Thursday, July 26, 2012

Syukur..Allah kurniakan orang-orang yang hebat untukku

Beberapa hari yang lepas, merupakan hari yang agak disaster pada Cik Lie. Betul ape yang di twit oleh Cik Kudoz suatu ketika dulu, "sesetengah orang, setinggi mana pun dia belajar, bila masuk bab Cinta dia akan jadi BODOH". Yup, one of them is me ~~~ Punca & sebabnya tak perlulah Cik Lie ceritakan di sini. Cik Lie cuba beri kata dua untuk diri Cik Lie. First..jika ini adalah UJIAN, Cik Lie akan hadapinya dan terus bertahan dan Second, jika ini adalah DUGAAN, Cik Lie redha dengan ketentuanNYA. 

Bukan mudah menghadapi hari-hari yang lepas kerana ia berlaku dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Semalam aman damai, sedar-sedar hari ni sudah porak peranda. Kami masih berada dalam 'silent treatment zone'. Bukan pilihan Cik Lie, tapi dia. Ikutkan, Cik Lie tak nak simpan masalah lama-lama. Cik Lie cuba bertoleransi. Tapi Cik Lie tak janji sampai bila... Setiap manusia ada limit nya kan??

Ok, cukuplah intro tu. Juz entri ni sebenarnya nak share tentang bertapa hebatnya kurniaan yang Allah berikan pada Cik Lie, iaitu kawan-kawan Cik Lie =) Tiada perkataan mahu pun ayat yang boleh Cik Lie gambarkan bertapa bersyukurnya Cik Lie mempunyai kawan-kawan yang sentiasa disamping Cik Lie susah mahu pun senang. Walau pun kami kadang-kadang saling bermasam-muka, saling kata-mengata, saling beremosi, tapi bila Cik Lie memerlukan seseorang, tanpa diminta, mereka dah boleh menghidu walau pun dengan sepotong status di FB mahu pun di Twitter. Contoh pada entri ni.  Dan lagak mereka seperti mamarazi & paparazi, telefon, FB & Twitter penuh dengan terjahan bertanyakan hal. Cik Lie rasa sangat terharu kerana Cik Lie merasakan begitu ramai yang sayang dan hargai Cik Lie. Seperti yang Cik Lie set kan dalam minda Cik Lie ni, blog ni tentunya ada lovers dan haters Cik Lie. But I know, both sangat care dengan Cik Lie. Cik Lie tak risau kerana Cik Lie ada MEREKA. Alhamdulillah..Cik Lie rasa kuat dengan adanya mereka. 



Disini juga, Cik Lie nak kongsikan juga pemujuk hati =)



Cinta High Class bukan ekslusif milik sesiapa. Cinta high class berhak dimiliki oeh kita semua. Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita dan si dia mesti mencintai secara high class. Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara high class juga. Cintaku kerana agama-Mu. Dalam agama Islam, ada perkara yang baik dan perkara yang terbaik. Adat yang selari syariat elok diraikan. Masyarakat akan lebih berbaik sangka dengan setiap pilihan orang lain apabila mereka mengamalkan mana yang menjadi prioriti. Inilah namanya konsep fiqh al-awlawiyat.

Berita baik untuk minggu ini ialah : 


Ya Allah...sungguh besar nikmat kurniaan-Mu padaku. Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur.. Amin Ya Rabb...

Sunday, July 15, 2012

Dewan berlian ke i-city ke samsung galaxy


First of all... setinggi-tinggi CONGRATULATION kepada adik kami yang bongsu dalam geng-geng FSKTMers, Nik Zakiuddin atau lebih manja kami panggil Nik, kerana telah selamat menjadi suami kepada Zakiah Hanum. Tahniah juga kerana telah memberi tamparan yang maha hebat kepada 'abang-abang' dan 'kakak-kakak' ekau ni yang asyik memeriahkan majlis kenduri kengkawan je. hahhaha... Tapi, kali ni ramai yang dah berani bawak teman. Boleh di katakan, sesi intro beramai-ramai juga lah. Judeng bersama tunang, azwan bersama tunang, aep bersama girlfriend baru tapi lama, wan rai bersama bakal tunang, fatnin bersama suami, jijix bersama isteri & anak pertama, zuri bersama girlfriend, ikhe dah hulur kad jemputan, wan nazirul dah announce tarikh & tak ketinggalan Cik Lie bersama orang depan rumah. Juz azim je la yang tetibe buat pengakuan "kesian dengan diri aku ni, asyik dikelilingi lelaki je..." Ceh, dah awak tu nak cari amoi je...tu makan die. Ape-ape pun, memang meriah. Tambah pula dengan majlis yang grand penuh protokol menjadikan ia memang syok. Tak caye??? meh layan gambar yang Cik Lie curi dari jijix ni. 




Sabar je la...Setelah habis majlis, kami semua menuju ke destinasi masing-masing. Beberapa hari lepas, kakak orang depan rumah ni mengajak Cik Lie join rombongan tadika mereka ke Kuala Lumpur. Atas alasan mahu pergi kenduri, Cik Lie terpaksa menolak pelawaan kakak orang depan rumah. Tapi disebabkan hari ini, Cik Lie heret sekali orang depan rumah join kenduri, maka Cik Lie rasa tak sedap hatila pulak... Mana taknya, dahla tolak pelawaan die, pastu boleh plak pergi bawak adik die pergi kenduri. Kalau adik Cik Lie, Cik Lie dah sekeh dah...Alang-alang kat KL jugak ni, Cik Lie ajaklah dia jenguk sekejap yang pada ketika itu rombongan berada di Muzium Polis. Sampai di sana, rasa seronok pula nak join. Tambah plak diorang plan nak pergi i-city. Cik Lie memang ada bawa baju spare. Tapi.. orang depan rumah pulak ada hal kena balik TM dan tak boleh join. Tapi sebab kesiankan Cik Lie yang excited nak ke i-city, ditinggalnya Cik Lie bersama familinya & rombongan dan dia pulang ke TM seorang diri. Nak ajak dia pergi i-city lain kali memang harapan la sebab kami tak keluar malam melainkan dah kawin nanti. Mulanya Cik Lie segan sebab Cik Lie tak bayar satu sen pun..Pastu plak, staff-staff & budak-budak tadika ni tak habis-habis tanya soalan terjah melodi. Adeh...sesak nafas jugak rasanya..Layan la sikit gambar-gambar Cik Lie yang excited nak ber i-city ni 

1 lagi benda best hari ni, tadaaaaaaaaaa... Cik Lie dapat ni =)

 
Cik Lie istilahkan ia sebagai pinjaman kerana waktu dia beri pada Cik Lie, dia cakap 'pakailah dulu' sebab sekarang die tengah pakai Note. (pastu boleh pulak mengomel duit ni nak cari susah, nak habiskan senang. Apakah???). Lagipun memang Cik Lie nak beli dengan dia. Tak best la pakai benda free selagi tak de ikatan ni...Password & Wallpaper pun tak tukar lagi. (atau die memang nak Cik Lie letak wallpaper ni?? memang tak lah kannnn..hahaha). Alhamdulillah...at last merasa jugak Cik Lie handset sentuh-sentuh ni. hehhehe