuk rasa cool balik, disebelah malamnya Cik Lie & adik2 sepupu Cik Lie berhura hurey di KLCC menonton my fave muvie Harry Potter =) Muvie ni best tengok dengan orang yang follow je sebab if nonton dengan orang yang "blur", jenuh nak cerita balik kat dia~~. Memang bestlah!! time ending tu siap orang tepuk tangan lagi. Anak Harry tak comel, tapi handsome =p
19/7/2011 (Selasa)
Hari ni berhura-hurey dengan CintaSayang Fyna. Agak lama juga tak jumpa coz setiap kali Cik Lie turun KL die pulang ke kampung halaman. Kedatangan Cik Lie kali ni memang certain person je Cik Lie bagitau. 1st sebab weekday, taknak susahkan diorang nak lepak-lepak sebab masing-masing dah bekerjaya. Mesti penat balik kerja, kesianlah nak ajak keluar plak... If weekend, memang sudah di announcekan =p 2nd, Cik Lie lebih cuak bile fikirkan interview sampaikan takde perasaan nak berhura hurey. Disebabkan dah lama tak jumpa Fyna dan rumah die yang paling dekat, Fyna ajak pergi Pavilion nonton Transformers. Lagi best tiket tu officemate die bagi for free for both of us. So, ini adalah sesuatu yang amat chantekkk untuk kami berdating berdua =)
20/7/2011 (Rabu)Bertolak pulang dari KL jam 8.30 pagi. Merasa jugaklah keadaan jam yang membuatkan rasa TAK NAK duduk KL. Nasib baik nasi lemak buatan Fyna bagi energy untuk bertabah merentasi jem ke tol duta. shheeddaappp !!! Tapi Cik Lie tak terus pulang ke KK, Cik Lie singgah TM dulu nak jumpa pensyarah+housemate+makcik. Petang, sempat melawat Kak Mas dan Damia Maisarah bersama-sama dengan housemate (Ayu, Kak Nisha & Kak Ida) di Rawang =) Alhamdulillah..penantian selama lebih 10 tahun berbaloi apabila permohonan mendapatkan bayi angkat dipermudahkan. Percaturan Allah itu Maha Hebat.
Terima Kasih kerana sungguh tabah menghabiskan entry ni =p