Sunday, November 18, 2012

Salam Maal Hijrah 1434

 Moga kita menjadi seorang yang lebih baik & kehidupan yang lebih berkualiti dari sebelumnya

Moga saudara seIslam kita beroleh perlindungan, ketabahan & kekuatan dalam menghadapi dugaan dan kita mengambil iktibar daripadanya

Tuesday, November 6, 2012

Ape ubat penyakit M ni?

Lately Cik Lie rasa sangat malas... super malas... Nak kata jiwa kacau, tak jugak.. I am very happy with my life now. Sampaikan kawan-kawan asyik dok tegur kenapa dah semakin menembam ni. hehehheh... Tula kan.. manusia ni bila dah senang sikit, dah happy, mulalah lalai... sedangkan dia tak sedar yang Allah nak uji seseorang hambanya tu bukan dengan dugaan yang sedih-sedih je. DIA pun boleh uji hambaNYA dalam keadaan senang. Cik Lie harap Cik Lie tak tergolong dalam golongan yang kufur nikmat.

Yang Cik Lie perasan sekarang ni, Cik Lie buat kerja dengan kadaran yang sangat lembab. Agak-agak 30km/j pun tak sampai kot.. Kadang-kadang tu asyik bertangguh je. Untuk paksa diri jadi rajin, Cik Lie akan lepak di library. Sambil usha muka-muka orang bijak & serap aura-aura rajin, atleast berconteng jugaklah kertas A4. Cik Lie pun suka kalau ade meeting dengan supervisor & project partner. Bila duduk semeja dengan ahli akademik ni, rasa macam semangat sikit. Senang cakap, Cik Lie perlukan seseorang jugaklah to push me up. Ada yang bertanya, even my parents pun selalu pertikaikan, "kan takde kelas, kenapa nak duduk tg.malim? duduk je la kat rumah". WWooohhooo...rasanya kalau duduk kat rumah, lagi tinggilah tahap kemalasan Cik Lie ni. Tesis ke mana, PhD kemana... tak pasal-pasal 3 tahun habis macam tu je... Moga tak berpanjanganlah..

-Inspiration-



Tuesday, October 30, 2012

Perasaan atau perasan ?


Perempuan itu banyak sedihnya. 
Namun kecewanya hanya satu.

Sunday, October 21, 2012

Soalan yang payah nak jawab

2 soalan yang Cik Lie susah nak jawab ialah..
1. Tengah buat ape kat UPSI? Lepas ni nak posting mane?
2. Ofis dekat mane?

Adeh...gagap jugak nak menjawab. Sebabnye... untuk soalan yang 1st tu, orang susah nak percaya, manusia yang kenit & perangai keanak-anakkan ini sedang mengikuti ijazah kedoktoran semester 2. Susah nak explain sebabnya kalau kita degree, senang je cakap. Benda comman. Tapi..kalau kita mula mengaku, akan banyak soalan-soalan rantaian yang silap cakap boleh dianggap riak pulak sedangkan Cik Lie tak berniat macam tu pun. Pernah sekali, sewaktu Cik Lie sedang mengisi minyak, seorang pump attendant menghampiri Cik Lie & bertanyakan perihal ini,. Tapi pakcik ni ada kesimpulan sendiri. "Ambil degree ye? nanti amik wudhu, baca selawat sapu kat mata bagi cerah sikit. Senang nak belajar'. Huhu.. Cik Lie angguk dan ucap terima kasih je =)

Untuk soalan no.2, patutnya RA (Research Assistant) kena duduk dalam satu bilik yang di khaskan di UPSI mengikut fakulti. Tapi Cik Lie malas.. Cik Lie lebih selesa buat kerja dari rumah. Pagi-pagi punch in. Cukup 9 jam punch out. Boss Cik Lie pun ok je. Tapi ikutkan memang salah.. So, bila ada yang bertanya Cik Lie akan 'menipu' cakap ofis di Pentagon (banggunan dalam kampus UPSI yang bentuk segi 5). Memang tak jumpa la kalau cari Cik Lie kat situ~~~

Research discussion session. Teammates: Dr.Mai, Dr.Goh, Dr. Rosmah, Dr.Wong & Siti (RA)

Wedding old best buddy, Adzhar & pasangannya Syazween. 1st we become friend waktu Tunas Saintis Competition di MRSM Kulim tahun 2003. Cik Lie & mahirah wakil MRSM Lenggong & dia, hawa&aida wakil tuan rumah. Then kitorang sama-sama study kat UM. Pernah 1 sem tu Cik Lie selalu pergi 3rd college mintak die ajarkan math. Dapat A- tauuuu... hehehhe
 
Ha... satu lagi soalan yang payah nak jawab 'Bila nak kawin?'. Tapi Cik Lie dah de jawapannya iaitu.. "kalau saya lelaki, hari ni jugak saya pergi meminang". huhuhu.. anyway, congratz pada my best buddy, adzhar. Moga beroleh keluarga sakinah+mawaddah+warahmah =)

Sunday, October 7, 2012

Ulang Tahun ke 26


Hepi Bestday To Me =) wah...26 sudah usianya 031012. Terima kasih pada semua yang wish bday & atas doanya. Rasanya dah cukup or lebih 44 orang yang wish "moga cepat kawen". wooaapp woooaapp!!! (tetibe pipi merah tanpa dipinta). Celebration tahun ni? As usual coz still bujang terang lagi bersuluh. Ape-ape pun Cik Lie masih bersyukur kerana masih mempunyai kesayangan-kesayangan yang walaupun jauh dimata tetapi tetap dekat di teknologi. Heee.. Juz nak share & highlight sesuatu di sini. Lets check it out!!!

Self Gift



Samsung Galaxy S Advance Cik Lie telah dikebas orang seminggu sebelum my birthday. 5 hari juga Cik Lie hidup tanpa handphone & 2 hari menggunakan handphone lama Cik Lie. Sungguh bertabah kan? Akhirnya, dengan keputusan yang nekad dan nice preview dari kengkawan, Cik Lie telah memejamkan mata menghadiahkan diri Cik Lie Sony Xperia P sempena usia 26 ini. Nak harapkan hantaran? Memang harapannnn laaa.. hehehe.. Someone said, "Self gift is far more appreciated".

Birthday Celebration

Tahun ni Cik Lie agak special kerana diraikan oleh my students (Diploma Pembangunan Permainan). Bukan semuala, tapi 'geng-geng kita aje' yang dulunya Cik Lie 'berangin' sikit dengan diorang ni sebab pemalas tahap panda & loyar buruk tak habis-habis. Rasa nyesal plak sebab bagi diorang markah sikit dulu. =p Bagus jugak, kiranya ni bukan rasuahla kan?? Saaayyyaaannnggg korang <3 p="p">


Konvokesyen Best Buddy

Congratulation to my best buddy Syu, Zila & Zuri coz berjaya bergelar seorang DOKTOR. Cik Lie sangat bangga dengan korang. 7 tahun bukan suatu masa yang singkat dan macam-macam telah korang lalui yang kadang-kadang buat friendship kita jadi huru-hara. Cik Lie juga banyak terhutang budi dengan korang atas segala yang pernah berlaku dulu. InsyaAllah, kita doakan yang terbaik untuk kita semua. Moga terus berjaya & bahagia dunia akhirat.


Hepi Bestday too "Comfort Friendzone". Thanks For Everything =)

-300912-



Wednesday, September 26, 2012

Bila bercakap pasal $$$

Bila usia sudah berganjak ke alam dewasa ni, selain hal berkaitan kerjaya & jodoh, satu lagi perkara yang penting adalah berkaitan kewangan. Erm...nak cakap lebih-lebih tu Cik Lie memang tak berkelayakkan sebabnya, Cik Lie ni kerja pun takde. Namun, alhamdulillah..rezeki di UPSI tak pernah lagi putus. Bulan depan Cik Lie start my new project as RA with my super angel SV Dr.Mai ;) Bolehla buat tambang tol, topup, minyak, makan, sewa rumah & hurahurey secara kecil-kecilan. Nanti orang kata takde life plak kan. hehee.. Tengah skrol2 FB, terjumpa satu post ni :


Interesting rite??? Nak share jugak, Cik Lie ada financial planner Cik Lie sendiri. Woooaaa...bajet kaya sangat ye??? hahaha...bukan la.. sebab Cik Lie tak berharta la yang Cik Lie rasa sangat penting Cik Lie ada seseorang yang boleh guide kan. Nak diceritakan sejarah macam mana boleh terjebaknya, mulanya niat Cik Lie hanya nak support my BFF, aep yang baru nak berjinak-jinak. Cik Lie jadi client beliau yang pertama okeyyyy.. Namun, atas sebab komitmen sebagai seorang jurutera komunikasi sangat menyesakkan dirinya, maka dia hanya mampu menjaga kewangan Cik Lie dalam tempoh setahun sahaja sebelum menyerahkan kepada seorang rakan sepadang yang sangat dia percayai. Pada mulanya, Cik Lie juga agak risau. Alhamdulillah, true friend takkan la nak aniaya kawan sendiri kan. The person yang gantikannya amatlah professional+friendly+Committed. Bulan depan, genap 2 tahun Cik Lie di bawah jagaannya. Dalam tempoh itu juga, kami selalu 'dating' untuk review policy. Dia selalu turun Tg.Malim dari KL. Korang boleh bayang tak, how you can trust someone outsider (not your family, close friends or partner) yang akan tau segala your money flow sampai umur korang 100 tahun???. Thats happen to me & I believe in him. InsyaAllah.. 

Penjaga harta kekayaan Cik Lie: Nur Fakhrullah


Setakat ni, Cik Lie commit 2 policy with him yang more to protection & saving. Yang paling penting, policy ni Cik Lie pastikan dia dah ada panel jemaah syariah yang akan memantau. Dah namanya pun financial planner, its not about NOW, but its about FUTURE. Makanya, sekarang ni memang Cik Lie seperti kanak-kanak sekolah yang masih harapkan duit belanja dari mak+ayah.

Juz nak share cerita kelakar waktu our meeting + dating kelmarin. Dia plan nak brief & review about my second plan policy. Perjumpaan yang berlangsung selama hampir 2 jam, berakhir dengan 'surat chenta' dari penguatkuasa MDTM yang sangat 'efficient' sebab tak letak kupon parking pada kereta masing-masing. Adeh...tu la nasib 'orang kaye' yang baru berangan-angan mencipta impian. Ceeeewwwaaahhh...