Tuesday, October 30, 2012

Perasaan atau perasan ?


Perempuan itu banyak sedihnya. 
Namun kecewanya hanya satu.

Sunday, October 21, 2012

Soalan yang payah nak jawab

2 soalan yang Cik Lie susah nak jawab ialah..
1. Tengah buat ape kat UPSI? Lepas ni nak posting mane?
2. Ofis dekat mane?

Adeh...gagap jugak nak menjawab. Sebabnye... untuk soalan yang 1st tu, orang susah nak percaya, manusia yang kenit & perangai keanak-anakkan ini sedang mengikuti ijazah kedoktoran semester 2. Susah nak explain sebabnya kalau kita degree, senang je cakap. Benda comman. Tapi..kalau kita mula mengaku, akan banyak soalan-soalan rantaian yang silap cakap boleh dianggap riak pulak sedangkan Cik Lie tak berniat macam tu pun. Pernah sekali, sewaktu Cik Lie sedang mengisi minyak, seorang pump attendant menghampiri Cik Lie & bertanyakan perihal ini,. Tapi pakcik ni ada kesimpulan sendiri. "Ambil degree ye? nanti amik wudhu, baca selawat sapu kat mata bagi cerah sikit. Senang nak belajar'. Huhu.. Cik Lie angguk dan ucap terima kasih je =)

Untuk soalan no.2, patutnya RA (Research Assistant) kena duduk dalam satu bilik yang di khaskan di UPSI mengikut fakulti. Tapi Cik Lie malas.. Cik Lie lebih selesa buat kerja dari rumah. Pagi-pagi punch in. Cukup 9 jam punch out. Boss Cik Lie pun ok je. Tapi ikutkan memang salah.. So, bila ada yang bertanya Cik Lie akan 'menipu' cakap ofis di Pentagon (banggunan dalam kampus UPSI yang bentuk segi 5). Memang tak jumpa la kalau cari Cik Lie kat situ~~~

Research discussion session. Teammates: Dr.Mai, Dr.Goh, Dr. Rosmah, Dr.Wong & Siti (RA)

Wedding old best buddy, Adzhar & pasangannya Syazween. 1st we become friend waktu Tunas Saintis Competition di MRSM Kulim tahun 2003. Cik Lie & mahirah wakil MRSM Lenggong & dia, hawa&aida wakil tuan rumah. Then kitorang sama-sama study kat UM. Pernah 1 sem tu Cik Lie selalu pergi 3rd college mintak die ajarkan math. Dapat A- tauuuu... hehehhe
 
Ha... satu lagi soalan yang payah nak jawab 'Bila nak kawin?'. Tapi Cik Lie dah de jawapannya iaitu.. "kalau saya lelaki, hari ni jugak saya pergi meminang". huhuhu.. anyway, congratz pada my best buddy, adzhar. Moga beroleh keluarga sakinah+mawaddah+warahmah =)

Sunday, October 7, 2012

Ulang Tahun ke 26


Hepi Bestday To Me =) wah...26 sudah usianya 031012. Terima kasih pada semua yang wish bday & atas doanya. Rasanya dah cukup or lebih 44 orang yang wish "moga cepat kawen". wooaapp woooaapp!!! (tetibe pipi merah tanpa dipinta). Celebration tahun ni? As usual coz still bujang terang lagi bersuluh. Ape-ape pun Cik Lie masih bersyukur kerana masih mempunyai kesayangan-kesayangan yang walaupun jauh dimata tetapi tetap dekat di teknologi. Heee.. Juz nak share & highlight sesuatu di sini. Lets check it out!!!

Self Gift



Samsung Galaxy S Advance Cik Lie telah dikebas orang seminggu sebelum my birthday. 5 hari juga Cik Lie hidup tanpa handphone & 2 hari menggunakan handphone lama Cik Lie. Sungguh bertabah kan? Akhirnya, dengan keputusan yang nekad dan nice preview dari kengkawan, Cik Lie telah memejamkan mata menghadiahkan diri Cik Lie Sony Xperia P sempena usia 26 ini. Nak harapkan hantaran? Memang harapannnn laaa.. hehehe.. Someone said, "Self gift is far more appreciated".

Birthday Celebration

Tahun ni Cik Lie agak special kerana diraikan oleh my students (Diploma Pembangunan Permainan). Bukan semuala, tapi 'geng-geng kita aje' yang dulunya Cik Lie 'berangin' sikit dengan diorang ni sebab pemalas tahap panda & loyar buruk tak habis-habis. Rasa nyesal plak sebab bagi diorang markah sikit dulu. =p Bagus jugak, kiranya ni bukan rasuahla kan?? Saaayyyaaannnggg korang <3 p="p">


Konvokesyen Best Buddy

Congratulation to my best buddy Syu, Zila & Zuri coz berjaya bergelar seorang DOKTOR. Cik Lie sangat bangga dengan korang. 7 tahun bukan suatu masa yang singkat dan macam-macam telah korang lalui yang kadang-kadang buat friendship kita jadi huru-hara. Cik Lie juga banyak terhutang budi dengan korang atas segala yang pernah berlaku dulu. InsyaAllah, kita doakan yang terbaik untuk kita semua. Moga terus berjaya & bahagia dunia akhirat.


Hepi Bestday too "Comfort Friendzone". Thanks For Everything =)

-300912-