Tuesday, February 22, 2011

Moga Ukhwah Kekal Selamanya =)

Tetiba rasa nak bercerita tentang teman hidup...


Roomate di MRSM : Cik Lie mula menjejakkan kaki di asrama ketika di Tingkatan 4. Selama 2 tahun Cik Lie ber ‘rumet’ dengan dkny,afnie & una. Kami semua dari kelas yang berlainan & homeroom yang berlainan. So, bila balik sekolah or prep, sure ade je gosip-gosip dan cerita hangat yang akan dikongsi. Selalunya una takkan masuk geng kami sebab una jenis yang kuat study & skema =p kalau nak ponteng prep, menyorok dari riadah atau meraging junior, kami akan plan bertiga bersama ‘penjahat2’ yang lain. Afnie seorang yang pandai melukis. Di MRSM dulu ade budaya kad muhibbah, means kita boleh hantar kad yang maktab kita decorate pada kawan yang di MRSM lain. Nak dijadikan cerita, Cik Lie ade terminat dekat seorang budak dari MRSM di Terengganu ketika menjadi wakil maktab untuk Tunas Saintis peringkat kebangsaan. So, Cik Lie request la kat afnie untuk decorate & design kan kad muhibbah. Tak sangka pulak di approve oleh pihak maktab. Cik Lie dapat reply wish gud luck for SPM. Juz sampai situ jela ceritanya coz lepas die fly ke German, terus dah ghaib. Hehehhe..


Roomate di Matrix Perlis : Bilik yang berkapasiti 8 orang hanya di huni oleh Cik Lie, Yana, Chem & Miezah. Bilik kami adalah di blok yang paling hujung & paling atas. So, bilik kami sentiasa jadi tumpuan rakan-rakan untuk membuat onar & tumpuan mak guard =p Di KMP, hanya ada 1 lecture hayat , 1 lecture fizik dan 9 lecture akaun. Secara jujurnya, kami ni macam bangga jugaklah dalam kumpulan sains kununnye, tambah-tambah waktu lab sebab eksyen dengan lab coat depan budak-budak akaun =p Boleh dikatakan kami ni semua sekepala dan lagu tema kami setiap kali strees ialah ‘Welcome to my life’ dari Simple Plan dan Chem adalah vokalisnya. Bilik kami juga ada balkoni & berhadapan dengan padang. So, setiap petang memang dapat show free la =)

Roomate UM 1st Year : Berkenalan dengan denon & kak diana. Denon sama fak dengan Cik Lie manakala K.diana dari fak Pengajian Islam. Cik Lie & denon memang sangat respect dengan k.diana sebab die sangat suka membaca. Kadang-kadang dihulurnya juga buku pada kami, tapi kami lebih suka dengar die bercerita isi kandungannya saje. Memang malas baca sungguh =p Zaman baru nak mengenal universiti ni memang masing-masing jurus dan bendul. Semua aktiviti kolej join sebab takut dengan ugutan buang kolej. Paling best tika jadi fesi di matrix Pahang. Sweet moment ever =)

Roomate UM 2nd Year : Dengan kuasa Cik Lie sebagai PM (Pembantu Mahasiswa), Cik Lie dapat pilih roomate & bilik yang best. Tapi sayang coz terpaksa melepaskan Kak Diana (sbb die nak duduk dengan coursemate die) dan kami wajib menerima seorang junior. Yey!! Dapat ida yang memang ngam ngan Cik Lie & denon. Pernah sekali tu, kami tengok satu email yang macam pelik bersama-sama. Tiba-tiba terkeluar imej hantu pada skrin komputer. Ape lagi menjerit sakan kami bertiga sampaikan denon tertepis extension menyebabkan computer terus shut down. Nasib baik tak litar pintas.~~~ Time ni dah cerdik sikit dengan environment universiti. Langkah pun dah makin panjang, kawan-kawan pun dah makin ramai.

Roomate UM 3rd Year : Ntah mana silapnya, Cik Lie lambat register bilik dan roomate Cik Lie dulu tak boleh copkan. Maka terpaksalah Cik Lie membawa diri. Huhuhu…tak jauh pun. Masih dalam blok & level yang sama. Juz selang beberapa bilik. Cik Lie berumate dengan 2 senior dari fak sains. (kak lizang & kak azma). Mereka berdua ni baik juz kak lizang ni ade mood & k.azma sangat pendiam & sangat rajin. Bayangkan die seolah-olah macam patung boleh duduk mengadap buku dari lepas subuh sampai petang. Time ni Cik Lie busy dengan tesis & agak tertekan dengan ‘masalah remaja’. Ok je semua, juz takdela aktiviti-aktiviti ‘nakal’ bersama rumet yang boleh dikenang sangat but we still attach each other =)

Housemate UM 3 ½ Year : Mesti pelikkan camne boleh jadi ½ tu. Hehhehe.. sebabnya.. biarlah Cik Lie & orang yang berkenaan sahaja yang tahu. Boleh terima kan alasan tu?? Hehehe.. Disebabkan dah ‘melanjutkan’ sem ni a.k.a extend, priority untuk tinggal di kolej pun takdela. Tapi, bila dah setel cari rumah, dapat plak offer dok kolej. Eh..eh..memang taklah.. lagi pun geng-geng semua pun dah cari rumah sebab nak merasa duduk bujang plak. (kerek kan =p). Bernamakan pangsapuri Teratak Muhibbah, Taman Desa bersama fyna, hana, miezah & kak ely menjadi housemate. Disebabkan Cik Lie dah setel tesis sem lepas & hanya ambil minor class, Cik Lie punyai banyak masa terluang. Dengan itu, Cik Lie ambil peluang bekerja part time sebagai service crew di restaurant, Mid Valley bersama fyna. Tambah plak Cik Lie dibekalkan sebuah motor untuk memudahkan pergerakkan. Walaupun setengah tahun je, tapi 2 kali jugak kami buat open house. 1st time sesi warming house (terharu kawan-kawan datang bacakan yasin) & 2nd sempena hari raya. Kunjungan dari pagi sampai malam, masak sampai 3 trip. Best sangat !!!!

Housemate UPSI : Genap setahun ++ Cik Lie menjadi housemate kepada C’la, Ayu, Tasya & Shida di Taman Bernam Baru ni. Di sini, Cik Lie paling ‘kecik’ sekali & panggilan manja yang diberikan adalah adek lili ;) Diorang semua taknak Cik Lie panggil diorang kakak sebab semua masih single but not available =p Oleh kerana Cik Lie ni berperanan sebagai adek, so kalo ade ape-ape berkaitan hal-hal wanita macam memasak & mengemas ni, evaluation untuk Cik Lie ni tak accurate sangatlah. Cik Lie pun lebih suka diorang rasa macam Cik Lie tak reti ape-ape sebab Cik Lie boleh menumpang kaseh sayang ‘kakak2’ ni. Mereka semua ni adalah dari universiti yang sama iaitu UUM. Mula-mula tu agak rasa terpinggir sebab kalau diorang berborak pun banyak pasal UUM, orang-orang yang Cik Lie tak kenal dan bilik pun mereka split 1 bilik 2 org, juz Cik Lie bilik seorang (advantage pada Cik Lie sebenarnye =p). Tapi yang bestnya, Cik Lie tak perlu terlalu memikirkan sensitiviti coz sebagai ‘orang baru’, ape-ape yang Cik Lie lakukan pun tak jadi tanda soal. Contohnya, weekend Cik Lie memang jarang dirumah coz selalu balik ke kg, melawat sedara-mara dan aktiviti bersama rakan-rakan UM. Kalau di rumah pulak, Cik Lie lebih kerap duduk di bilik layan internet dari mengadap tv. Ini bukan bermakna Cik Lie jenis lone ranger & tak kesah housemate. Sesekali hangout jugak dengan mereka. Kadang-kadang share jugak sukaduka Cik Lie & mereka sungguh tekun mendengar sehingga boleh kenal dah sesiapa yang Cik Lie maksudkan even tak pernah jumpa. Pernah jugak Cik Lie bawak diorang join kawan-kawan Cik Lie di UM dulu makan-makan. Mereka juga sangat prihatin dengan adek lili yang masih solo trang tang tang ni, tapi diorang sangat tensi ngan Cik Lie sebab setiap orang yang diorang rakemen, belum sempat kenal Cik Lie dah rejek. (Sebenarnya, hati belum terbuka lagi) Memilih sangat katanya sampaikan Tasya dah boleh buat check list ciri-ciri lelaki yang Cik Lie suka. Bila dah give up, diorang kata ‘ tak sabarnya nak tengok kad kawen adek lili, macam mana la lelaki yang hebat sangat tu’ (hahhaha.. gerun pulak dengan expectation sinis tu.) =p. So far, Cik Lie rasa seperti sangat disayangi oleh kakak-kakak ini =)