Monday, December 31, 2012

Menyusuri 2012. Alhamdulillah ya Allah.. Terima Kasih semua..

 Januari : Permulaan business pin buatan sendiri secara online 



Februari: Buku pertama disumbangkan untuk terbitan UPSI

Mac: Permulaan pengembaraan sebagai seorang pelajar semula

 

April: Hasil pertama sebagai seorang pendidik di IPTA 


Mei: Konvokesyen Master


Jun: Cita-cita sebagai ustazah mengajar IQRA untuk kanak-kanak taska UPSI


Julai: Kertas prosiding di IMETC di Kuantan dapat masuk dalam journal

Ogos: Permulaan episod 'comfort friendzone' setelah 2 tahun


September: 2 polisi untuk perlindungan masa hadapan

 

Oktober: Hadiah birthday untuk diri sendiri


November: Daftar pergi Haji


Disember: Percutian di Universal Studio Singapore

Wednesday, December 12, 2012

Have Patience. Your Path Will Cross


They tell me that a man can lose his mind, living in the pain  
The call in times gone by, the crying in the rain 
You know I've wasted half the time  
And I'm on my knees again 'till you come to me
 

Monday, December 3, 2012

Waktunya akan tiba jua nanti

Dah lama tak berkongsi. Banyak je nak cerita, tapi mungkin kerana Cik Lie telah ada seseorang yang boleh dilontarkan segala cerita, maka terabailah seketika blog ni. heheheh.. Okey, tapi nak share juga something yang agak seronok untuk dikongsikan. Let's check it out!!!

1. Selamat sudah cintasayangku menjadi seorang isteri

Alhamdulillah.. sahabat baik+guardian angel Cik Lie sejak zaman UM telah menamatkan status Cik nya pada tanggal12/11/2012. Tahniah Puan Nabilah =) akhirnya jodoh dari Allah untuk nabilah dah selamat sampai ke destinasinya. Tahniah juga kepada Encik Najib. Anda memang sangat bertuah dan semestinya segala kesabaran  ketabahan anda adalah kunci segala kejayaan ini. Heheheh... Cik Lie telah meluangkan diri selama 5 hari di Kelantan untuk meraikan pengantin bagi kedua pihak.Terima kasih pada famili Nabilah terutamanya ummi kerana layan Cik Lie dengan baik sekali. Boleh la kecek-kecek sikit walaupun huduh bena bunyinye. =p

Moga beroleh keluarga Mawaddah+Sakinah+Warahmah : Najib <3 nabilah="nabilah" span="span">
It is juz a propa bikin havoc. Anyway, Terima Kasih pada yang mendoakan. Moga makbul doa kalian. Ameenn Ya Rabb =)

2. I need a team, I cant do it alone~~~
Tik tok tik tok.. sudah masuk Disember. Aiyookkk.. sudah terasa tekanan kerana tiada hasil untuk 10 bulan ni. Rasa macam hampeh je... Bulan 12 ni kena workout lebih sikit. Tapi... Cik Lie macam blank macam mana nak mula. Pre-presenting proposal pun asyik tangguhhhh je.. Atleast kalau dah lepas untuk present proposal, dapatlah input ape yang Cik Lie perlu buat. Emm.. Cik Lie tak boleh buat sorang-sorang. Jadi macam syok sendiri je... Khamis lalu, Cik Lie mewakilkan supervisor Cik Lie ke UIA. Kononnya just macam dengar talk. Tup-tup.. majlis tu sebenarnya adalah macam gathering untuk 'Special Interest Group Human-Computer Interaction' (SIGHCI) dimana pakar-pakar akademik dari seluruh IPTA dan industri macam MIMOS  berkumpul dan berbincang tentang isu-isu HCI. Aduh..dahlah Cik Lie seorang je wakil yang ber'title' pelajar. Rasa kecik sangatttt.. Tapi, seperti pepatah melayu, 'resam padi, makin tunduk makin berisi'. Itulah yang Cik Lie nampak dari mereka-meraka ini. Sangat merendah diri dan ramah. Rasa sangat inspire dengan mereka yang berilmu ni. Ada satu round table session dimana kami semua diminta untuk kongsi pengalaman dan isu berkaitan HCI. Aduh..berdebar-debar Cik Lie dibuatnya kerana Cik Lie sangat kurang ilmu & pengalaman berbanding mereka. Bila sampai je turn Cik Lie, lebih kurang beginilah skripnya:

"Assalammualaikum & hi to all, my name is Laili Farhana from UPSI. Actually I just replace my supervisor, Dr.Maizatul Hayati because she has important meeting to attend. I am her PhD student. I do research on games. From my view, I have difficulties in searching reading material especially in our nature & culture. I hope this group can find a solution to solve this issue. That's all. Thank you" 

Alhamdulillah...cuma itu je pendapat yang Cik Lie mampu sampaikan. Alhamdulillah.. diorang tak memandang pendapat Cik Lie tu sesuatu yang remeh. Malah mereka bercadang untuk mewujudkan database untuk group ni dimana segala buku/kertas kerja/kertas konferens berkaitan HCI akan dikumpulkan untuk memudahkan carian.  Ya Allah..baiknya mereka..


Sebahagian dari ahli SIGHCI. Moga ukhwah dalam pencarian & penyampaian ilmu kerana Allah mengeratkan lagi silaraturrahim ini.