Sunday, June 26, 2011

Desire ?

Cik Lie juz coming back from KL dan sangat bersemangat untuk update blog kononnya macamlah ade yang berminat nak tau wat happen to me. heheehe.. Semalam (25/6/2011) Cik Lie telah attend exhibition yang kirenye meletop untuk weekend ini iaitu GLC Open Day atas ajakan yang penuh excited daripada Cik Kudoz. Cik Lie bertolak dari TM dalam 9 pagi & lepak-lepak rumah mak cik Cik Lie sampai pukul 12. Memang tak lah kan nak drive p KLCC wekend2 ni. Lebih rela naik train. Tapi nasib best, adik sepupu Cik Lie yang hantarkan =) Teruja jugaklah exhibition ni coz its really out of my field. Selalu juz tau TNB tempat bayar letrik, TM nak cucuk telefon & internet, CIMB tempat cucuk duit but dengan exhibition ni atleast open my eyes about these companies. Besides, bak kata kudoz, exhibition ni mcm nak bagitau kerajaan ni buat kerja jugakla. hahahah =p Hampir 2 jam kami palying around join contest dengan menjeling jawapan orang lain & bertanya dengan penuh 'minat' pada presenter yg jaga booth, (ade student medic CUCMS siap explain a-z camne nak rescue orang pengsan. Cik Lie & Cik Kudoz sengih2 je. hehehe) dan collect segala pamplet & free gift yang ada.



Lepas tu, Cik Lie & Cik Kudoz gerak ke shopping complex fave geng FSKTMers iaitu Plaza Lowyat nak jumpa Azim & Aep. Ajak juga yang lain tapi biaselah, umur 25 ni masing-masing ade komitmen yang lebih penting contohnya, setelah penat bekerja, wekendlah nak layan games sampai muntah release tension. Malas nak keluar redah jam (tapi last2 kantoi gak kuar tempat lain =p) Takpelah, mana yang ada je la ek. Tu pun Azim & Aep tak sampai sekali. Azim sampai awal & kena balik awal coz mau shoot ke Cameron plak. Aep plak kena kerja half day & stuck dalam jam nak sampai Lowyat. So, dalam 1 jam jumpa Azim & 1 jam jumpa Aep sebab Cik Lie pun tak nak balik malam. Anyway, thanks soo much Cik Kudoz, Incik Azim & Incik Aep. Korang memang best ;)

Dalam borak-borak tu, Cik Lie sangat impress dengan life diorang. Terasa macam, alahai...bila la aku nak bekerjaya & plan macam-macam. Terasa macam dengar abang & kakak berborak sampai tak reti menyampuk langsung. hehhehe. Ni Cik Lie share sikit pasal diorang ek..

Cik Kudoz a.k.a Adila Azli

So far, secara luaran Cik Lie tengok life die ok je. Juz katanya dia masih terkapai-kapai. Itu sudah semestinya la kan, umur baru 25 tentunya perasaan puas dengan apa yang ada tu tak patut ada. Maksudnya sentiasa mahu mencari peluang untuk mendapat yang lebih baik. Persetankan lah orang nak kata ko kuat berangan ke, kuat jiwang ke. Yang penting ko yang decide & ko terima consequences nye. Orang luar hanya pandai assume & judge. Diorang tak tahu wat are you really do. 1 plan die yang Cik Lie rasa sangat bagus ialah plan die nak beli rumah. Bukan untuk diri dia tapi untuk pelaburan. Maksudnya dia nak beli rumah 2nd hand (bank lelong/beli orang punya) Lepas tu nak buat fully furnish & sewa kan especially macam yang dekat dengan universiti. Nice kan?

Incik Azim Maruzuki

Kalau tengok nama bapak die pun ala-ala Jepun & life die pun zuzp zup agak laju. Rasanya dalam ramai-ramai gang kitorang, die ni yg gajinya agak superb selain epair or wan nazirul yang membolehkan die keliling Europe. Tapi dia telah suprised kan kami apabila tup-tup dia tinggalkan kerja yang gaji superb tu untuk continue Master kat UM. Katanya ini untuk long term and offer yang dia dapat pun best. Lebih kurang macam ni lah dialognya :

Dila : Ape yang bagi ko inspirasi nak sambung Master ni?
Azim : Aku rasa sampai umur 25 ni, yang duniawi semua aku dah buat dan ada. Pastu aku dapat offer Master ni, n y not? Nanti dah kawen, games over.

Incik Ariff Hamzah

Aep ni jenis yang tahu apa yang dia buat. For me, nampak smooth je life dia. Apa yang dia nak, pasti dia nak dapatkan jugak. Even kadang-kadang Cik Lie & Cik Kudoz macam malas nak layan semangat 'sentiasa nak menang' tu. Achievement terbaru dia adalah berjaya mendapatkan kereta idaman sampaikan tips-tips yang dia bagi kat kitorang macam mana nak beli kereta pun, obviously Ford Fiesta is the best. Hahaha (ceh, sukati ngumpat sedangkan dia murah hati tumpangkan Cik Lie balik dengan Fifi die tu =p). Plan lepas ni?? tunggu...


Thanks for Inspiring Me BFF ;)

Monday, June 20, 2011

Today =)


Yeehhaa!!! akhirnya setelah jenuh mengodek-godek blogspot ni bersama housemate Cik Lie, Cik Ayu, maka dengan ini diperkenalkan Life Like Woot !!!. So,sekarang Cik Lie ada 2 site. Site yang ini untuk mereka-mereka yang concern about my life & site yang itu untuk mereka-mereka yang mencari jawapan dalam hidup. InsyaAllah, Cik Lie hanya mahu berkongsi sesuatu yang juga baik untuk diri Cik Lie sendiri. Sharing is Caring, Caring is Loving =)

Friday, June 17, 2011

Surprise Di Hari Jumaat

Jika korang masih ingat tentang ini, sure tertanya-tanya takkan takde updates pape pasal isketambola. Tak best ke pergi isketambola ???? Sebabnya, tiada jawapan untuk itu kerana ...


Memang 1st time Cik Lie tengok sifoo Cik Lie merangkap supervisor mengamuk sakan. Sebenarnya Cik Lie dah siapkan full paper 2 minggu sebelum tarikh hantar. Lecturer Cik Lie pun dah siapkan perbelanjaan semua memandangkan Cik Lie akan gunakan Research Grant. Bila tanya office, orang tu pas orang sini, orang sini pas orang sinun, cakap semua ok, dun worry. Last-last... nah... alasan 'bijak' diorang, diorang tak boleh bagi student Master pergi oversea. Boleh yang locally je.. Nothing much to say la kan. Nak cerita pasal preparation, Cik Lie hanya siapkan pastport & beli barang-barang untuk present je macam kasut & baju. Honestly, ralat tu takde la sangat. Juz my supervisor yang banyak berusaha untuk beri peluang untuk Cik Lie, alih-alih sebab 'politik' semua cancel. Supervisor Cik Lie ni merupakan Timbalan Dekan dan patutnya beliau juga ada paper untuk dibentangkan & dah dapat kelulusan untuk fly, tapi beliau cancelkan. Ralat katanya Cik Lie tak boleh pergi.. So, hanya tiga lecturer sahaja yang dapat pergi dan salah seorangnya menghantarkan ini pada Cik Lie :


Bila kawan-kawan Cik Lie tanya camne Istanbul, Cik Lie boleh gelak je la. Virtual vacation tengok gambar-gambar yang di upload dalam FB je la. (kesian betul ayat~~~) Tapi, surprise!!! even tak dapat pergi pun, but I got this ;)


Nak tau dari siapa ????


From my beloved sifoo Dr. -Ing Maizatul Hayati Mohamad Yatim =) Tengah hari tadi Cik Lie ke pejabatnya untuk hantar 2nd draf thesis. Waktu tu, Dr. Mai tengah syok layan Maharaja Lawak ketika break time. Sambil dijamu biskut Sultanah, Cik Lie pun join layan jugak & fave beliau kumpulan Sepah. Hehehe.. dan time tengah bergelak ketawa tu lah, Cik Lie di surprise kan. Tapi beliau dah pesan awal-awal kat Cik Lie jangan pakai pashima tu macam budak-budak skarang, lilit-lilit nampak kepala besar. Huduh katanya. Sweet kan =)

SSSaaayyyaaannnggg Dr.Mai sangat-sangat !!!

Thursday, June 9, 2011

Pemburuan Bermula

This month Cik Lie dah memulakan pemburuan pekerjaan & semua pekerjaan yang Cik Lie buru adalah berkaitan dengan memberi syarahan a.k.a membebel di hadapan dewan bebelan. Disebabkan Malaysia sekarang sangat demand, sebelum meneruskan niat ke tahap seperti yang di demand kan, Cik Lie usha-usha jugaklah kolej-kolej/ ipts yang berkaitan dengan bidang Cik Lie. Setakat ni adalah beberapa tempat yang Cik Lie dah apply, so tunggu result sama ada diterima or tak untuk interview. Dalam banyak-banyak tu, Cik Lie agak sangat berharap untuk ke sini :


Ini adalah Kolej Darul Ridzuan a.k.a KISDAR, kalaulah dibuatnya dapat panggilan interview & soalannya adalah, " Kenapa anda memilih KISDAR ? " . Mungkin jawapan Cik Lie adalah seperti dibawah ini :

1. Saya ingin berbakti untuk anak didik tempat sendiri kerana selama ini saya sudah jenuh merantau mencari ilmu dan saya ingin menjaga ibubapa saya . (alasan sebenar mahu dekat dengan rumah)

2. Saya merasakan persekitaran di KISDAR sangat kondusif dan sesuai dengan persekitaran menuntut ilmu. Saya berasa sangat tenang sejak pertama kali melangkah di sini. (Seriyes tempat ni sangat shantekk & rasa macam best tengok senibina Islam & persekitaran Islam yang mempersonakan)

3. Saya ingin memulakan pengalaman pertama di kolej yang baru dimana saya dapat mengoptimumkan kemahiran dan pengatahuan yang saya miliki. (Nama pun kolej baru, semua baru la, tapi orang kata kolej baru tak banyak facilities. Tapi untuk student je kot, kalau lecturer bestla semua barang baru. hehhe)

Last but not least... my final reasons is...

Saya berharap saya bertemu jodoh yang baik disini =) Orang kata jodoh yang baik akan bertemu di tempat yang baik dengan cara yang mulia. InsyaAllah.. Amin Ya Rabbal Alamin =)
(time Cik Lie apply by hand tu, Cik Lie juz jumpa dengan guard & kerani kat Bahagian Sumber Manusia tu aje dan dua-dua mereka bermuka bijak dan bersopan santun. Aish... off record)

Walau dimana pun pemburuan ini berhasil, doakan Cik Lie ye kawan-kawan =)

Wednesday, June 1, 2011

Geng Kenduri

Cuti sekolah datang lagi !!! Ini juga bermakna Musim Kenduri Kahwin datang lagi !!!!!!. Biasalah dalam umur suku abad ni, memang orang kata angka yang paling canteeekkk untuk membina kehidupan baru. Yakinlah, Rezeki+Jodoh+Maut itu ditangan Allah, tapi Usaha di tangan kita. Yosh!! ;) Oklah, Cik Lie bukan nak share pasal hal kahwin-kahwin ni lagi, juz nak share geng-geng yang selalu Cik Lie join pergi kenduri-kenduri member. Meh nak citer ;)



Sebelum Cik Lie bermastautin di Tg.Malim, memang Cik Lie tak pernah join ape-ape gathering yang dianjurkan oleh kawan-kawan zaman kanak-kanak rebina Cik Lie. Kadang-kadang dah di cop 'lupe member'. So, sekarang apabila sirih telah pulang ke gagang, memang takde hal la if nak attend kenduri kendara+reunion. Yang bestnya, bukan takat reunion SKTM, malah Cik Lie join sekali SKHB & SRK Methodist sebabnya diorang ni bila dah sekolah menengah semua kat SMKKJ (Cik Lie sempat 6 bulan je). Even sekejap je, tapi still boleh cam & mesra macam biasa. Yang kelakarnya, bila Cik Lie dah kembali ke TM, diorang semua plak merantau keluar mencari rezeki & menuntut ilmu. Tapi disebabkan memang mereka semua bermukim di sini, pasti pulang juga. Bila dah jumpa tu, pengantin diraikan dalam 5 minit, then kami pun berborak berminit-minit =p

Geng kat atas ni plak adalah kawan-kawan di tempat Cik Lie bermukim sekarang. Not really jugaklah coz Cik Lie dulu bersekolah di kampung. Kiranya ni kawan-kawan di kampunglah. Memang dah jadi tradisi sejak zaman sekolah, tiap kali raya, sure kami akan berkonvoi (time tu dengan motor atuk Cik Lie) pusing-pusing kampung beraya. Now, selain berkonvoi hari raya, konvoi kenduri kahwin plak. Tapi Cik Lie join mana yang sempat je sebab dah jarang di KK. Selalunya, lepas makan kenduri, kami akan sambung sembang di gerai cendol di tepi sungai perak. Memang masyuukk ;) Geng kenduri MRSM & Matrix belum ada lagi sebab masing-masing jauh & Cik Lie amat jarang dapat join. So sorryyy...even kad datang berkeping-keping. (Hope my wedding adalah wakil dari sana. huhuhu~~~)


Cik Lie paling aktif dalam Geng Kenduri UM =) Tak payah nak teruk-teruk plan, siap terus jalan. If tak dapat join, juz say it. Takdelah nak berbakul-bakul alasan. Yang paling best, wedding ni juga boleh dinamakan sebagai 'acara menghadiri kenduri sambil melancong'. hehhehe.. Ini la peluang nak konvoi jalan reramai lepas grad. Banyak jugak tempat yang kami dah round ni. Selalunya sebelum pergi kenduri, kami akan cari hadiah beramai-ramai. Ada jugak yang Cik Lie tak dapat join dan selalunya Cik Lie akan menyelit untuk share hadiah yang selalunya akan dibeli oleh Judeng atau Aep (taste diorang ni best jugak dalam bab hadiah).

Lepas sorang, sorang pula akan naik pelamin dan bermakna makin berkuranglah Geng kenduri. Hanya memori sahajalah yang dapat kita miliki & hargai =)