Friday, December 31, 2010

Selagi masih diberi masa, ruang & peluang


Thanks so much 2010 for all the laughter & tear. Pray for the very best in coming 2011 (^^,)v

Thursday, December 30, 2010

What do you expect for your new phase ?

Pagi tadi Cik menghadiahkan fave lecturer Cik Lie kad ucapan bestday. Ketika Cik Lie menghulurkan kad tu, dengan gumbira beliau berkata “wajib pergi ni”. Cik Lie jadi blur seketika. Owh....beliau menyangkakan itu adalah kad undangan perkahwinan Cik Lie~~ Secara automatiknya Cik Lie terasa *blushing*.

Teringat pada suatu random conversation with my BBF. Cik Lie bertanya padanya ade tak hangout dengan seorang coursemate kitorang yang memang terkenal dengan hurahurey dan baru beberapa bulan mendirikan rumah tangga. Lebih kurang begini perbualannya :

Cik Lie : Ade kuar ngan ** ?

BBF : Orang dah kawen, mane boleh nak kuar suka hati mcm org bujang.

Cik Lie : Owh..maknanya, kalo nanti dah kawen, dah tak bole kawan la?


BBF : Bukan mcm tu... tapi tak sesuai. Orang yg dah kawen ni slalunya akan kawan dengan org yang dah kawen jugak. Borak pasal hal-hal org dah kawen. Kalau kuar pun lebih kepada famili value. Macam kita yang bujang ni, kita kuar lebih kepada our ownself. Fun untuk diri sendiri. Sebab bile dah kawen, kita dah bukan jadi seorang. Kita dah jadi half & half lagi tu adalah pasangan kita.

Terdiam seketika Cik Lie... Bukan sebab baru tersedar,sebagai perempuan tentu Cik Lie lebih sedar batas-batas setelah bergelar isteri, tapi lebih kepada rasa kagum dengan jawapan yang keluar dari mulut BBF Cik Lie ni yang kalau tengok gaya, em...

Cik Lie juga pernah bertanyakan perihal yang sama kepada housemates Cik Lie. Lebih kurang begini perbualannya :

Cik Lie : Korang tak terasa kehilangan kawan ke bila kawan-kawan korang dah kawen ?

Housemate 1 : Memang la terasa sebab susah nak jumpa & buat perangai gila-gila macam dulu. Kalau ajak keluar pun, dorang lebih prefer pergi taman permainan, taman rekreasi.

Housemate 2 : Betul-betul. Kadang-kadang nak share something pun dah susah sebab pemikiran dah tak sama. Aku pun dah lama tak jumpa kawan-kawan aku yang dah kawen.

Housemate 1 : Biasala tu Cik Lie, umur-umur 24-25 ni memang ko akan rasa camtu. Nanti semua tu akan ok.

Em.. betul tu. Kalau boleh Cik Lie taknak kawan-kawan baik Cik Lie kawen dulu. Actually Cik Lie dah mula rasa effectnya bila besfren Cik Lie sejak zaman kanak-kanak rebina kawen. Dulu sure senang jumpa & share macam-macam. Kadang-kadang tidur sebantal. Tapi sekarang tak pernah lagi~~ Bukan Cik Lie cemburu, Cuma rasa sedih & terasa kehilangan. InsyaAllah... everything will be fine =)

Wednesday, December 29, 2010

ALLAH uji sebab ALLAH sayang

Secara umumnya, ada 4 ujian yang diberikan Allah kepada kita :

1. Ujian Mentaati Perintah ALLAH
Setiap ibadah yang diwajibkan Allah mengandungi hikmah, manfaat dan kebaikan. Akan tetapi hikmah tersebut tidak banyak disebut, sebagai ujian bagi melihat ketaatan manusia melaksanakan perintahNYA. Dengan ini, akan terbukti siapa yang benar-benar mengikuti perintah Allah dan ajaran Rasullullah, dan siapa pula yang derhaka dan mengingkarinya.

2. Ujian Menjauhi Larangan ALLAH
Manusia diberikan pilihan, namun sesuatu yang disenangi oleh nafsu akan menjadi pilihan utama. Yang tinggal cuma keimanan di dalam jiwa yang membatasi manusia daripada melepasi batas sempadan dan had yang ditentukan syariat.

3. Ujian Kebaikan (Nikmat)
Allah menguji hambanya dengan segala nikmat dan kesenangan hidup untuk melihat samaada manusia itu bersyukur atau lalai dengan segala nikmat yang diperolehi. Firman Allah S.W.T yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, sesungguhnya antara isteri-isterimu dan anak-anakmu
ada yang menjadi musuh bagimu. Maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Surah al-Taghabun 64:14)

4. Ujian Keburukan (Musibah)
"Dan sesungguhnya Kami akan berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Mereka itulah golongan yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka, dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk. " (Surah al-Baqarah 2: 155-157)

Monday, December 27, 2010

Wednesday, December 22, 2010

Truth Reveal : Best Boy Friend

Name ONE of your BFF

Juz bagi name timangan je la = Lobita.

How both of you get know each other and become closer ?

Kenal time di bangku universiti tapi tak ingat macam mana mula-mula rapat. Maybe sebab dulu selalu susahkan die kot especially bab servis PC. Comfirm free of charge. Hehhe.. Then maybe we have same interest yang boleh buat kitorang sembang and share each other.

Do your family know about your friendship ?

Ya, dia penah tolong jadi road guard family Cik Lie time family Cik Lie datang KL dan pernah jugak datang rumah. Cik Lie juga pernah sembang dengan family dia. Kitorang jugak penah hangout dengan adik Cik Lie & adik & sepupu dia.

Things you like about him

His mind – mature &positive & simple

His style – clean & smart

His attitude – relax & cool

But, yang paling penting Cik Lie memang rasa sangat selesa dengan dia. If ade ape-ape problem, die tak pernah say what I have to do & don’t. Paling teruk pun die akan pumpang-pumpang bagi advice then suruh Cik Lie fikir sendiri. Cik Lie kenal die dengan baik buruk die & die jugak dapat accept baik buruk Cik Lie. Just to be me & tak perlu compare dengan orang lain

Things you hate about him

Hahhaha..lepas puji-puji melambung nak kutuk plak. Kutuk sket je ek, bukan benci pun. hehehe.. Sometimes cerita lebat tak hengat. Kalau bab noti-noti ni, dialah paling hot seantero dunia =p Sometimes , mamat ni terlampau spesifik jugak. Die akan tanya macam-macam sampai Cik Lie tak boleh sorok sikit pun sampai die clear . Die pun suke kutuk Cik Lie jugak depan-depan. Ade skali tu, member Cik Lie bagi main PSP yang games die agak keperempuanan, terus die cakap, “ala.. die mana tau main mainan camtu, kecik-kecik lagi perangai cam laki”. Paling memang nak cari gado die kutuk Cik Lie sebab suka lagu jiwang kunun die tu punk & metal sangat la. Xde rupe pun~~~

Upload a best picture about your friendship

Gambar ni diambil tahun 2007 kalau tak silap. Time tu Cik Lie baru lepas kena dump dengan seseorang. Time tu jugak ada majlis di kolej. Orang lain sibuk bermajlis, dia & seorang lagi my angel tried so hard to comfort me yang time tu 1st time nangis depan orang. Tak sedar ade paparazzi yang snap pic ni. Thanks ;)

Upload a sweetest picture

Gambar ni diambil time open house raya aidilfitri kat rumah die. Yang Cik Lie dukung tu his niece. Baru-baru ni Cik Lie singgah rumah die sebelum pergi wedding our senior, tengok dah besar dah alisya ni =)

How about other friends say about your friendship ?

Diorang yang kenal kitorang ok je sebab sepanjang persahabatan kitorang ni, tak pernah pulak ade gosip-gosip liar or kontroversi berkaitan kitorang. Setakat ni jugak tak pernah Cik Lie terima ape-ape ugutan atau confession dari pihak lain yang tak suka kitorang rapat.

Do you have fall in love with him ?

Honestly, our love story pun lebih kurang same je tragiknye. Masing-masing dah single. So, we respect each other & selepas semua yang berlaku, we both dapat conclusion “takmo dah kapel-kapel, dah yakin & cukup duit, kawen trus”. For me, jodoh tu urusan Allah. If he is the best for me, Alhamdulillah coz kami dah kenal lama & hepi dengan perjalanan perkenalan kami. If not, Alhamdullillah.. Cik Lie ada sebuah seorang sahabat yang baik & persahabatan yang bermakna =)

Best gift you have received from him

FRIENDSHIP. Terlalu banyak yang Cik Lie terima dari die yang if die ungkit satu-satu, nyawa pun tak mampu Cik Lie redeemkan. Alhamdulillah.. dia selalu ada tak kira Cik Lie tengah happy or sedih. Roger je. Kalau tak dapat pun, die tak pernah beri alasan dan berdolak dalik. Dia memang tahu Cik Lie paling tak suka orang menipu

Konkulasinya, Cik Lie tak nak ubah ape-ape & sangat hargai dengan apa yang Cik Lie dah ada. I don’t ask for more. To others, its juz my confession & korang pun tau our friendship & its juz for fun. Korang pun special jugak, bkn hanya di dalam blog ni. Tapi yang paling penting dalam hati =) em.. rasa mcm nak tag kat kudozu & buSYUk la. Hehhehe…

Wednesday, December 15, 2010

Inspired by...



Imagination is powerful than knowledge

Saturday, December 11, 2010

Love means letting go

Q : You know why I mess You so damn much ???
A : Because I miss You the most everytime when I see others getting married because you are the 1st i've been dream of it & with you I create our child name.

Thursday, December 9, 2010

special dedication for my luv



There’ll be days
We’ll be on different sides but
That doesn’t last too long
We find ways to get it on track
And know how to turn back on


Sometimes I feel
I can’t keep it together
Then you hold me close
And you make it better
When I’m with you
I can feel so unbreakable


Cause it's us against the world
You and me against them all
If you listen to these words
Know that we are standing tall

Saturday, December 4, 2010

Thursday, December 2, 2010

Lawak Yang Tak Kelakar Langsung

Lawak ANAK kepada pasangan berkahwin.

Setiap perkahwinan itu pasti menginginkan cahaya mata sebagai pelengkap dan pengikat kebahagiaan. Ada yang telah bertahun-tahun berkahwin, tapi masih belum dikurniakan anak. Tidak salah untuk bertanya tetapi janganlah sampai menyentuh faktor biologi atau keturunan yang siapalah kita sebagai manusia untuk menilai. Lebih ‘kejam’ apabila berlawak dengan mengatakan “suami” pasti akan berniat atau terfikir untuk berkahwin lain. (untuk mereka yang telah disahkan tidak dapat mengandung). Maka terjadilah ‘free special offer’ isteri kepada suami untuk berkahwin lain kerana kebahagiaan isteri terletak kepada kebahagiaan suami.

Lawak ANDALUSIA kepada yang belum mempunyai pasangan.

Setinggi mana status, semewah mana harta & se’besi’ mana seseorang wanita itu, mereka masih memerlukan lelaki sebagai pelindung & tempat mencurah kasih sayang. Sudah fitrah wanita itu dijadikan dari rusuk lelaki yang bengkok yang perlu disokong. Janganlah melawak seolah-olah wanita ini terlalu demand sehingga tiada satu makhluk pun yang mampu memuaskan nafsu wanita yang 9 ini. Jodoh itu urusan Allah, kita hanya berusaha. Namun, jika masih belum ada sesiapa yang berjaya menembusi hati, apakan daya. Cinta jika dipaksa, pasti akan merana.

Lawak PENGGANTI kepada mereka yang pernah kecewa.

Kecewa terhadap percintaan yang tidak kesampaian mungkin boleh menyebabkan seseorang itu fobia dan trauma terhadap apa yang telah mereka lalui. Paling bahaya apabila mereka telah menutup hati mereka terus untuk mana-mana lelaki dan menjatuh hukum bahawa semua lelaki itu sama sepeti lelaki yang telah mengecewakan mereka. Tapi, janganlah melawak seolah-olah lelaki yang mereka cintai dulu adalah yang paling teruk dan mereka telah memilih orang yang terkutuk. Anda perlu faham bahawa lelaki itu yang pernah membahagiakannya, tapi bukan anda. Paling tidak bertamadun, apabila anda (lelaki) melawak untuk menjadi pengganti sedangkan anda sudah ada pasangan walaupun wanita yang anda sedang lawakkan itu adalah sahabat anda yang pada fikiran anda jenis ‘tak kesah’. Mereka ini bukannya tidak mahu untuk memulakan sekali lagi, tetapi mungkin kesakitan lama masih terasa & mereka tidak mahu menggunakan istilah ‘rebound relationship’ terutamanya yang hadir pada saat-saat sukar itu dikala hati & perasaan mereka sangat rapuh. Bantulah mereka membina keyakinan semula.

Notes : Berlawak itu ada batasnya. Jika wanita itu tidak menangis di depan anda, sebenarnya dia menangis didalam hatinya & itu lebih pedih dan sakit. Disini saya gunakan istilah wanita, bukan perempuan/gadis. Selamat berfikir =)

Monday, November 29, 2010

Alhamdulillah... No Other Words =)

Kejayaan Itu Milik Allah. Moga Kejayaan Ini Tidak Membuatkan Cik Lie Lalai & Membawa Kebaikan Untuk Diri Cik Lie Dan Masyarakat Sekeliling

Terima kasih kepada famili, guru-guru, rakan-rakan dan insan-insan sekeliling di atas doa, sokongan serta 'mereka' yang telah menjadikan Cik Lie seorang yang kuat seperti hari ini.

Sunday, November 28, 2010

Wonderful Week =)

Dari 23/11/2010 hingga 27/11/2010, Cik Lie dan research teammates Cik Lie yang terdiri daripada Pensyarah : Dr. Mai, Pn.Saadah, Pn. Nadia, Cik Amily dan Pelajar Master : Cik Lie, En. Ron & Ckg.Azhar perlu berkampung di KL kerana meeting + discussing + training untuk projek research kami yang bertajuk " Icon Design And Development For Children Product : Collecting Analyzing And Presenting Usability Metrics From Children Experience" Perkampungan kami fully sponsored by UPSI menggunakan grant projek ni yang bernilai RM 30 000. Cik Lie adalah RA (Research Assistant) untuk projek ni. Lagipun, part of my thesis berkaitan dengan projek ni. Kat sini Cik Lie share sikit-sikit pasal perkampungan Cik Lie selama seminggu ni ye.. =)

Part 1 : Berkampung di De’ Palma Hotel, Ampang

This is my 1st time drive ke KL secara solo. Preparation mengalahkan mahu tinggal setahun. Penuh bonet my genesys, kelisa yang comel =p. Cik Lie check in dalam jam 6 ptg. Agak surprised kerana dapat bilik seorang yang for me cukup selesa ( 1 malam = RM 167). Kalau Cik Lie tahu macam ni, sure Cik Lie angkut sekali family. Masalahnye, Cik Lie tak expect pun macam ni. Ingatkan kongsi. Bekalan makanan untuk seminggu dalam fridge tu pun Cik Lie bawak sendiri. Huhhuhu~~~ View dari bilik Cik Lie pula betul-betul mengadap bandar KL yang menimbulkan kegerunan Cik Lie untuk kemana-mana tanpa GPS. Agak boring juga duduk dalam bilik hotel sensorang. Nasib baik la ade internet & TV. Paling bosan pun, Cik Lie jalan-jalan kat Ampang Point. Yang bestnye, dapat breakfast free. Memang tak mampu kot nak makan dalam hotel ni. Pernah sekali order jus RM 10.50. adeh~~~

Part 2 : Masa Untuk Bekerja

Kalau ikut jadual aktiviti, memang pack. Tapi, bila lecturer pun jenis sporting, bekerja pun dalam keadaan yang rileks & enjoy. Yey!! Pada 24 & 25, kami semua menghadiri symposium : Engaging Learners With Teaching Innovations yang diadakan di varsity kesayangan ku, Universiti Malaya. Pada sysmposium ni, kami mendengar presentation dari pelajar Master & PhD UM yang membuatkan Cik Lie rasa, Ya! I am proud to be UM alumni =) Keesokan harinya pula kami menghadiri workshop training untuk SMARTBoard. My core part for my thesis. So far ok coz Cik Lie dah pernah explore benda alah ni. Petangnya, kami shoot ke PWTC untuk attend APERA (Asian Pacific Educational Research Assosiation) conference. I hope one day I will be one of the presenter there, amin… =) Pada pagi Jumaat pula, Cik Lie perlu present findings yang Cik Lie dah kumpul untuk projek ni pada teammates . Akhirnya kami dah dapat framework, guidelines & what we have to do next. Siap buat testing dengan anak En.Azhar berkenaan icon. Hehhe.. Kami juga dah dapat merancang untuk mempromosi projek ni pada pertandingan-pertandingan yang akan membantu Cik Lie defence untuk viva nanti. Alhamdulillah… objektif perkampungan ini tercapai. =) Ya Allah.. permudahkanlah segala urusan kami.. Amin..

Part 3 : Masa Untuk Merapatkan Silaraturrahim

Waktu ni la Cik Lie dapat mengenali pensyarah-pensyarah Cik Lie secara dekat. Bukan setakat tu, siap kenal family sekali. Cik Lie hanya pernah belajar dengan Dr,Mai sahaja manakala Cik Amily, Pn.Nadia & Pn.Adah adalah lecturer untuk degree student. Ha..time ni lah boleh dengar gossip-gosip fakulti. =p Kesimpulannya, mengajar tu sangat enjoy, tetapi bab management tu yang banyak buat lecturer stress & sakit jiwa. Huhuuhu… Even tak sampai seminggu pun, dah rasa rapat sampaikan ade lecturer Cik Lie tu dah bahasakan dirinya akak. Siap share love story lagi. Cik Lie pn layan la. Ambil ikhtibar. Ehhehe.. Perkampungan ni boleh diketegorikan juga sebagai vacation juga sebab dengan rela hati En.Ron selaku driver Lancer bawa kami round-round KL sehingga ke Kajang untuk layan Satay Kajang yang asli terbaik dari ladang. Smart juga Lancer ni, tapi Cik Lie tak berapa berkenan kat bahagian depan die sebab mcm ikan jerung kene potong mulut je rupenye. Hahhhaa… Tapi bahagian dalam memang smart. I like !!!!

Part 4 : Bergather-gather with my BFF

Actually, tak ramai yang tahu Cik Lie akan ke KL sebab Cik Lie rasa macam takde chance pun nak hurahurey. Dahla weekday, time semua sibuk bekerja. Jadual yang mula-mula Cik Lie dapat pun sangat pack. So, semuanya unplanned. Tapi ade sekali tu, tiba-tiba lecturer Cik Lie nak buat meeting pada belah malam yang sepatutnya waktu tu free dan Cik Lie dah ada plan dengan fyna, wan & aep untuk gather-gather. Dengan mengada-ngadanya, Cik Lie bersuara.. “ala… laili ade nak jumpa member malam ni” (sungguh jujur & berani). Mula-mula ingat macam xdapat, then Dr.Mai membalasnya, “ok, juz kami-kami je yang discuss malam ni. Tapi kami pun nak kenal jugak ‘member’ tu”. Wwwuuuhhuuu… blushing-blushing~~ YEY!!! I am free tonite !!!! Dalam pukul 6, fyna fetch kat hotel. Rasa macam nak makan shushi kat seksyen 14, PJ. Ajak sekali zila & syu join. Sorila kaco budak-budak medic ni nak study malam ni. =p Unfortunately, wan & aep bagitau yang depe tak dapat join. Wan baru abis training yang sangat memenatkan. Aep pulak, dia ingat nak fetch Cik Lie kat hotel coz die dah heading ke tempat Cik Lie. Takkan nak pusing balik. Die pun baru balik kerja pukul 8. Takpela, Cik lie memang paham. Dah ade niat nak jumpe tu pun dah cukup makes me happy =) so, tonite is ladies nite. Hehhe.. Memori yang tak boleh lupa, zila suruh try 1 sushi ni. Unagi (ikan belut) slice. Yup, rasa macam ikan keli. Tengah syok-syok tu, ternampak 1 notes yang dalam pic tu. Bila ternampak unagi slice (alcohol content <0.05%) style="font-size: 11pt; line-height: 115%; font-family: "Calibri","sans-serif";">terus rasa pening-pening. Hahahha.. zila cakap “takpela, atleast dapat merasa”. Suke hati die jeeeeeeeee… Keesokan malamnya pula, zila call ajak pergi Mid Valley. Yey!!! Kali ni budak-budak medic ni plak kaco kita. Hahaha.. Judeng pun join skali. Alang-alang die ade kerja kat KL Sentral. Janji pukul 8, dalam pukul 9 baru Judeng sampai. Stuck katanya, siap kereta kena block~~ Plan nak dinner kat Carl’s Junior, full house~~ Then, gerak ke Jusco yang ade jual laksa penang yang best tu, sold out~~. Last-last ke Nando. Em..bila geng ganu bergabung (judeng, syu & zila), Cik Lie & fyna juz jadi pendengar setia la. Hahhaha.. Nway, thanks for the great moment ;) For bff yang tak sempat jumpe tu, dun majuk-majuk, ade rezeki & chance kt jumpe ye. InsyaAllah =)