Tuesday, August 28, 2012

Meraikan Cinta Mereka


Kepada sesiapa yang pernah mengikuti entri What a Beautiful Day & 3 in 1 punya cerita, pasti dapat mengikuti flow ini seterusnya. Setelah 7 tahun berkawan, bertarikhkan 24/8/2012, adik angkat Cik Lie, Syed Mohd Safwan sah menjadi suami kepada Nur Athirah dengan sekali lafaz. Alhamdulillah... You are the man!!!! Tak sia-sia jadi adik Cik Lie. Tapi muka cuak tu memang tak boleh sorok la. hehehhe...

Majlis resepsi belah perempuan berlangsung pada keesokkan harinya di kediamannya di Bukit Rangin, Kuantan. Manakala belah lelaki pada keesokannya pula di Taman Seri Setia, Pekan. Untunglah dapat orang senegeri =) Bercerita mengenai perbezaan majlis kenduri antara Pahang & Perak, Cik Lie rasa macam lebih kurang sama je. Yang berbeza mungkin dari segi makanan. Lagipun keluarga atie ni bukan pure pahang pun. Asalannya ganu kiteee. Sepanjang 4 hari 3 malam Cik Lie stay di rumah atie, lidah Cik Lie pun automatik terbelit bahasa Terengganu sikit-sikit. Sepupu-sepupu die pun memang boleh ngam dengan Cik Lie macam dah lama kenal. Walaupun asalnya yang adik angkatnya adalah Wan, tapi Cik Lie lebih rapat dengan keluarga Atie, sebabnya tak eloklah Cik Lie nak stay rumah Wan sebab dia lelaki. Lagipun kerja banyak dibelah perempuan. Tapi Cik Lie sempat ziarah keluarga Wan pada malam selepas majlis resepsi perempuan dan menolong memasukkan barang-barang goodie. Famili Wan pun okey jugak. Kira memang Cik Lie tak rasa macam orang asinglah berada di sini walaupun Cik Lie datang seorang je ni dengan bas yang 8 jam perjalanannya. Sakit segala urat saraf dibuatnya~~


Trivia
Tema nikah: Fully cream
Tema resepsi sebelah perempuan: Pink
Tema resepsi sebelah lelaki: Hijau
Tempat Photoshoot: Taman Gelora, Kuantan
Hantaran: 7 balas 9

Honestly, dalam kegembiraan, Cik Lie rasa sedih jugak... Cik Lie rasa macam kehilangan. Terutamanya terasa kehilangan Wan. Selama 7 tahun kenal, apa-apa hal Cik Lie la tempat rujukannya, dan pada dia jugalah Cik Lie berkongsi cerita terutamanya hal berkaitan hati. Memang hubungan ni seperti kakak dan adik. Dia sanggup datang dari jauh untuk raikan konvo Cik Lie. Kalau Cik Lie sedih atau bad mood, dia lah bahu tempat Cik Lie menangis dan badut buat Cik Lie ketawa. Bukan lah lepas ni Cik Lie maksudkan perhubungan ni akan putus, cuma perlu lebih batasan. Cik Lie juga dah beri amaran padanya lepas ni don't worry about me macam dulu-dulu. Jaga hati isteri. Walaupun Atie juga rapat dengan Cik Lie, sebagai wanita ia tetap sesuatu yang perlu dielakkan.

Cuma ada 1cara je untuk kami ubah perhubungan ni menjadi sesuatu yang lebih kekal & murni, iaitu menjadi adik beradik-ipar. Jeng...jeng..jeng... Bagaimanakah??? Seperti dalam entri diatas, Atie ada seorang abang yang sebaya Cik Lie. Kami tak lah rapat. Juz friend di FB. Nombor telefon pun tak pernah ada. Walaupun kami ni masing-masing telah solo, Cik Lie lebih selesa untuk anggap dia sebagai 'Crush' sahaja. Kadangkala itu lebih baik sebab tiada pengharapan. Walaupun ada yang nak menjadi 'match-maker', Cik Lie lebih selesa dalam friendzone buat masa ni. Cuma, pertemuan kami kali ke 3 ni lebih santai & mesra berbanding pertemuan kali pertama & kedua dulu. Lagipun dia ni jenis yang agak misteri, pendiam dan sukar dijangkakan. Atleast Cik Lie dapat melupakan kekecewaan Cik Lie bila ada 'pemandangan baru' ni. hehhehe.. Jodoh itu rahsia Allah... Doa-doakan yang terbaik sahaja, InsyaAllah =)

Stop getting attached to people so fast, because attachments lead to expectations and expectations lead to disappointments..

Perbezaan ketara setelah 2 tahun ialah dia makin kurus manakala Cik Lie makin kembang. Duuuhhh...duuh...duuuhhh...




Monday, August 13, 2012

Apabila senior menasihati juniornya


Sudah hampir 3 minggu kemelut masalah jiwa-jiwa Cik Lie berlarutan. Kadang-kadang Cik Lie rasa seperti 'lost' dan hilang fokus. Nampak sangat lemah sungguh Cik Lie berkaitan hal-hal jiwa ni... Namun, seperti yang Cik Lie selalu ucapkan, Cik Lie amat bersyukur kerana dikelilingi rakan-rakan yang sangat sayang dan mengambil berat perihal Cik Lie. Walaupun tak bertentang mata, namun sentiasa dekat di teknologi. Acehhh... Cik Lie bukannya mengadu domba menjaja cerita mahu mereka menyelesaikan masalah Cik Lie pun, Cik Lie hanya mahukan 'wisdom words' dari mereka untuk kembalikan semangat Cik Lie kembali.

Disini Cik Lie share nasihat seorang senior Cik Lie ketika di UM dulu menasihati Cik Lie persis seorang adik. Even ada cerita antara kami dahulu, namun semuanya jadi OK bila ikhlas+jujur+berterus-terang mendominasi pemikiran ketidakmatangan seseorang. Tenkiu SpongeBob!!! Really appriciate it =)
p/s: kudozu, lawak pulak ingat kesah dolu2 ko jadi posmen. hehheheheh









Thursday, August 9, 2012

Fitrah itu sekelip mata boleh menjadi fitnah

Baru-baru ni Cik Lie secara tidak sengaja telah meng-update status ini di FB :


Seperti yang Cik Lie katakan diatas, ia adalah tidak sengaja. Ini kerana hal ini terjadi kerana Cik Lie sangat jatuh hati dengan ke-gentle-an, ke-loyal-an dan ke-patience-an beliau. Hal yang pada mulanya niat mahu bergurau & bermain telah bertukar mencadi serius apabila ramai yang 'like' dan 'comment' secara berdas-das. Ada juga yang terus private message & YM Cik Lie bertanya kesahihan pengakuan berani mati ini. Mereka memikirkan Cik Lie telah 'buang tebiat' di kala 2 kali kekecewaan lalu. Mana yang bertanya Cik Lie jawab sejujurnya ia hanyalah propa mencari publisiti murahan. Mungkin kerana Nazim Othman adalah nama yang agak asing, namun pada yang pernah menonton Dejavu Di Kinabalu & Kau Yang Terindah, pasti kenal mamat ni:


Dari tajuk diatas, Cik Lie simpulkan atas rasa fitrah semula jadi manusia iaitu 'jatuh hati', dizahirkan secara terbuka dan akhirnya menjadi fitnah apabila ramai yang mempercayai ianya benar-benar berlaku. Cik Lie beruntung kerana ramai kawan-kawan rapat Cik Lie lebih faham Cik Lie dengan bertanya dahulu tanpa mempercayai 100% apa yang Cik Lie post tu. Dari satu sudut yang lain pula, Cik Lie juga bersyukur kerana mereka yang 'like' & 'comment' tu mendoakan kebahagiaan Cik Lie termasuklah 'bakal-bakal kak ipar  Cik Lie yang tak jadi dulu'. Dan yang paling nyata, perkara ni telah membawa anjakan paradigma apabila 'orang depan rumah' telah mula sentap dan mencari jalan untuk berbaik dengan Cik Lie. Itu pun setelah kakaknya menghantar private message kepada Cik Lie berbunyi:


Memang 'give me 5' la kak!!! Pap!!! Seriyes.. Cik Lie mulanya takde pun niat nak cari pasal tapi kalau benda ni boleh memperbaiki keadaan atau mungkin menjadi petunjuk kepada sesuatu yang lebih baik, why not kan... Kadang-kadang kita perlu cara yang agak 'menyakitkan' untuk memberi kesedaran pada mereka yang telah menyakiti kita. Bukan atas nama balas dendam, tapi pengajaran. Paling tidak, ia tidak berlaku pada orang lain...



Sunday, August 5, 2012

Kekaguman

Malam ni status di FB, Twitter dan mungkin pada laman-laman sosial yang lain jammed di sebabkan Final Badminton yang melibatkan Dato' Lee Chong Wei dan musuh tradisinya Lin Dan. Cik Lie hanya sempat menonton pada set pertama & separuh masa set kedua je sebelum bergerak ke surau. Bajet macam confident nak menang je. Tambah plak sokongan yang maha hebat dari penyokong-penyokong Malaysia. Tapi ape nak di kata..takde rezeki lagi DLCW nak dapat medal+emas 2juta dan rakyat Malaysia nak makan Baskin Robbin free. (baru terbayang-bayang nak perasa cotton candy) huhuhuh... Tapi yang penting kat sini, Cik Lie sangat kagum dengan semangat beliau yang memang nampak bermati-matian fight untuk games ni. Tambah buat lagi kagum, beliau dapat menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia. Semua orang jadi sayang pada beliau... Berdoa untuk beliau...dan juga menangis bersama beliau... Cik Lie percaya, sedikit sebanyak kekecewaan beliau bukan kerana tak dapat gold medal, tapi sebab menghampakan orang-orang yang terlalu berharap pada beliau. Kita dapat rasakan semua tu kan... Apa-apa pun DLCW tetap hero dimata semua rakyat Malaysia =)

Malaysian Proud Of U DLCW !!!


Bercerita tentang kekaguman, Cik Lie nak share sikit perihal my good listener ni yang Cik Lie kenal beliau dengan nama Dayah. Kitorang bukanlah kawan sejak kecil. Baru kenal beberapa tahun. Beliau merupakan anak sulung dari 9 adik beradik. Tinggal di kawasan yang agak pendalaman. Ayahnya bekerja sebagai security guard manakala maknya hanyalah suri rumah sepenuh masa. Yang buat Cik Lie kagum dengan beliau adalah semangat beliau meningkatkan ekonomi diri dan keluarga. Salah satu caranya adalah melalui perniagaan. Cakap saja apa jenis perniagaan beliau tak buat. Sampaikan Hai-O pun pernah join. Beliau juga merupakan orang penting yang menggalakkan Cik Lie untuk berniaga terutamanya perfume & handmade brooch. Yang bagusnya beliau ni tak pernah paksa-paksa Cik Lie untuk join bisnes yang Cik Lie tak berani. Cik Lie tak berani ambil risiko dengan modal yang besar. Berkat usaha beliau, jika dulu secara kecil-kecilan, beliau kini telah mempunyai bisnes online yang sendiri. Sesiapa yang berminat bolehla jenguk di Ayuest Corner. Sepanjang Ramadhan ni pula, beliau dapat buka booth di bazar. Cik Lie hanya tumpangkan brooch Cik Lie je. hehhehe... Sekali pandang, orang takkan percaya latar belakang beliau yang Cik Lie ceritakan di atas. Kerana dengan duit sendiri, beliau mampu membeli kereta, berpakaian berjenama dan membantu adik-adik yang semakin membesar. Sehinggakan pernah beliau mengadu pada Cik Lie yang beliau sampai sekarang masih solo sebab orang ingat beliau high maintenance. Cik Lie pernah menyarankan supaya beliau bergaya biasa-biasa je, tapi katanya "mana boleh...aku kan iklan bergerak. kalau aku tak pakai macam ni, siapa nak promote untuk aku" em..betul juga tu... Moga Allah turunkan rezeki yang berkat untuk beliau. Amin Ya Rabb =)

Booth di bazar Ramadhan

 
Business woman =)

Both of us =)

Saturday, August 4, 2012