Sunday, April 22, 2012

Latihan intensif bersama Cik Lie

21/4/2012

Situasi : Oleh kerana perancangan yang sepatutnya terpaksa ditangguhkan, Cik Lie telah mengajak dia ke rumah makcik Cik Lie untuk makan tengah hari. Mulanya dia berasa sangat cuak dan segan. Cik Lie cakap, "ala...warming up sebelum jumpa parents. Okey kan??". Okey, dia setuju. 
Respond : pak cik Cik Lie rancak berborak dengan dia pasal pelaburan emas & mak cik Cik Lie bekalkan dia dengan sayur kampung & 2 anak pokok buah markisa.

22/4/2012

Situasi : Alang-alang mengikut dia survey kereta baru di Selayang, Cik Lie mesej BFF Cik Lie ajak minum-minum di Domino Selayang Jaya di samping sesi intro antara dia & BFF Cik Lie. Seperti biasa, BFF Cik Lie yang bajet hebat ni telah memberikan beberapa tips kepada dia kononnya sebagai bekalan berguna.
Respond : "ensem & cool..aku approve & bless b upon u both.. hee =D umur bukan ukuran, tapi iman di dada..make sure solatnya x tggl" (via iPhone)

Friday, April 20, 2012

Tuesday, April 10, 2012

Future Planning????


Dia : Minat bisnes tak?
Cik Lie : Setakat jual brooch, minyak wangi, dadih & keropok tu pernahlah. Bisnes juta-juta takde lagi. Tak retila nak yakinkan orang ni..
Dia : Owh ye ke.. em..plan macam nak beli kedai. Tapi tak tau nak bisnes ape. Minat tu ade... Kalau bisnes macam cafe ni ok tak?
Cik Lie : Ish..bosan la.. asalkan orang melayu je, kedai makan. Try something new selain kedai makan. (eh..eh.. over plak Cik Lie. Macamlah kedai tu Cik Lie ade share pape. huhuhuhu)
Dia : Tu la kan...kalau ade pun, nak duduk kat situ je (jari tunjuk tempat cashier)
Cik Lie : Cess... nak jadi bos je ek =p

Wah...wah... business minded btol dia ni. Tapi tak hairanlah sebabnya famili die pun ade 1 tadika, 2 taska & 1 nursery. Takkan nak menumpang kekayaan mak bapak je sepanjang hidup kan??? Tambah plak parents die jenis yang sangat bersederhana. Takdela masalah nak berprotokol bagai tu. Sebenarnya, Cik Lie pun ada cita-cita nak buka sebuah kedai yang menjual benda-benda comel+motivasi. Contohnya macam gambar-gambar kat bawah ni

Erm...agak-agaknya dia nak share tak??? (berangan tak hengat...) Tapi bila difikir-fikirkan, seelok-eloknya buat bisnes yang berasaskan perkhidmatan. Lebih terjamin berbanding barangan. Tapi..memang teringin lah nak ada sebuah tempat yang di kelilingi benda yang comel dan memotivasikan. Em... ape kate Cik Lie mulakan dengan bilik Cik Lie sendiri??? ting ting ting!!! tetiba dapat idea. Yey!!!! Oho.. bercakap pasal merancang masa depan, one of my childhood friend post this on my FB

Cik Lie di apit 2 famili yang juga merupakan kawan-kawan Cik Lie zaman kanak-kanak rebina dulu. Aloy+Eton = Aufa // Fidzal + Nik = Mohd Rayyan Haikal. Doakan Cik Lie juga ye rakan-rakan (^^,)v

Sunday, April 1, 2012

Semangat bertambah-tambah ni ;)


Siapa percaya lelaki di bawah ini adalah pensyarah Cik Lie ketika 1st degree dulu merangkap Penyelia Tesis + Penasihat Akademik yang selalu Cik Lie & geng-geng multimedia suka kacau sebab beliau seorang yang sangat pemalu. Kini beliau sedang bersuka ria di University College London menghabiskan PhD nya. He is one of my inspiration too =). Masih bujang terang lagi bersuluh. Untunglah kan... (motif pernyataan???)