
Ini adalah Kolej Darul Ridzuan a.k.a KISDAR, kalaulah dibuatnya dapat panggilan interview & soalannya adalah, " Kenapa anda memilih KISDAR ? " . Mungkin jawapan Cik Lie adalah seperti dibawah ini :
1. Saya ingin berbakti untuk anak didik tempat sendiri kerana selama ini saya sudah jenuh merantau mencari ilmu dan saya ingin menjaga ibubapa saya . (alasan sebenar mahu dekat dengan rumah)
2. Saya merasakan persekitaran di KISDAR sangat kondusif dan sesuai dengan persekitaran menuntut ilmu. Saya berasa sangat tenang sejak pertama kali melangkah di sini. (Seriyes tempat ni sangat shantekk & rasa macam best tengok senibina Islam & persekitaran Islam yang mempersonakan)
3. Saya ingin memulakan pengalaman pertama di kolej yang baru dimana saya dapat mengoptimumkan kemahiran dan pengatahuan yang saya miliki. (Nama pun kolej baru, semua baru la, tapi orang kata kolej baru tak banyak facilities. Tapi untuk student je kot, kalau lecturer bestla semua barang baru. hehhe)
Last but not least... my final reasons is...
Saya berharap saya bertemu jodoh yang baik disini =) Orang kata jodoh yang baik akan bertemu di tempat yang baik dengan cara yang mulia. InsyaAllah.. Amin Ya Rabbal Alamin =)
(time Cik Lie apply by hand tu, Cik Lie juz jumpa dengan guard & kerani kat Bahagian Sumber Manusia tu aje dan dua-dua mereka bermuka bijak dan bersopan santun. Aish... off record)
Walau dimana pun pemburuan ini berhasil, doakan Cik Lie ye kawan-kawan =)