Sunday, March 24, 2013

Untuk 'kamu' =)


Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana
Maafkan aku bila hasratku keliru

Wednesday, March 20, 2013

Herbalife vs 1 hari 1 resepi

Oh tidakk...oh tidakk..oh tidak... makin hari rasa diameter muka makin membesar. Saiz baju 36 dah kena tukar 38. Tahap kemalasan berganda-ganda. Tu belum masuk bab ditegur oleh mereka-mereka yang concern & caring tentang pembesaran ini. Oh tidak..oh tidak..oh tidak,... Bila Cik Lie 'merungut' berkenaan masalah ini pada yang berhampiran, diorang cakap mane ade... usah mengade la.... Emm.. maybe sebab diorang tengok Cik Lie hari-hari. Maka, tak perasan sangat.

Kat FB sekarang dah jadi macam trend pulak penjualan produk-produk kecantikan, pelansingan & lain-lain. Naik takut pun ade. Macam orang dah obses sangat. Cik Lie ni risau pasal pembesaran ni bukan sebab kecantikan sangat (sangat? ade la jugak kan?). Tapi more kepada kesihatan. Mana taknya, jalan jauh sikit dah semput. huahuahuaaa.. So, Cik Lie pun usha la 3 produk yang agak establish & boleh dipercayai. Dari 3 produk tu Cik Lie pilih Herbalife sebab tak banyak pantang & tak mahal sangat.


Maka, setelah membuat keputusan, Cik Lie contact la my ex-schoolmate kat MRSM dulu. Dia selalu la post kat FB dia pasal kepuasan hatinya pada produk ni. Lagi pun kitorang sekampung & famili kenal jugakla. So, boleh percaya la.
Memula dia nak suggest kat Cik Lie, dia timbang dulu Cik Lie dengan penimbang yang agak special sikit. Dari bacaan tu, Cik Lie memang dah dalam ketegori gemuk. Belum sampai obesiti la. hohoho... Nak dapat ideal weight, Cik Lie kena turun 6kg lagi. Badan Cik Lie kurang air. Yang paling tak tahan, stamina & metabolisma Cik Lie 10 tahun lebih tua dari umur asal. huahuahuaaaaaa~~~ Tapi yang best, protein dan pembinaan otat serta lemak pada organ pada tahap terbai. Yeyyy!!! So, Cik Lie test dalam sebulan ni. Kawan Cik Lie pun selalu pantau & tanya progress Cik Lie macam mana. Tapi secara jujurnya, benda ni TAK SEDAPPPPP!!! hope bolehla setel dalam sebulan ni. Selain amik benda alah ni, Cik Lie cuba untuk exercise setiap pagi. Kalau tak joging pun, Cik Lie basuh kereta, menari ikut step kat YouTube (sangat kayuuu okeeyy. At least tak payah beli Xbox. jimat!!), buat kerja rumah, merumput atau main badminton dengan housemate. Teruskan usaha!! Yooossshhh untuk diri sendiri!!! =)

Berkadaran dengan tekad nak kurus ni. tiba-tiba minat memasak membuak-buah. Ahh..sudah... dugaan betul. Tapi.. minat ni bukan selalu datang. Jaaarrrraaannnggg sekali. Housemate Cik Lie pun ade di rumah minggu ni. So, semangat la jugak sebab ada orang yang makan. Kalau biasa, dok sensorang kat umah, better beli je. Sedar tak sedar, sepanjang minggu ni Cik Lie tak pernah makan kat luar. Teruja betulllllll & sangat impress dengan diri sendiri. Secara jujurnya, Cik Lie memang bukan orang dapur. Bila Cik Lie kenal lelaki yang tahu bab-bab dapur ni, memang respect & admire la. Hehehe...so far, tak pernah berkawan dengan mana-mana chef (ayat penyata tanpa maksud tersirat). Then, bila rasa masakan sendiri, memang rasa nak nangis sebab macam tak sangka boleh masak masakan yang diterima perut dan lidah. Tambah pulak kalau ada yang memuji. Haish...takleh kata apelaaaaaaaaaaa =p 

Resepi tu Cik Lie banyak recall yang mak Cik Lie ajar je disamping tunjuk ajar Buku 1 hari 1 resepi dari Chef Hanieliza. Senang & bahan-bahan dia taklah pelik sangat. hehhehe... Mak Cik Lie pun agak teruja bila tahu hal ini dan mula la pikir lain. (-_-"). Sabar mak... doakan je yang terbaik..


Haaa... so how??? mampu kuruskah jika begini keadaannya. Tunggu resultnya hujung bulan ni. Yooossshhh!!!

Monday, March 18, 2013

Crush!! Crush!! Crush!!

Aha..last entry bajet macam nak post berdas-das. Tapi entahlah...macam takde mood nak tulis.. Spirit down. Macam last entry jugak la..february syndrom gamaknye. Hwarrgghhhh~~~~ Em.. bukan ape, sometimes ade certain things yang kita nak share dengan specific person je,tapi... kadang-kadang kita rasa  the 'specific person' tak excited pun nak tau & share. Soooo..pujuk lah diri sendiri. How??? kita carilah seseorang yang kita tak perlu cerita panjang-panjang pun, tapi dia boleh cerita &nasihat & buat kita berfikir & buat kita tersenyum semula. Nak tahu siapa yang Cik Lie maksudkan? jeng jeng jenggggggg....


Aiman Azlan. Cik Lie baru bertemu beliau ketika sedang bersiar-siar di laman You Tube. Besih & suci sungguh muka mamat ni. Kebanyakkan Vlog yang dihasilkan adalah dari soalan yang dikemukakan melalui email. Orang Kelantan & belajar Psikologi kat Universiti Toronto, Canada. Patutla approach yang dia guna lebih 'soft'. Bahasa Inggeris dia sangat best. Kadang-kadang touching pulak especially "Tribute to my mom" dan "Incomplete". Emm... susah-susah sangat korang klik sini: aimanazlan90 channel . Kalau nak usha blog, klik Aiman Azlan. Fan page: Aiman Azlan

Anuar Hadi. Emm.. takdela follow video dia sangat sebab kurang ensem kot. huahuahuaaaa!!!! Takdela.. sometimes topik dia macam berat sikit. Tapi Cik Lie respect sebab dia memang rajin membaca & banyak benda dia tahu. Sebab tu dia boleh study TESL sampai ke Sydney. Video dia yang paling Cik Lie tak tahan #6 EwwW. Nak lebih, usha IniAnwarHadi channel. Blog tak sure, tapi fan page: IniAnwarHadi. Tu pun Cik Lie tak like. Kurang minat kan... hahhaha.. Tapi I still respect toing toing you bro!!!


Ahaaaa... he is my most favorite. Semua video dia Cik Lie dah layan. Ada sampai dah hafal skrip kot. kehkehkeh.. Sukesuki hati dia je nak cakap ape pun tapi semua make sense. No fave video sebab Cik Lie rasa semuanya best.So korang usha la kat matluthfi90's channel. Keluaran Curtin University, Perth dalam School of Built Environment. (architecture la kot). Blog dia: . ni semut. dia cakap dia takde FB page & twitter. Tapi Cik Lie like & follow jugak walau siapa pun admin nye. Dah suka kannnnnnnnnnnn =p


First impression about this guy, poyo gile dokte ni. Suka amik gamba sendiri depan cermin dengan pose camtu. hahahah... tapi yang peliknya, kenapa ramai kawan-kawan Cik Lie kat instagram like post dia. Cik Lie pun usha la... wahwahwahhhhh.... korang usha sendiri la kat ID dranwarfazal & Cik Lie harap korang pun rasa apa yang Cik Lie rasa terutamanya bila melibatkan hati, perasaan & cinta. Boleh jadi dokte cinta jugak ni. Untungla patient-patient kat Hospital Kuala Lumpur kannnnn.. Cik Lie tak follow FB dia sebab dia kena add friend. So, just follow blog: @ through myriad eyes tak pun twitter @DrAnwarFazal.


Huhu... cukup dah la kuota 4 Cik Lie ni. Kalau sehari tak view diorang ni, rasa tak complete plak hidup. Parok...parok.. tapi mana la tau kannnn.... semua pun single lagi. kehkehkehhhh. peace!!