Ini adalah rangka promosi untuk projek ni. Actually pencetus idea projek ni adalah Cik Ziela & disampaikan hasratnya itu pada bff nye incik Judeng, kemudian dipanjangkan idea ni pada Cik Lie & Cik Syu. Malas untuk melayan kerenah ‘o..pergi tak ajak’ & gossip-gossip skandal yang timbul, so kitorang bukaklah public event di FB. Sesiapa yang nak join, JOM!!! Kalau xboleh & tak nak, it’s ok. Nanti jangan banyak bunyik. Hehehe.. Cik Lie dilantik untuk handle jemputan kononnya Cik Lie ramai contact. Kelebihan la tu kan?? =p Seminggu jugaklah iklan ni online.
Jam 3.30 pagi, Cik Lie & Cik Ziela bersiap-siap menyediakan ‘prosperity burger’ untuk di picnic kan. (lihat video) Dalam jam 4.40 pagi kami pun mula bergerak menuju ke gathering point iaitu shell tol sungai besi. Tapi sesuatu yang SCARYYYYYYYYYYY telah berlaku~~ disebabkan hanya termiss satu simpang, kami telah sesat larat & berpusing-pusing di jalan yang sama. GPS Cik Lie jugak buat perangai pening-pening dengan coverage satellite. Kesian dengan noor yang pada tu asyik follow. Nasib baik waktu sebelum subuh yang tidak banyak kenderaan yang membolehkan kami U-turn & reverse sukasuki je. Judeng dah sangat pening dengan kami & last-last dia arahkan kami terus ke Broga je. Jam dah tunjukkan pukul 5.45 pagi. Rasa macam nak nangis time tu. Akhirnya kami dah on track. Sampai di pekan Semenyih, kami singgah untuk solat Subuh. Tiba-tiba seorang lelaki mengetuk cermin tingkap. Judeng!!!! rasa lega sangat-sangat dapat gather di masjid yang penuh baraqah ni. So far, plan masih juz nice sebab range masa masih dalam jadual. Sampai di Broga Hill Camp dalam pukul 6.15 pagi. So, sekarang enjoy with few picture sepanjang trip ni. Banyak sangat di tag dalam FB sampaikan tak tahu mana nak start =p
Group pertama yang sampai di destinasi tepat jam 6 pagi. Mat azim busy mencari-cari kami yang masih tak sampai-sampai. Sangat teruja dengan semangat mereka yang bersungguh-sungguh. Tapi yang kelakarnya, dia yang naik dulu, dia jugaklah yang turun dulu sebab seruan alam (nature call). Alahai..kasihan ko mat azim~~~ Dibawah adalah catatan Mat azim & rakan-rakan :
Sabtu petang: guna LRT bersama ke tgh kota
Malam: latihan berenang
Tgh mlm: Memerah otak mencari data
Ahad awal pagi: aktiviti riadah depan TV...:Bertinju dan tennis (simulator) sehingga berpeluh
Pagi: bertolak ke Broga. Memanjat ke puncak broga dengan keadaan baju dan kasut casual.
Halangan: tidak tido selama 24jam
Pendakian diketuai oleh abang Bob & Kak Aan. Sungguh ceria dengan torch light & effect ZZZZZ. Agak-agaknya patutnya weekend ni semua patut layan tilam dan bantal kot. Hehehe
Lepak-lepak sebentar di pit stop ke 2 melepaskan lelah. Waktu ni kitorang dah dapat gether semua trip members. Semua sangat teruja untuk ambik gambar tapi sayang… DSLR dila kehabisan bateri pulak time ni~~
Waiting for sun rise. Tapi matahari macam malu-malu plak nak keluar. Langit pulak mendung. So, dapat layan sun ray pun ok lah tu. Tapi seriously chantekkkkkk.. ni dari kamera biase je. Kalau DSLR sure mantap. Better than never la kan ;)
Pit stop ke-3. Masing-masing dengan aktiviti sendiri. Ada yang dah bukak bekal, bergosip, ambil gambar & layan blues. Memang best la kat sini!!! View pun cantek
Suasana di kawasan landai yang sangat sesak dengan macam jenis orang & bau-bauan peluh yang pelbagai. Memang 1 Malaysia betul kat sini. Paling Cik Lie tertarik ada 1 famili tu yang complete. Bagus betul buat aktiviti camni. Tu pun kalau partner kita tu minat jugak la~~
YEAH!!! WE ARE THE CHAMPION !!! dari 17 members, kami bertiga je yang sampai ke puncak berkat keazaman Cik Ziela. Alang-alang dah sampai, biar sampai betul-betul. Satu kepuasan yang tak boleh diucap dengan kata-kata. BRAVOOOOO!!!
Pemandangan dari puncak. Macam semut je orang-orang kat bawah tu. Ade ke patut Cik Ziela kata macam kawah-kawah gunung berapi. Camnela imaginasi Cik Ziela ni~~~
Menurun adalah aktiviti yang best. Rasa macam berlari-lari di atas angin. Kalau yang cerun-cerun tu, gelongsor terus. Tapi ade 2 kawasan yang memang cerun & dengerous sebab takde tapak nak landing dan hanya ada batu. Redah saja !!!
Diorang ni even umur dah masuk suku abad, tapi perangai tak ubah-ubah. Sebab tu boyz FSKTMers selalu dicop cute. (reality) Wek!! Wekk!!
Trip members iaitu dari Fak Sains Komputer, Fak Pendidikan, Fak Bussiness, Fak Sains & Fak Medic. Ade 2 orang lagi yang dah di alam yang sukar ditafsirkan di dalam kereta. =p Gambar terakhir sebelum pulang. Lepas ni next trip yang lebih challenging!!!
Kami menyokong Car Pool untuk menjaga kesihatan bumi =) eh..eh..kelisa hijau tu macam merajuk je dok jauh-jauh. It’s ok, student lagi. heheheh =p
Terkeluar sikit dari aktiviti BHTC’11 tapi boleh dianggap sebagai celebration untuk pihak penganjur & supporter di restaurant favourite kami Strawberi Field, PJ. The best part is, segala persoalan yang menyebabkan Cik Lie experimental jiwa radikal siang tadi terjawab akhirnya. Persoalannya?? Biarlah rahsia & rasa Fuh~~~ lega =p
Layan video semasa picnic bersama 'prosperity burger' handmade Cik Lie & Cik Ziela =)
Alhamdulillah…semua dah setel dengan jayanya dan selamat. Hope lepas ni boleh plan event yang lebih mantap & happening sementara masing-masing tengah muda remaja & belum terikat dengan famili sendiri. Thanks for everything guys !!! =)