Seperti yang Cik Lie katakan diatas, ia adalah tidak sengaja. Ini kerana hal ini terjadi kerana Cik Lie sangat jatuh hati dengan ke-gentle-an, ke-loyal-an dan ke-patience-an beliau. Hal yang pada mulanya niat mahu bergurau & bermain telah bertukar mencadi serius apabila ramai yang 'like' dan 'comment' secara berdas-das. Ada juga yang terus private message & YM Cik Lie bertanya kesahihan pengakuan berani mati ini. Mereka memikirkan Cik Lie telah 'buang tebiat' di kala 2 kali kekecewaan lalu. Mana yang bertanya Cik Lie jawab sejujurnya ia hanyalah propa mencari publisiti murahan. Mungkin kerana Nazim Othman adalah nama yang agak asing, namun pada yang pernah menonton Dejavu Di Kinabalu & Kau Yang Terindah, pasti kenal mamat ni:
Dari tajuk diatas, Cik Lie simpulkan atas rasa fitrah semula jadi manusia iaitu 'jatuh hati', dizahirkan secara terbuka dan akhirnya menjadi fitnah apabila ramai yang mempercayai ianya benar-benar berlaku. Cik Lie beruntung kerana ramai kawan-kawan rapat Cik Lie lebih faham Cik Lie dengan bertanya dahulu tanpa mempercayai 100% apa yang Cik Lie post tu. Dari satu sudut yang lain pula, Cik Lie juga bersyukur kerana mereka yang 'like' & 'comment' tu mendoakan kebahagiaan Cik Lie termasuklah 'bakal-bakal kak ipar Cik Lie yang tak jadi dulu'. Dan yang paling nyata, perkara ni telah membawa anjakan paradigma apabila 'orang depan rumah' telah mula sentap dan mencari jalan untuk berbaik dengan Cik Lie. Itu pun setelah kakaknya menghantar private message kepada Cik Lie berbunyi:
Memang 'give me 5' la kak!!! Pap!!! Seriyes.. Cik Lie mulanya takde pun niat nak cari pasal tapi kalau benda ni boleh memperbaiki keadaan atau mungkin menjadi petunjuk kepada sesuatu yang lebih baik, why not kan... Kadang-kadang kita perlu cara yang agak 'menyakitkan' untuk memberi kesedaran pada mereka yang telah menyakiti kita. Bukan atas nama balas dendam, tapi pengajaran. Paling tidak, ia tidak berlaku pada orang lain...