Thursday, October 21, 2010

Wednesday, October 20, 2010

life is unpredictable

PAST is a HISTORY
PRESENT is a GIFT
FUTURE is a HOPE

If you want to be my 'future', you have to help me forget my 'past'. Let's start to be my 'present'

Sunday, October 17, 2010

What A Beautiful Day =)

Alhamdulillah.. setiap hari Cik Lie bersyukur kerana Allah sentiasa sayangkan Cik Lie dengan mengurniakan orang-orang yang ikhlas sayangkan Cik Lie di sekeliling Cik Lie. Even jauh di mata, tapi tetap dekat di hati =)

First, di perkenalkan my adek-adek angkat iaitu molek dikenali sebagai SS dan NA sahaja =) How it started ? Secara ringkasnye, Cik Lie jumpa SS ni ketika menjadi fesi di matriknya. Dalam ramai-ramai tu, SS ni sajalah yang masih attach ngan Cik Lie sampai ke hari ini. NA ini pula Cik Lie baru start rapat setahun yang lalu. Itu pun kerana NA adalah ehem-ehem SS. Haruslah diangkat sebagai adek jugakkan =) Cukup untuk sesi perkenalan

16/10/10 adalah hari graduasi NA. Alang-alang Cik Lie kini di medan perjuangannya dulu, maka wajibla Cik Lie menghadirkan diri. Maaf ye SS, medan perjuanganmu itu jauh sangat. Tapi akak dah cover balik kan? Kan? Kan? Oleh kerana ia adalah graduasi, maka haruslah seluruh family NA ada. For the 1st time Cik Lie jumpa mereka & sempat prepare lunch untuk mereka. Thanks so much to my beloved housemates yang sangat membantu =) Now, I got 1 family from Kuantan =) Waiting from Pekan pula ;)


Pada pukul 3 ptg, SS jemput Cik Lie untuk ke konvo bersama Neo yg baru 3 hari keluar kilang. Segar dari ladang bak kate orang. SS ni dari dulu memang yang sangat mendengar kata, sampaikan Neo ni yang Cik Lie suggest pun die ikut. Heehhe.. Dalam keadaan dirinya yang ‘debor-debor’ & dalam keadaan Cik Lie yang ‘excited’ sebab… (toksah bgtau la), kami tetap sakan berpicture macamlah kami ni kompem jadi family NA ni.

The Graduate & I =) Semoga menjadi cekgu yang besh !!

Aktiviti yang memang favorite. hehehh

Mahu diperkenalkan juga my new friend yg juga abg kepada NA, ingatkan automatik boleh jadi abg Cik Lie, tp...sebaya la plak~~ so, fren je la. First time jumpe tengok macam sangat skema+sopan santun. Almaklumlah, keluaran Jordan University Science & Technology. Next week 1st day housemanship @ Hospital Kuantan. Nasib baik la Cik Lie ni paham jugak pasal medical life ni, so boleh sembanglah. Kelakar + sengal jugak mamat ni sebenarnya =p (p/s : hey doc! thanks for ur cerita ceriti n dun let ur patient c dis pic =p)

Oleh kerana NA tumpang di rumah Cik Lie untuk 1 malam, maka SS pun plan untuk stay di rumah kawannya juga untuk 1 malam. Maka, aktiviti malam dirancang atau lebih murni lagi bunyinya, ‘Kak Bulat Belated Besday Celebration’ Yeyyy!!! Lepas isya’, kami bergerak ke KL menuju ke sebuah shopping mall untuk menonton movie & secret recipe of course. Selepas menonton movie yg sweet+cute+motivate secara 3D, kami pun bergerak pulang. Sebagai bestday gift, Cik Lie diberi chance drive Neo. Biar betulllllllllll…. Boyfren sendiri belum tentu nak bagi Cik Lie drive kereta baru dengan skill pemanduan Cik Lie yang ‘mcm blaja ngan schumacker tapi tak abis’. Terharu+tacing segala bagai.Maybe who read dis, it sound biase2 je. takde ape nak kecoh-kecoh pun. Tapi pada Cik Lie, today is AMAZING !!!

'Kak Bulat Belated Besday Celebration' . Patutnye ade sorang lagi ni, takpe la adek2, the day will come, insyaAllah =). Nanti kita plan lain ye

Cik Lie bersama pemilik sebenar Neo yang segar dari kilang. Thanks for the test drive from KL - TM. Neo = my favourite local car =)

THANKS SO MUCH FOR BEING PART OF MY LIFE (^^,)v

Thursday, October 14, 2010

The Touch

"Salam, pe kbr ? nk mintak tlg wt dsg postr leh?'

Adeh...tetiba otak ligat berpikir. Dah lama kot meninggalkan alam design mendesign ni. Even Cik Lie di peringkat ni, tapi tak boleh dinafikan skill adik lelaki Cik Lie yang masih di peringkat diploma lebih mantop & marvelous berbanding Cik Lie. Adeh~~~ itulah kenyataannye...

Tapi bila memikirkan ini adalah permintaan kawan Cik Lie ketika sama-sama bersekolah di kampung dulu, rasa berat hati pula mahu menolak. Lagi pun, beliau ni pun tak sempat Cik Lie nak duduk-duduk lepak ketika di UM dulu. Beliau masuk UM ketika Cik Lie final year kerana 'perjalanannya' agak jauh walau pun umur kami sebaya. Walaupun beberapa kali juga beliau mengajak Cik Lie join tournament, tapi memang tak la Cik Lie nak jadi 'pom pom girl' beliau. Dengan agak tidak berapa yakin, Cik Lie setuju. Dan inilah hasilnya :




At the first place, Cik Lie nak dapatkan advice my sifoo & otai kudozu pasal poster ni sebab Cik Lie buat dengan suka suki je. Tapi tak sangka plak my 'client' tu terus setuju. Yey!!! seronok ! dua ronok! tiga ronok! beronok-ronok!!!! - pada sesiapa yg rasa poster ni huduh, mintak ampun la ye.. -

Tuesday, October 12, 2010

Saturday, October 9, 2010

Yang Penting Bukan Ia Bermula, Tetapi Bagaimana Ia Berakhir

Date : October 2008

Course : WMES 3318 : Knowledge Management

Time : 3pm-5pm

Menyoroti kembali detik itu, teringat last paper di UM. Actually kelas Knowledge Management adalah kelas yang paling enjoy disebabkan lecturer yang best dan kelas ni yang meng’gather’kan geng2 Cik Lie (Multimedia+networking+software engineering). Ingat lagi untuk subjek ni Cik Lie kene buat projek pasal Intelligent Diagnose System. Alhamdulillah.. berkat bantuan & nasihat geng2 doktor Cik Lie di UM, UKM & Rusia, hasilnye superbbbbbb =). Bercerita balik untuk paper ni, banyak dugaan yg terjadi sebelum tibanya tarikh peperiksaan. Dugaan yang melibatkan hati & perasaan. Dengan keadaan yang serabut tu juga, kawan-kawan memerlukan bantuan & tunjuk ajar. Cik Lie pada ketika itu juga agak tidak terurus dan berada dalam keadaan yang sangat tension. 2,3 jam sebelum peperiksaan, perkara terakhir yang Cik Lie boleh bantu rakan-rakan Cik Lie ialah buka YM dan bantu jawab mana yang boleh dan share file soalan yang Cik Lie spot. Cik Lie minta maaf sangat pada rakan-rakan pada tika itu… Memang Cik Lie tak semangat langsung nak ambil exam tika tu. Dalam dewan peperiksaan, Cik Lie dikelilingi oleh rakan-rakan rapat Cik Lie. Ia bagaikan semangat dan sokongan pada Cik Lie pada tika itu. Alhamdulillah… Apabila tamat waktu menjawab, rasa seperti tak percaya yang itu adalah peperiksaan terakhir Cik Lie untuk degree ni. Sangat-sangat tak percaya & sangat gembira pada akhirnya Cik Lie bersama rakan-rakan seperjuangan selama di UM. Alhamdulillah… result untuk course ni mumtaz!! Begitu juga rakan-rakan Cik Lie yang lain =) There are too many sweet memories I can’t write here dats make me miss them so damn much!

Date : October 2010

Course : MTM6013 : Theory & Instructional Design

Time : 9am-10.15am

Hari ni pula, the history remains but with different time, different place & different people around me. Tok tek tok tek, hampir setahun Cik Lie di UPSI untuk master. Kenapa UPSI ? kerana telah jatuh cinta pada bidang pendidikan barangkali…Rasa macam baru semalam mendaftarkan diri. Segalanya berlaku dengan begitu pantas. Dengan berakhirnya paper tadi, berakhirlah kelas Cik Lie. Lepas ni hanya tumpu pada research. InsyaAllah… jika tiada aral, pertengahan tahun depan boleh grad. Doakan sama-sama ya kawan-kawan =) Selepas itu??? Cik Lie ada perancangan, tapi biarlah disimpan sendiri dahulu =) My life @ UPSI also amazing. Disini Cik Lie dianggap paling adik. So, boleh la mengada-ngada dengan kakak-kakak disini. Juz campus life tu tak terasa sangat coz Cik Lie hanya akan masuk kampus paling kurang pun 2 kali seminggu, itu pun disebabkan kelas. Disini, Cik Lie boleh dikatakan rapat dengan lecturer Cik Lie sampaikan mak Cik Lie pernah sangsi sama ada lecturer Cik Lie mahu mengorat Cik Lie. Tak perlu risau, lecturer Cik Lie yang Cik Lie rapat tu semua perempuan. Dah anggap macam mak sendiri juga =) Disini juga Cik Lie jadi lebih independent. Even Cik Lie full time student, tapi Cik Lie juga bekerja. Alhamdulillah.. bolehla cover duit minyak, topup, sewa rumah, belanja dapur & simpanan masa depan. Different people around me?? Bak pepatah orang putih, makes new friends but keep the old. Cik Lie tak pernah rasa jauh dengan rakan-rakan lama, malah makin dekat walau pun jarang berjumpa. Terima kasih pada incik YM dan cik FB. Dengan life kawan-kawan yang bermacam-macam ragam, makes me fell life is wonderful & im bless have them in my life. Walaupun jauh dimata, tapi cares & support mereka sentiasa mengiringi. They never leave me alone. Pernah juga kawan-kawan melawat Cik Lie disini & Cik Lie harap waktu konvo nanti mereka ada bersama-sama seperti dulu =) Mudah-mudahan Cik Lie & kawan-kawan Cik Lie disini dapat grad dengan cemerlang, gemilang & terbilang (pinjam moto 100 thn UM ek). InsyaAllah… Amin Ya Rabbal A’lamin =)