Lawak ANAK kepada pasangan berkahwin.
Setiap perkahwinan itu pasti menginginkan cahaya mata sebagai pelengkap dan pengikat kebahagiaan. Ada yang telah bertahun-tahun berkahwin, tapi masih belum dikurniakan anak. Tidak salah untuk bertanya tetapi janganlah sampai menyentuh faktor biologi atau keturunan yang siapalah kita sebagai manusia untuk menilai. Lebih ‘kejam’ apabila berlawak dengan mengatakan “suami” pasti akan berniat atau terfikir untuk berkahwin lain. (untuk mereka yang telah disahkan tidak dapat mengandung). Maka terjadilah ‘free special offer’ isteri kepada suami untuk berkahwin lain kerana kebahagiaan isteri terletak kepada kebahagiaan suami.
Lawak ANDALUSIA kepada yang belum mempunyai pasangan.
Setinggi mana status, semewah mana harta & se’besi’ mana seseorang wanita itu, mereka masih memerlukan lelaki sebagai pelindung & tempat mencurah kasih sayang. Sudah fitrah wanita itu dijadikan dari rusuk lelaki yang bengkok yang perlu disokong. Janganlah melawak seolah-olah wanita ini terlalu demand sehingga tiada satu makhluk pun yang mampu memuaskan nafsu wanita yang 9 ini. Jodoh itu urusan Allah, kita hanya berusaha. Namun, jika masih belum ada sesiapa yang berjaya menembusi hati, apakan daya. Cinta jika dipaksa, pasti akan merana.
Lawak PENGGANTI kepada mereka yang pernah kecewa.
Kecewa terhadap percintaan yang tidak kesampaian mungkin boleh menyebabkan seseorang itu fobia dan trauma terhadap apa yang telah mereka lalui. Paling bahaya apabila mereka telah menutup hati mereka terus untuk mana-mana lelaki dan menjatuh hukum bahawa semua lelaki itu sama sepeti lelaki yang telah mengecewakan mereka. Tapi, janganlah melawak seolah-olah lelaki yang mereka cintai dulu adalah yang paling teruk dan mereka telah memilih orang yang terkutuk. Anda perlu faham bahawa lelaki itu yang pernah membahagiakannya, tapi bukan anda. Paling tidak bertamadun, apabila anda (lelaki) melawak untuk menjadi pengganti sedangkan anda sudah ada pasangan walaupun wanita yang anda sedang lawakkan itu adalah sahabat anda yang pada fikiran anda jenis ‘tak kesah’. Mereka ini bukannya tidak mahu untuk memulakan sekali lagi, tetapi mungkin kesakitan lama masih terasa & mereka tidak mahu menggunakan istilah ‘rebound relationship’ terutamanya yang hadir pada saat-saat sukar itu dikala hati & perasaan mereka sangat rapuh. Bantulah mereka membina keyakinan semula.
Notes : Berlawak itu ada batasnya. Jika wanita itu tidak menangis di depan anda, sebenarnya dia menangis didalam hatinya & itu lebih pedih dan sakit. Disini saya gunakan istilah wanita, bukan perempuan/gadis. Selamat berfikir =)