Friday, November 19, 2010

Mine ??? Let's time tell. Doakan saja yang terbaik ya kawan-kawan (^^,)v

Cuti sekolah = Pesta Kenduri Kahwin. Huish.. punya la berjela list jemputan. Jemputan dari rakan-rakan Cik Lie + rakan parents + famili. Memang makan free la sepanjang weekend bulan november & disember ni. Alhamdulillah.. tahniah kepada mereka yang telah dan akan melangkah ke alam baru. Alam yang penuh kenikmatan & keredhaan. Moga kalian berkekalan hingga ke akhir hayat. InsyaAllah =)

Dalam banyak-banyak jemputan, rasanya yang dengan yakin Cik Lie click 'attending' hanyalah pada 2 jemputan di bawah ini. Ini adalah kerana selain faktor jarak, kekangan masa dimana Cik Lie perlu hadiri workshop/seminar/conference sepanjang 2 bulan ni yang merata-rata (latest ialah di UM, yey!!). Maaf diatas ketidakhadiran. Namun doaku sentiasa mengiringi kalian =)

Cik Lie ceritala sikit ye pasal 2 orang sahabat Cik Lie yang memang Cik Lie excited nak pergi ni. Yang lain tu bukan tak excited, juz waktu & keadaan tak mengizinkan. Maaf sekali lagi~~

This is my kakak & abang di UM dulu =) Actually Cik Lie lebih rapat dengan pengantin lelaki kerana ia merupakan senior fakulti Cik Lie. Beliaulah yang telah banyak membantu Cik Lie & promotkan Cik Lie dalam persatuan CCTAZ dan radio TAZfm. Paling best Cik Lie boleh belajar secara free dengan beliau yang sememangnye otai dalam web development & design. Bukan tu je, memang beliau layan Cik Lie sebagai seorang adek terutama bile nak exam sampaikan nak pergi dewan exam pun tak bagi Cik Lie jalan kaki. Cik Lie juga rapat dengan pengantin perempuan walaupun kami lain fakulti. Sememangnye sudah jadi habit Cik Lie, setiap lelaki yang Cik Lie kawan, Cik Lie akan berkawan rapat juga dengan pasangan mereka. Cik Lie taknak jadi sebab kehancuran perhubungan orang lain. Ia sangat sakit.. Hidup Cik Lie pun takkan aman. The best moment of us ialah bila kami bertiga ke bukit cahaya sri alam yang kami namakan aktiviti 'adek-beradek' =) Laili doakan Abg Amir & Kak Nurul dapat melayari alam baru dengan rukun dan damai . Amin....


This is my kawan zaman kanak-kanak rebina yang sejak abis sekolah rendah, tak pernah jumpa langsung. Juz update dari FB je. Tak sangka ye ili, dalam geng 'kasut sport' kita, ko lead dulu ye. Happy for you, dear =) Geng kasut sport adalah sempena dari nama group kami (Cik Lie, Intan, Ili, Boboy,Zizan & Jai) yang mana dalam sekolah agama tu, orang pakai kasut sekolah, kami je yang pakai kasut sport (Cik Lie punye jenama kiki lala) . Dahla plak tu, kami la yang paling noty sampai ustazah pun dah tak larat nak denda. Berdiri atas meja & cuci toilet pun kami dah kena. Time rehat, kami la yang akan keluar dulu, makan cepat-cepat then jumpe kat belakang sekolah main police entry dalam semak. Balik sekolah plak main galah panjang. Tiap-tiap hari kena tukar baju sebab kotor+busuk. Tapi kasut takkan penah tukar. Mizz that moment so much =) Ili, even kita dulu agak kejantanan, tapi ko dah buktikan ko layak menjadi isteri yang baik. Tahniah, and cant wait to see you soon =)