Saturday, June 30, 2012

Main tembak-tembak

Sabtu minggu ni ramai betul pergi bercuti. Wall FB & Twitter & Instagram juga penuh dengan tag kawan-kawan pergi bersuka-ria. Angan-angan Cik Lie seperti berada di langkawi bersama geng-geng FSKTMers, tapi dah sebab tak jadi, tiba-tiba je Cik Lie berada di Paintball Park Prevet Zone, Sungai Buloh pulak. Eceh...nampak beno nipunye....

Sebenarnya, orang depan rumah ajak Cik Lie join geng-geng ofis dia bersuka-ria. Pada mulanya, Cik Lie agak keberatan kerana keseganan. Tambah pula Cik Lie tak berapa sihat dengan batuk+selsema+demam sejak 3 hari lalu. (sebab degil tak nak pergi klinik). Namun, atas keyakinan jitu dan pujukan rayu (tipu lagi), Cik Lie pun bersetuju. 

Tempat ni menarik juga. Ramai sungguh orang kat sini yang datang secara kumpulan. Cik Lie sekarang bersama geng-geng banker la. Hehehhe...Big boss & famili diorang pun turun sekali. Siap support makanan semua. Diorang semua pun okey je. Takde la pandang Cik Lie macam pelik pun. Kire boleh masuk kepala & borak ngarut-ngarut jugakla. Kalo kena bahan tu, yo yo kan aje.. hahaha. Oleh kerana Cik Lie tak boleh main sebab tak sihat, Cik Lie jadi pom-pom girl disamping photographer. Yang best Cik Lie boleh eksyen dengan dia punya Samsung Note yang kaler putih tu disamping selongkar segala yang ada dalam tu. (tapi dia tak pernah nak selongkar Cik Lie punya phone, jahatnye Cik Lie ni...) ok..meh nak layan gambar plak.



Sesi berkumpul untuk mengatur strategi sementara tunggu turn sesi briefing. Masing-masing baru 1st time nak pegang senapang. Ingat macam main dalam counter strike la kununnye.. hahhaaa. Yang t-shirt hijau tu la big boss diorang.

 Sebelum main kena isi borang perakuan untuk keselamatan diri dan maklumat diri. Setakat ni games ni tak pernah bunuh orang, tapi pernah butakan mata orang sebab pelurunya ada campuran kimia yang boleh mencederakan. Wa... dia kidal rupanya. Menarik ni. =)

 Cik Lie bersama terrorist-terrorist yang akan berjuang di medan perang. Tengoklah siapa yang keluar dulu nanti ni...

Tempat ni ade 2 zone. Zon yang kat atas ni nama die field zone. Satu lagi jungle zone. Yang jungle zone tu Cik Lie tak boleh masuklah. Tapi kat sini lagi susah sebab tak banyak halangan. Setiap seorang dibekalkan 500 pallet. Kalau tak silap seorang kena bayar dalam RM 50 ++. Elimination jadi kalau kena shoot bahagian kepala atau peluru dah habis. Balik tu masing-masing dah lebam-lebam & baju masing-masing kotor. Nasib baik memang dah bawak spare.

Nasib baiklah dia masih gagah drive balik. Cik Lie tak reti drive kereta dia yang dah modified macam-macam tu. Memang teringin jugak nak main. Maybe next time. Cik Lie pun dah tag dalam GPS Cik Lie. hehehhe...

Wednesday, June 20, 2012

Pe Nomad an & Baby Sitter

Aha..lame dah tak buat entry pasal daily life. Lately asyik cite pasal gedix-gedix mode je. Nanti 'peminat' blog ni naik menyampah pulak. hehehe.. Bukan ape, walaupun mamat tu tahu Cik Lie memang aktif di dunia maya ni & sangat faham yang komputer is part of my world, mamat tu tak tahu pasal kewujudan blog ni. Dia pun bab-bab komputer ni bukan hairan sangat pun. Suka hatilah katanya. Hehe.. Oklah, back to the heading. Disebababkan Cik Lie dah jadi fulltime RA, oleh itu, Cik Lie perlulah punch-card seperti staf-staf yang lain. Yang masalahnya di sini ialah, waktu sekarang ni adalah waktu student-student cuti semester. 3 bulan pulak tu.... sampai habis raya nanti jugaklah. Yang tambah harunya... housemate Cik Lie semuanya student. Sudah semestinyalah mereka pulang ke kampung halaman. Cik Lie risaulah tinggal rumah ni sensorang. Bunyi cicak jatuh dari siling pun boleh terkejut tau (ni tipu je). Tambah pulak lately banyak kes-kes samun & rompak ni.  Jenuh jugak fikir, sampaikan last choice Cik Lie plan nak berulang dari rumah makcik Cik Lie yang takde internet dan jaraknya lebih kurang 25km dengan keadaan jalan macam ular dipalu. Terfikir jugak untuk sewa hostel yang kadarannya RM 4 sehari. Kira-kira balik.. mahal dari sewa rumah Cik Lie. Dah tu pulak, sewa rumah pun kena bayar macam biasa. Parah..parah...


Alhamdulillah... Allah itu Maha Mengetahui. Entah macam mana, Cik Lie terjumpa balik dengan schoolmate sekolah menengah dulu & dia menawarkan Cik Lie rumahnya untuk menumpang. Nasib baik 1 taman je. Kalau nak diikutkan, kami dulu taklah rapat. Kelas pun lain-lain. Tula... orang cakap kalau kita buat baik dengan seseorang, jangan harap orang yang kita tolong tu akan tolong kita balik. Oleh itu, jangan lah nak berkira sangat dengan orang lain. Tapi memang life Cik Lie macam orang Nomad jugaklah. Pagi di rumah sewa, petang di tadika (akan dicerita sebentar lagi) & malam di rumah kawan Cik Lie. Orang yang paling pelik disini sudah tentulah jiran di depan rumah. Bila Umi dan kakaknya bertanya, dah macam chipsmore Cik Lie ni kata mereka. Walaupun mamat tu takde kat rumah tu, takkan lah Cik Lie nak tumpang kat rumah famili die. Agak-agakla wehh...So far Cik Lie happy je pindah-randah camni. Tambah pulak rumah schoolmate  Cik Lie ni luas pemandangannya. Kalau tak caya tengok gambar bawah ni:



Pemandangan tiap kali Cik Lie buka tingkap/pintu/ pagar rumah - straight rumah famili mamat ni je =p
 
Pemandangan baru yang lebih luas dan banyak pilihan. keskeskes xD

Berbalik kepada cerita pasal petang di tadika tu, disebabkan kerja RA ni Cik Lie boleh buat dari rumah & banyak masa. (yang susah sebab kena punch-card je), Cik Lie terbaca pada portal dimana ada tawaran part-time sebagai pembantu pengajar tadika di UPSI . Saje je la Cik Lie hantar email bagitahu Cik Lie berminat nak mengajar mengaji IQRA. Alhamdulillah..dapat terus. Sepanjang 3 hari ni, selain mengajar mengaji, Cik Lie kena jadi baby-sitter jugaklah. Aduh..budak-budak sekarang ni...penat melayannya. Tu tak termasuk bab mengada-ngada & kuat merajuk. Mentang-mentanglah anak-anak lecturer, Dr. Prof bagai tu.. Tercabar jugak kesabaran ni..Tapi bila diorang peluk-peluk dan manja-manja dengan kita, rasa syiookkkk sangat!!! Cik Lie tepek jugaklah gambar yang sempat Cik Lie capture. Layannnnnn =)