1. Kereta apakah yang ada punyai sekarang ?
Kelisa yang diberi nama manja GENESYS (Yang Pertama). Hadiah peninggalan dari arwah atok
2. Apakah kereta idaman anda ?
Memang jealous tengok geng-geng Porche tunjuk eksyen buat convoy trip kat highway. Takpe…one day.. Tapi hari tu tengok Insight Hybrid pun smart jugak~~ Ape-ape pun Genesys tetap di hati.
3. Kereta apakah yang pernah anda pandu ?
My famili car (kancil,waja,honda city) , My friends car (myvi, persona, Gen2, Neo). Cik Lie prefer kereta manual berbanding automatik sebab ade ‘feel’. Teringin nak drive MPV plak especially Estima/Serena. Sampai ke kaki ????
4. Gajet-gajet di dalam kereta anda ?
MP3 radio modulator & Garmin Nuvi GPS
5. Apakah yang terdapat di dalam bonet kereta anda ?
Emergency tool kit, Cleanser Kit (sabun,scratch remover, dashboard cleanser, pengilap tayar, pengilap cermin & vacum), Travel pack (toileterist), kasut jalan & telekung.
6. Stesyen radio manakah yang menjadi pilihan anda semasa memandu ?
Cik Lie tak berapa suka dengar radio sebab banyak pot pet pot pet. Pastu plak kekadang malu dengar ‘orang kita’ cerita macam2 dalam radio. Cik Lie lebih suka play guna MP3 je. Nasib la ek sesape yang tumpang & tak kena jiwa dengan lagu-lagu dalam MP3 Cik Lie. Hehehe.. Tapi kalo dah bosan sangat, Cik Lie set Hitz.fm. Chanel fave geng-geng UM ;)
7. Pengalaman ngeri anda sepanjang pemanduan ?
1. Tayar pancit : time tu hari kedua Cik Lie drive dari tempat kerja ke rumah. Tak sedar. Bila sampai rumah tengok dah flat. Nasib baik rim tak bengkok~~
2. Terlanggar tembok : time tu minggu pertama Honda City sampai di rumah Cik Lie. Parents Cik Lie tak reti bawak auto. So, Cik Lie la yang rasmi dulu. Tengah melalui satu lorong kecil, mengelakkan kereta yang parking di tepi-tepi jalan, Cik Lie TERhentam tembok sebelah kiri. Fobia jugak sebab kereta baru. Nasib baik parents Cik Lie tak marah. Thanks kepada aep & safwan coz banyak bagi idea yang bernas & calm me down waktu tu.
8. Tabiat anda ketika memandu ?
1. Baca plat kereta : Memandu sensorang dari TM-KK yang ambil masa lebih kurang 2 jam sangat membosankan. Sangat risau kalau terlelap. So, Cik Lie suka buat perkataan dari huruf depan, cth BFL = Buffolo dan kira hasil tambah/tolak. Cth : 1234 = 10
2. Jadi excort : Yang ni macam noti sikit. Cik Lie tak suka ajak orang race sebab sedar kemampuan Genesys Cik Lie tu. Cik Lie akan target kereta yang sama-sama kelajuan dengan Cik Lie & ikut tepi dia. Kereta dia belah kiri & Cik Lie akan ikut belah kanan. Bila dia laju, Cik Lie laju. Sure die tensi. Heheh.. Tapi kalau die dah bagi signal nak ke lorong kanan tu, Cik Lie tak kacau dah la =p
9. Berapa kali anda pernah di saman ?
3 kali yang semuanya melibatkan saman tempat parking. 1 di tengah pekan Tg.Malim yang Cik Lie sukasuki parking kat tempat motor ketika singgah di pasar & 2 kali di dalam universiti di kawasan parking pensyarah. Paling laju Cik Lie pernah speed 140km/j (max kelisa Cik Lie 160) sebab dah lambat appoinment dengan lecturer ketika pulang dari kampung. Nasib baik tak pernah kena speed trap lagi.
10. Tips yang anda amalkan dalam pemanduan ?
1. Jangan selalu main brek tapi main minyak terutama di kawasan selekoh. Selain tak merbahaya, boleh jimatkan minyak
2. Sebelum mati injin, pastikan aircond & radio ditutup terlebih dahulu supaya enjin tak cepat rosak.
3. Isi angin tayar, minyak hitam, minyak brek & air secara berkala
4. Sentiasa pastikan dalam kereta sentiasa kemas
5. Postur badan & cara memegang stereng yang selesa & selamat. Cik Lie suka drive guna tangan kanan di stereng & tangan kiri pada gear/kerusi (cikgu driving school mesti marah)
11. Perkara yang dibenci ketika memandu ?
Paling benci yang jenis suka ‘cucuk-cucuk’ , ‘hon-hon’ & main ‘lampu-lampu’ ni. Ok.. nak tunjuk CC besar pun agak-agakla, tak payah nak tunjuk samseng.