Sunday, March 13, 2011

Excited atau Riak ???

Kali ni Cik Lie nak berkongsi cerita sikit perihal 2 orang member kamceng di zaman degree dolu-dolu yang masing-masing dah ada jalan cerita kehidupan tersendiri. Mereka berdua ni terkenal dengan sikap "exaggeration" atau bahasa rugged nye "poyo". Tapi yang bestnye poyo diorang ni jenis yang tak sakitkan hati orang atau buat orang meluat kecuali la mereka yang penuh rasa "takbolehlebihdarioranglain". Kalau manusia yang spesis tu, kalau kita lebih sekupang pun, nak dijatuhnye kita sampai lapisan ke 7 bumi. huhuhuh... ok2... meh Cik Lie ceritakan hal mereka niSmart tak mamat ni? wooppp wooppp !!! sila jawap dalam hati saje ye kawan-kawan kerana setiap jawapan anda sama ada ya/tidak akan menimbulkan kesan mendalam kepada beliau (itu pun kalau die baca post ni). Cik Lie memberi gelaran kepadanya Mat Azim dan sebenarnya nama Cik Lie ni pun die yang bagi dulu & lekat sampai sekarang. Benda yang nak diceritakan pasal Mat Azim ni adalah 'Europe Tour' nye yang agak-agaknya sudah seminggu dan sekarang masih diperantauan lagi.

Hal yang Cik Lie nak highlight kan kat sini adalah bagaimana terujanya Mat Azim ni menjayakan rencananya. Sejak tahun lepas memang dicanangnya satu donia die mahu mengembara. Maka berusaha keraslah beliau kerja bagai sudah tiada hari mengumpul kewangan. Dikala ada rakan seusia yang menyimpan untuk berkahwin/ membeli harta, nampaknya selain perbelanjaan dihabiskan untuk Jentu (nama manja kereta beliau), dua agenda itu tak termasuk dalam planner beliau dalam tahun terdekat ini. Gambar diatas adalah seminggu sebelum beliau berangkat meninggalkan Malaysia. Try test baju la kununnye, takut kena gelak dek minah-minah saleh plak kalau silap pakai. =p Yang bestnya, Mat Azim ni selalu update FB dengan post gambar-gambar tempat menarik yang sempat beliau lawati. Sampai rasa macam trip bersama plak. Mungkin pada orang lain tak suka buat semak wall, tapi Cik Lie suka sebab nak tunggu kita sendiri pergi ada chance ke tak la kan.. Yang best pasal Cik Lie & geng-geng Cik Lie di UM dulu, even kitorang jauh merata-rata, tapi kitorang sentiasa rasa dekat. Terima Kasih Teknologi =) Suatu malam tu, ketika jam 1 pagi, Cik Lie buzz beliau di YM & beliau buat voice call dengan Cik Lie. Sempatlah jugak tanya keadaan kat sana yang dikala itu beliau bersama aloy (junior di kolej10 merangkap partner trip) sedang menikmati minum petang dengan view yang chantek. (xtaula view yang mana satu =p) Best sungguh bunyinye kan.. Kat sini Cik Lie tunjukkan sikit gambar-gambar yang di post.

Cerita yang kedua ini pula perihal hot-mummy-to-be atau lebih dikenali sebagai aj. Kalau sesiapa yang pernah mengikuti cerita-ceriti zaman remaja a.k.a zaman bujangnya di blog yang telah dideactivekan, pasti tak sangka tak lama lagi beliau akan melalui fasa sebagai ibu pula. Dengan sikap gila-gila & ikut dan nya tu menjadikan pada Cik Lie beliau memang superb. hehehe. Sekarang beliau telah membuka sebuah blog baru yang menceritakan pengalaman beliau & suami melalui fasa menunggu ni -> Journey of Being A Mommy-To-Be. Mengikut pengakuannya, blog terdahulu dihapuskan supaya anaknye nanti tak terbaca & tahu kesah hidup mommy nye zaman muda mudi. em... Cik Lie pun rasa nanti macam tu jugaklah. hehehheh. Gambar di bawah adalah gambar yang tak berapa terkini aj bergaya dengan fesyen mak buyungnye.Ni pada Cik Lie je la kan, tak taula orang lain camne, tiap kali baca blog tu pasti teruja nak ada anak sendiri. Keterujaan nak kawin tu takde la sangat. (boleh x????) Seriyes...sebagai seorang perempuan, touching jugakla naluri keibuan tu even belum jadi ibu. Oleh itu, Puan.Aj kalau membaca post ini, sila doakan Cik Lie dapat anak comel-comel bersama suami yang hensem ye =) (taste xmo kalah bak kata aep) Kepada sesiapa yang tengah melalui fasa yang sama macam Puan Aj ni boleh la usha blog beliau untuk dapat info terkini termasuklah fesyen. hehhehe. Keterujaan ini jugak dikongsi bersama husband yang beliau perkenalkan sebagai WF sahaja. Sila lihat gambar dibawah untuk meng'comfirmkan' keterujaan WF kerana menghasilkan album ini. Sweetnye papa ye =) Didoakan moga bulan 7 yang bakal menjelma dapat dilalui dengan selamat & mendapat cahaya mata yang soleh/solehah. Cik Lie nak jadi achik Lie okey ;)
Cukuplah 2 orang yang 'bertuah' ni sahaja yang Cik Lie promotekan. Setiap orang ada cita-cita & impian. Cik Lie tak rasa mereka ni poyo nak heboh-heboh keterujaan mereka. Mereka hanya mahu berkongsi kegembiraan dengan orang lain. Baguslah tu kan =) Cik Lie pun ada impian tapi tak tahu nak ekspress macam mana atau mungkin belum tercapai lagi. InsyaAllah.. hari itu pasti akan tiba begitu juga untuk rakan-rakan sekalian. Amin... =)

Saturday, March 12, 2011

I alwayz believe in Potential & alwayz believe ALLAH with me alwayz =)



What Faith Can Do Lyrics

Everybody falls sometimes
Gotta find the strength to rise
From the ashes and make a new beginning
Anyone can feel the ache
You think it’s more than you can take
But you're stronger, stronger than you know
Don’t you give up now
The sun will soon be shining
You gotta face the clouds
To find the silver lining

I’ve seen dreams that move the mountains
Hope that doesn’t ever end
Even when the sky is falling
I’ve seen miracles just happen
Silent prayers get answered
Broken hearts become brand new
That’s what faith can do

It doesn’t matter what you’ve heard
Impossible is not a word
It’s just a reason for someone not to try
Everybody’s scared to death
When they decide to take that step
Out on the water
It’ll be alright
Life is so much more
Than what your eyes are seeing
You will find your way
If you keep believing

Monday, March 7, 2011

Kegilaan Zaman Ribena Ku


Doraemon : Balik dari padang sure Cik Lie ngadap sampaila kene hambat untuk solat maghrib. Yang peliknye, sampai skarang tak penah tukar waktu siaran. mesti dalam area pukul 7.


Tomatoman : Tomatok matok!!! comel =)




Dash Yankuro : Cik Lie pernah ade kalo tak silap 3 bijik kereta ni. Ayah Cik Lie yang belikan. Race dengan adik & sepupu-sepupu yang lain. Siap ade track buat dalam longkang lagi. hehhehe



Dragon Ball : "Dragon Ball ada 7 biji semuanya" hahhaha.. panjang sangat ceritanya sampai Cik Lie pun confuse mana goku kecik & mana goku besar.



Power Rangers : Cik Lie suka rangers kuning dan selalu berangan jadi camtu. Kadang-kadang untuk test, Cik Lie fight dengan rangers biru iaitu adik laki Cik Lie. Tunggang terbalik la rumah pastu ~~~



Flashman : Ala-ala power rangers versi jepun tapi lebih best kot.

Saturday, March 5, 2011

Wednesday, March 2, 2011

Salam Perkenalan Ke-6 My Memories 0303 =)



Sering kali kita diuji dgn perkara yg kt tdk suka, perkara yg menyakitkn hati, perkara yg mengundang resah pd hati… Cubalah husnuzon/ bersangka baik pdNya.. Insya Allah.. Suatu masa pasti akan wujudnya “keajaiban” ataupun Hikmah dariNya.. Insya Allah.. Cuma bergantung pd kita sama ada menyedarinya atau pun tidak…^_^ -> Blog K.Mai

Sunday, February 27, 2011

Phone & I [bukan iPhone]

- Entry di kala bosan yang tidak membawa sebarang faedah pada orang lain -

1. Handphone apakah yang anda pernah gunakan ?
Nokia & Samsung

2. Upload gambar handphone yang anda gunakan sekarang dan dari mana anda mendapatkannya ?
Reward untuk diri sendiri setelah membanting tulang

3. Tuliskan priority (3) kegunaan handphone anda
1. Email checker
2. Snap snap pic
3. Lullaby for sleep (games+walkman)

4. Line apakah yang anda gunakan ? Kredit anda selalu di habiskan ke mana ?
-LINK HANGAT- . Kreadit banyak habis kat internet option

5. Panggilan terbanyak anda terima
Family & Housemate

6. Mesej terbanyak anda terima
Lecturer & Housemate

7. Panggilan & Mesej terbanyak anda lakukan
Menjawab segala panggilan & mesej yang masuk sahaja kecuali emergency

8. Handphone yang ada ingin miliki
Yang selalu orang post status/ komen kat fb via android. hehehe ;)